Entertainment

Gadis Demand Hantaran RM141k, Dakwa Dia Bukan Gadis ‘Biasa’

Jika disebut mengenai duit hantaran, perkara tersebut sering kali menjadi perdebatan buat pasangan yang bakal mendirikan rumah tangga. Bahkan, terdapat beberapa mekanisme yang diguna pakai bagi menentukan jumlah hantaran yang perlu dijelaskan oleh pihak rombongan bakal pengantin lelaki kepada bakal isterinya.

Bagaimanapun, nilai tersebut boleh berubah bergantung kepada budi bicara kedua-dua pihak.

Gadis serba boleh!


Foto: Tangkap layar video

Seperti video yang meraih perhatian ramai dikongsi seorang gadis berasal dari negara jiran iaitu Indonesia, dikenali sebagai Aufa menceritakan harga hantaran yang perlu dijelaskan oleh bakal suaminya. Difahamkan, gadis ini meminta wang hantaran sebanyak 500 juta rupiah (kira-kira RM141 ribu).

Apa yang lebih menarik perhatian, dia turut memberikan sebab-sebab mengapa meminta harga sedemikian rupa. Menerusi video tersebut gadis ini berkongsi antara pencapaian-pencapaian yang berjaya dimenangi olehnya. Lebih membanggakan apabila dia juga telah berjaya menamatkan pelajaran di luar negara kurang daripada tempoh tiga tahun dan berjaya dijemput sebagai penceramah. Tidak berakhir di situ, walaupun sibuk menerima pelbagai undangan untuk memberikan motivasi gadis ini juga aktif melakukan perniagaan makanan yang dihasilkan sendiri olehnya.

Bila menyebut soal hal rumah tangga, gadis ini menjelaskan dia pandai untuk memasak apa sahaja menu baik dari segi makanan tradisional Indonesia mahupun masakan barat yang sering menjadi pilihan. Wah memang berbaloi sungguh!

Banyak pretasi sejak dari kecil

Salah satu bukti bahawa wanita memiliki kedudukan yang mulia dalam Islam adalah bahawa terdapat pilihan untuk memilih calon isteri dengan lebih selektif iaitu dengan adanya beberapa kriteria khusus untuk memilih calon isteri. Di antara kriteria tersebut adalah:

1. BERSEDIA UNTUK TAAT KEPADA SUAMI

Seorang suami adalah pemimpin dalam rumah tangga. Sebagaimana firman Allah Ta’ala,

“Kaum lelaki adalah pemimpin bagi kaum wanita.” (QS. An Nisa: 34)

Memang sepatutnya seorang pemimpin untuk ditaati. Ketika ketaatan ditinggalkan maka hancurlah ‘organisasi’ rumah tangga yang dijalankan. Oleh kerana itulah, Allah dan Rasul-Nya memerintahkan seorang isteri untuk taat kepada suaminya, kecuali dalam perkara yang diharamkan. Tidak taat kepada suami merupakan dosa besar, sebaliknya ketaatan kepadanya diberi ganjaran pahala yang sangat besar.

2. MENJAGA AURAT DENGAN BAIK

Berpakaian muslimah yang sempurna dan tidak melanggar syariat islam adalah kewajipan bagi seorang wanita islam. Seorang muslimah yang solehah tentunya tidak akan melanggar ketentuan ini. Allah S.W.T berfirman,

“Wahai Nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin: ‘Hendaklah mereka mengulurkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka.’” (QS. Al Ahzab: 59)

Berdasarkan dalil-dalil yang ada, para ulama merumuskan syarat-syarat pakaian muslimah yang berlandaskan hukum syarak di antaranya ialah menutup aurat dengan sempurna, tidak ketat dan tidak jarang. Selain itu tujuan muslimah berpakaian bukan untuk mempamerkan kecantikan di depan lelaki bukan mahramnya, tidak meniru ciri khas pakaian bukan islam, tidak meniru ciri khas busana lelaki dan sebagainya.

Maka pilihlah calon isteri yang menyedari dan memahami perkara ini, iaitu para muslimah yang berpakaian muslimah yang berlandaskan hukum syarak.

3. GADIS LEBIH DIUTAMAKAN DARI JANDA

Rasulullah S.A.W menggalakkan agar menikahi wanita yang masih gadis.Ini kerana, secara umumnya wanita yang masih gadis memiliki kelebihan dalam perkara kemesraan dalam perkara memenuhi keperluan biologi. Perkara ini dapat menambah kebahagiaan dalam hubungan pernikahan. Rasulullah S.A.W bersabda,

“Bernikahlah dengan gadis, sebab mulut mereka lebih jernih, rahimnya lebih cepat hamil, dan lebih rela pada pemberian yang sedikit.” (HR. Ibnu Majah. Dishahihkan oleh Al Albani)

Namun tidak menjadi kesalahan untuk bernikah dengan seorang janda jika melihat maslahat yang besar.

4. KETURUNAN YANG BAIK
Digalakkan kepada seseorang yang hendak meminang seorang wanita untuk mengambil tahu mengenai asal usul dan keturunannya. Ini penting dalam mempengaruhi ilmu, akhlak dan keimanan seseorang. Seorang wanita yang lahir dalam keluarga yang baik lagi Islami biasanya menjadi seorang wanita yang solehah.

masyarakat kita mungkin masih keliru berkaitan dengan status anak zina. Mereka menganggap bahawa jika dua orang berzina, cukup dengan menikahkan keduanya maka selesailah masalah tersebut. Namun, ia bukanlah semudah itu kerana dalam Islam, anak yang dilahirkan dari hasil zina tidak di-nasab-kan kepada si lelaki penzina, namun di-nasab-kan kepada ibunya. Oleh itu, seorang lelaki yang hendak meminang wanita perlu untuk mengetahui latar belakang keluarga dan keturunan dari calon pasangan.Sumber: Baukencur123

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Shakira Shakir

Sumber : https://ohbulan.com/video-gadis-demand-hantaran-rm141k-pandai-masak-belajar-overseas-serba-boleh?fbclid=IwAR25LpF6QGIQtPloGTInV8gDK9AAb68xsd6HZdWLu2FY4PQBWMhWkQghQEI

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *