Hiburan

Gambar ramai2, tapi k0mpaun 20 orang je. Sekali netizan kira jumlah yang betul

Setelah lebih 3 minggu berlalu, hasil siasatan terhadap kes langgar SOP pasangan selebriti Neelofa dan suami, Haris Ismail akhirnya terjawab juga, semalam.

Difahamkan lagi, pihak berkuasa membuat keputusan untuk mengenakan kompaun berjumlah RM60,000 tanpa diskaun kepada pasangan terbabit serta 20 orang ahli keluarga lain.

Neelofa dikompaun RM20,000 bagi dua kesalahan, suaminya PU Riz pula dikompaun RM10,000 dan 20 ahli keluarga pengacara itu dikompaun masing-masing RM1,500 berjumlah RM30,000.

Bagaimanapun, masih ramai netizen yang tidak berpuas hati dengan kadar denda yang dikenakan dan mendakwanya sebagai tidak adil.

Tambahan lagi apabila mereka membandingkan jumlah kompaun tersebut dengan kompaun yang dikenakan terhadap peniaga kecil-kecilan, iaitu sebanyak RM50,000 seorang.

Eh, dalam gambar ramai tapi mana yang lain?

Justeru itu, seorang pengguna Twitter memuat naik ciapan mempersoalkan bilangan ‘ahli keluarga’ yang dikenakan kompaun sedangkan dalam gambar tular sewaktu majlis nikah selebriti itu, jelas kelihatan ‘penampakan’ lebih dari 20 orang hadir.

 

Kenapa 20 orang je kena kompaun? Yang lain tu tipu nama ke masa tulis? Ke menyamar jadi alas meja?” tulisnya.

Apa yang lebih menghiburkan adalah individu berkenaan sempat berseloroh mungkin ada yang menyamar menjadi alas meja sewaktu majlis itu berlangsung.

Dalam pada itu, aktivis kontr0versi Fahmi Reza juga menimbulkan persoalan yang sama mengenai jumlah mereka yang dis4man. Melalui kiraan dari gambar yang tvlar, sepatutnya 70 orang termasuk sekali dengan jurugambar

Mari belajar mengira

Mungkin nak tutup kes je

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen lain turut terhibur membaca ciapan individu tersebut. Dalam pada itu, ada juga yang berkongsi pendapat masing-masing berkenaan kes tersebut.

Betul juga tu. Takkan nak kompaun alas meja kan?

Netizan turut mempersoalkan k0mpaun menteri

PETALING JAYA – “Netizen 1, Neelofa 0.”

Seperti meraikan kemenangan, rata-rata pengguna media sosial hari ini meluahkan rasa puas hati berhubung tindakan undang-undang yang dikenakan terhadap pasangan selebriti terkenal, Neelofa dan Haris Ismail selepas dikenakan kompaun berjumlah RM60,000 hari ini.

Kompaun tersebut dikeluarkan oleh pihak berkuasa selepas pasangan tersebut didapati bersalah melanggar prosedur operasi standard (SOP) untuk majlis perkahwinannya pada 27 Mac lalu dan melanggar kebenaran untuk tujuan merentas negeri ke Pulau Langkawi, Kedah baru-baru ini.


ANTARA komen netizen berhubung laporan Neelofa dan Haris dikompaun selepas didapati melanggar SOP PKPB.
Kebanyakan netizen bersyukur kerana teka-teki mengenai tindakan yang akan dikenakan terhadap pasangan itu akhirnya terjawab hari ini.

“Alhamdulillah, itu sikap adil dan saksama pihak berkuasa yang kami nantikan.

“Bila sudah dikompaun, barulah kami (netizen) akan senyap,” tulis seorang pengguna media sosial.

Dalam pada itu, terdapat juga netizen yang membanding-bandingkan jumlah kompaun yang dikenakan terhadap bekas pengacara MeleTOP berkenaan dengan seorang peniaga gerai burger baru-baru ini.

Untuk rekod, menurut Polis Diraja Malaysia dalam satu kenyataan rasmi hari ini memberitahu pasangan suami isteri itu dikompaun kerana melanggar kebenaran untuk tujuan merentas negeri yang diberikan oleh pegawai diberi kuasa di bawah subperaturan 4 (2) (d) Peraturan-Peraturan sama, memandangkan ada antara aktiviti itu berada di luar skop kebenaran diberikan polis.

Sementara, Harispula dikompaun RM10,000 kerana melanggar kebenaran untuk tujuan merentas negeri yang diberikan oleh pegawai polis.

Selain Neelofa dan Haris, 20 ahli keluarga pasangan itu turut dikenakan kompaun sebanyak RM1,500 seorang kerana gagal menjaga penjarakan fizikal sekurang-kurangnya satu meter sewaktu majlis akad nikah berlangsung.

Sumber: Twitter @FujiyamaOden.

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Shakira Shakir

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *