Amalan

Berita Baik! Bantuan Kanak-Kanak Sehingga RM1,000 Sebulan Tahun 2021

Berita baik buat para ibu bapa atau penjaga yang mempunyai anak jagaan yang berumur 18 tahun ke bawah kerana kini anda boleh memohon Bantuan Kanak-Kanak 2021 (BKK) sehingga RM1,000 sebulan untuk satu keluarga.

BANTUAN KANAK-KANAK (BKK) TAHUN 2021

Adakah anda tahu bahawa Bantuan Kanak-Kanak (BKK) 2021 adalah merupakan sebuah bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) yang diberikan khas bagi tujuan membantu keluarga, penjaga dan kanak-kanak untuk meneruskan kelangsungan kehidupan serta memperolehi jagaan yang sempurna.

Untuk pengetahuan anda, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat iaitu Datuk Seri Rina Binti Mohd Harun telah mengumumkan tentang kenaikan jumlah bantuan sehingga RM1,000 sebulan berbanding sebelum ini yang hanya RM450.

Berikut adalah merupakan jumlah bantuan bagi BKK Lama dan BKK Tahun 2021:

Jumlah BKK Lama

Maksimum bagi seorang anak akan menerima bantuan sebanyak RM100.
Maksimum sebanyak RM450 jika mempunyai anak lebih daripada 4 orang.

Jumlah BKK Tahun 2021
Kanak-kanak berumur 7 tahun sehingga 18 tahun akan mendapat RM150 sebulan seorang.
Kanak-kanak berumur 6 tahun dan ke bawah akan mendapat RM200 sebulan seorang
Maksimum sebanyak RM1,000 sebulan untuk sebuah keluarga.

SYARAT KELAYAKAN BKK TAHUN 2021

1. Merupakan warganegara Malaysia dan bermastautin di negara Malaysia
2. Pendapatan isi rumah tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Miskin Isi Rumah Semasa atau PGK Purata Miskin Per Kapita Semasa
3. Kanak-kanak yang berumur di bawah 18 tahun (umur 18 tahun ke atas boleh dipertimbangkan jika bersekolah sehingga menengah atas sahaja).
4. Mana-mana kes yang berkeperluan, layak dipertimbangkan dengan kelulusan Ketua Pengarah Kebajikan Masyarakat.

CARA MEMOHON BKK TAHUN 2021

Berikut adalah merupakan cara memohon BKK Tahun 2021:

1. Sila layari http://ebantuanjkm.jkm.gov.my/spbk/Awam/BorangPermohonan_Panduan.jsp
2. Cetak Borang Permohonan
3. Cetak Borang Kemaskini sekiranya terdapat kemaskini baharu.

Jika terdapat sebarang permasalahan dan pertanyaan dalam melakukan permohonan, anda boleh menghubungi Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) di talian 03-8000 8000 atau anda boleh pergi ke Pejabat Jabatan Kebajikan Masyarakat di daerah dan kawasan berhampiran dengan anda.

Sila kongsikan dan sebarkan artikel ini. Semoga ia dapat membantu lebih ramai orang yang memerlukan bantuan ini.

sumber: https://www.salamkerjaya.com/

Alhamdullilah, Dapat Bavcer RM 1000 Kalav Daftar Vaksln. Kerajaan Negeri Berltahu Mcam Mana Nak Dapat

KUANTAN – Kerajaan Pahang akan memberikan hadiah baucar membeli-belah RM 1,000 kepada rakyat Pahang yang mendaftar s.untikan v.aksin melalui Sistem I.munisasi C0vid 19 Pahang (SICP).

Setiausaha Kerajaan Pahang, Datuk Sri Dr Sallehuddin Ishak berkata, cabutan bertuah itu ditawarkan bertujuan sebagai menggalakkan lebih ramai mendaftar sebagai penerima v.aksin.

Menurutnya, baucar itu boleh ditebus di dua pasar raya di negeri ini iaitu di Pasaraya Darul Makmur dan Tunas Manja.

“Hari ini, kita umumkan dua pemenang yang berdaftar pada angka 50,000 iaitu Mohd Azizi Khalid dari Peramu Jaya, Pekan dan seorang lagi, Mohd Amin Mohd Zain dari Genting Highlands pula adalah individu ke 100,000 yang berdaftar.

“Mereka boleh menuntut baucar itu di Pejabat Daerah Pekan dan Genting Highlands pada Rabu ini,” katanya pada sidang akhbar pengumuman cabutan bertuah SICP di Pusat Gerakan O.perasi I.munisasi C0vid 19 Pahang di sini pada Isnin.

Sallehuddin berkata, sehingga kini, seramai 39,762 iaitu 123 peratus mendaftarkan untuk menerima v.aksin bagi fasa 1 dan ia melebihi sasaran ditetapkan.

Menurutnya, bagi fasa kedua, SICP telah menerima sebanyak 168,592 pendaftaran dan daripada jumlah itu hanya 38,000 individu yang sudah melengkapi permohonan.

Justeru katanya, permohonan itu hanya mencapai 46 peratus sahaja sasaran untuk mereka yang bersetuju untuk div.aksinkan.

“Bagi fasa kedua bermula 19 April ini juga kita bersedia melaksanakan dan seperti yang diumumkan Menteri Besar (Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail) iaitu tumpuan peringkat awal diberikan kepada penempatan orang ber.isiko tinggi.

“Pasukan v.aksin Pahang akan pergi ke l.okasi yang telah dikenalpasti bagi memberikan s.untikan v.aksin C0vid 19,” katanya.

Kredit : SinarHarian

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *