Hiburan

Along Eyzendy selamat terima buah pinggang, rupanya penderma tu bukan org lain pun

Pelakon Along Eyzendy yang menghidap s4kit buah pinggang kronik selamat menerima sebelah buah pinggang daripada isterinya, Hamidah Mohd. Yatim di Hospital Selayang, kelmarin.

Menurut laporan Harian Metro, pelakon berusia 42 tahun itu meluahkan rasa terharu atas peng0rbanan isterinya yang disifatkan tidak mampu untuk membalas jasa wanita tersebut.

“Saya memang tak dapat nak balas jasa dia. Saya harap dan mendoakan syurga buatnya.

“Semalam baru saya dikeluarkan dari unit rawatan rapi (ICU). Mungkin saya akan ditahan selama dua minggu dan isteri keluar awal sikit. Alhamdulillah, keadaan kami berdua stabil,” katanya.

Along atau nama penuhnya Mohd Eyzendy Mohd Aziz berkata, keinginan isterinya yang berusia 37 tahun itu untuk mendermakan buah pinggang bermula ketika menemaninya menjalani pemeriksaan doktor.

“Doktor beritahu cara untuk pulihkan buah pinggang sepenuhnya ialah menerusi pemindahan buah pinggang. Dari situlah isteri kata dengan doktor, dia berminat nak buat.

“Mulanya saya terkejut juga. Dia cakap buat ujian dulu untuk tengok keserasian. Dia nak dermakan buah pinggang kanan.

“Setahun juga kami ambil masa untuk buat pemeriksaan untuk tengok hasil. Kebetulan d4rah kami sama jenis AB. Alhamdulillah isteri pun sihat tiada apa-apa peny4kit,” ujarnya.

Sumber: Harian Metro (Ridzuan Abdul Rahman)

“Apabila seorang wanita (isteri) itu sudah melakukan 4 perkara ini; solat fardhu 5 waktu, berpuasa di bulan Ramadhan, menjaga kehormatan diri dan mentaati perintah suami, maka dia bebas masuk ke syurga melalui mana-mana pintu yang dipilihnya.”
HR. Ahmad , Ibnu Hibban dan Thabrani

Percayalah, hanya empat sahaja, bukan sepuluh!

#1 – Solat Fardhu 5 Waktu

Jika anda patuh perintah ini tanpa gagal, tahniah, anda sudah mendapat merit untuk masuk ke syurga. Tapi tunggu dulu! Cuba periksa, adakah anda:

a. Solat pada awal waktu
b. Solat sunat rawatib sebelum/ selepas solat
c. Zikir dan wirid selepas solat

Amalan sunat yang mengiringi solat fardhu ini akan melengkapkan checklist pertama anda untuk ke syurga. Solatlah dengan hati yang gembira kerana Allah menyediakan tempat anda di syurga.

Bayangkan jika anda solat pada penghujung waktu atau solat dalam keadaan yang tergesa-gesa, bagaimana anda ‘berani-berani’ nak minta syurga daripada Allah? Berikan kesempurnaan pada ibadah paling utama ini dahulu dan mohonlah kepada tuhan dengan bersungguh-sungguh.

#2 – Berpuasa Di Bulan Ramadhan

Anda bermula dengan sebuah niat, kemudian anda berusaha menahan diri daripada makan dan minum, akhir sekali berbuka puasa. Mungkin orang yang tidak faham Islam, tidak akan nampak bahawa ini adalah latihan rohani dan jasmani untuk ahli syurga seperti anda.

Puasa selama sebulan berturut-turut bukan sahaja melatih ‘otot’ kesabaran dalam hati, tetapi menyihatkan tubuh badan secara semulajadi. Untuk melengkapkan checklist kedua masuk ke syurga, cuba anda periksa, adakah anda:

a. Tadarus/ Tilawah Al-Quran sepanjang bulan Ramadhan
b. Menahan diri daripada perkara yang mengurangkan pahala puasa seperti mendengar muzik berlebihan dan sebagainya.
c. Melakukan solat-solat sunat di sepertiga malam.
d. Menjamu orang lain berbuka puasa.

Tahukah anda ibadah-ibadah sunat ini membantu melengkapkan puasa Ramadhan anda, alang-alang puasa bukan sekadar lapar dahaga tetapi ibadah seluruh jiwa dan raga.

#3 – Menjaga Kehormatan Diri

Wanita, anda memang golongan penduduk bumi yang dilindungi. Hijab dan pakaian labuh/longgar bukan sahaja menutup aurat diri, tetapi membalut hati anda daripada perkara kemungkaran secara sendiri. Pakaian muslimah yang mengikut syariat itulah pakaian buat wanita syurga di atas dunia.

Berbanggalah anda menutup aurat dengan sempurna kerana mungkin itu petanda anda bakal ahli syurga jika memenuhi semua syarat yang lain. Selain pakaian, menjaga kehormatan diri juga bermaksud menjaga tingkah laku dan menjaga batasan dalam pergaulan.

Mungkin anda sudah menutup aurat, mari kita semak mana tahu ada yang tidak terlintas di hati dengan checklist aurat ini:

a. Pakaian anda tidak jarang, tidak menampakkan bentuk badan anda. Hati-hati memilih saiz pakaian ya!
b. Stokin dan ‘handsock’. Kaki dan lengan anda juga aurat.
c. Tudung atau shawl anda menutup dada, lebih baik kalau melebihi bawah dada.
d. Hati anda seiring dengan hijab anda. Anda lebih mudah menguasai diri apabila hijab ‘menguasai’ ruang aurat anda.

#4 – Taat Perintah Suami

Bayangkan jika suami anda meminta anda membuat air dan anda buatkan, ketahuilah malaikat sedang mencatat markah ke dalam kitab amalan anda. Bertambah-tambah markah anda dalam misi ke syurga. Anda hanya membancuh minuman kegemarannya, bukan bertadarus 30 Juzuk. Itu pun sudah ‘gemuk’ pahalanya, apatah lagi jika anda melakukan ibadah sunat kerana suami, pasti di tahap ‘obesiti’ kantung pahala anda!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *