Amalan

Pemuda GrabFood m4ut dihempap pokok, rupanya ada kisah lain buat ramai sayu

“Sejak ayahnya tidak boleh bekerja selama dua bulan kerana menjalani pembedahan, Syed Izzat Izzudin yang mengambil alih tugas mencari rezeki untuk menyara keluarga kami,” kata Inang Suhana Abu Bakar.
Inang adalah ibu kepada penghantar makanan GrabFood yang meninggal dunia selepas dihempap pokok tumbang akibat ribut di Alam Damai, Taman Len Seng, Cheras, semalam.

Menurut laporan Bernama, Inang berkata arwah yang berusia 20 tahun adalah anak yang rajin membantu keluarga, namun dia bersed.ih kerana tidak boleh menerima kenyataan cara kem44tian Allahyarham.

“Selama ini, saya menonton di televisyen dan lihat di media sosial (kejadian pokok tumbang), tetapi tidak menyangka ia berlaku kepada anak sendiri,” katanya.

Syed Izzat dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Alam Damai selepas selesai bedah siasat di Hospital Canselor Tuanku Muhriz Universiti Kebangsaan Malaysia hari ini.

Selain itu, menerusi beberapa posting di laman Facebook, ahli keluarga dan kenalan rapat Syed Izzat turut meluahkan perasaan sebak atas pemergian mngsa.

Adik sepupu yang sangat baik…

Moga roh kawan baik aku dicucuri rahmat…

Terdahulu, tular gambar dan video mangsa di media sosial yang dibantu orang ramai dalam keadaan hujan lebat sebelum dibaringkan di perkarangan stesen minyak Petronas Alam Damai.

Meningg4l Ketika Keluar Mencari Nafkah, Adakah Dikira Sy4hid

Apabila bercakap mengenai m4ti sy4hid, pasti ramai yang menginginkannya kerana ia termasuk dalam salah satu kategori mati yang baik, iaitu Husnul Khatimah.

Umum mengetahui bahawa mati syahid bukanlah hanya berfokus kepada m4ti ketika dalam perang untuk menegakkan agama Islam sahaja. Namun, m4ti sy4hid ialah apabila seseorang itu meninggal ketika hendak memperjuangkan sesuatu kebaikan.

Sebagai contoh, ibu yang meningg4l ketika melahirkan anak atau orang yang meningg4l dengan sebab lem4s dan sebagainya sebagaimana yang disebut dalam sebuah hadis sahih mengenai lima kemati4n yang dianggap sebagai sy4hid.

Maksud: “Terdapat lima jenis kem4tian yang dianggap sy4hid, iaitu orang yang m4ti kerana taun, m4ti kerana peny4kit per.ut, m4ti lem4s, ditimpa ru.ntuhan dan syahid di jalan Allah.” (HR Bukhari, no. 652)

Menurut Imam Nawawi, lima jenis kem4tian ini dianggap sy4hid kerana kematian mereka tidak sama dengan kem4ian biasa. Ia juga bermaksud kerana seks4an yang mereka alami adlaah lebih sakit berbanding dengan sakit yang lain, disebabkan itu mereka telah diberi sy4hid akhir4t.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Syahid akhir4t di sini membawa maksud mereka yang sy4hid bukan di med4n per4ng. Mereka juga dikurniakan dengan pahala dan ganjaran sebagai orang yang sy4hid di akhir4t tetapi ganjarannya tidak sama dengan golongan yang syahid di dunia, iaitu orang yang sy4hid di med4n per4ng.

Jadi, jenazahnya perlu dimandikan, dikaf4nkan dan disolatkan seperti biasa sebagaimana jen4zah lain. (Syarah Nawawi, ‘ala Muslim, 2/164)

Menurut penjelasan dari ulama pula, syahid terbahagi kepada tiga bahagian, iaitu; sy4hid dunia dan akhir4t, sy4hid dunia dan yang ketiga adalah sy4hid akhirat.

#1 – Syahid dunia dan akhirat bermaksud orang yang syahid dalam peperangan atau ketika menegakkan syiar Islam dengan niat untuk mendapatkan reda Allah semata-mata.

#2 – Syahid dunia pula ialah mereka yang meninggal ketika dalam peperangan tetapi menghalangnya daripada mendapat syahid akhirat kerana tujuannya yang salah seperti berniat perang untuk mendapat harta rampasan atau nama sahaja.

#3 – Sy4hid akhirat ialah sy4hid yang terjadi bukanlah di medan perang tetapi yang disebutkan dalam hadis di atas.

Bagaimana pula dengan mereka yang meninggal ketika menuju ke tempat kerja dengan meniatkan untuk mencari nafkah kepada ahli keluarganya?

Melihat kepada penerangan daripada Mufti Wilayah, orang yang meninggal kerana mencari nafkah juga tergolong dalam orang yang mendapat ganjaran sy4hid akhir4t.

Ini kerena, keluar untuk mencari rezeki adalah termasuk dalam perbuatan amal soleh yang dituntut oleh agama dan ia termasuk dalam husnul khatimah, iaitu kematian yang baik.

Syeikh Abd Rahman al-‘Asimi – “Di antara golongan yang mendapat syahid akhirat ialah orang yang mati ketika sedang menuntut ilmu sama ada melalui penulisan, pengajaran atau menghadiri majlis ilmu. Dan Imam Al-Ahjuri mengatakan bilangannya sehingga 30 golongan, dan di antaranya juga orang yang keluar mencari nafkah untuk orang yang di bawah tanggungannya.” (Hasyiyah al-Raudh al-Murabba’, 3/55)

Walaupun ada sebahagian ulama yang menyebut bahawa ia bukan tergolong dalam sy4hid, namun ia termasuk dalam husnul khatimah kerana perbuatannya yang mulia untuk mencari nafkah kepada keluarga sendiri.

Wallahu a’alam.

Sumber: Mufti Wilayah Persekutuan

Sumber: Bernama , Facebook

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *