Hiburan

Iklan raya promosi judi: Bront Palarae Persoal Kenapa Tahan Yg Diupah, Sekali Netizan Tlg Jawab

KUALA LUMPUR – Pelakon Bront Palarae berkata punca iklan judi raya tersebar sehingga tular di media sosial baru-baru ini kerana pemilik operasi judi dalam talian dan terdapat pihak yang membayar upah untuk pembikinan klip video tersebut.

Justeru, pelakon dan penerbit itu mempersoalkan tindakan polis menahan lapan individu yang merupakan kru bagi video tersebut.

“Kenapa t4han yang diupah? Punca masalah ialah yang mengupah (pelanggan atau pemilik jenama),” ciapnya di Twitter.

Berikut pula reaksi dari netizan

“Dah yang diorang berlakon dlm itu video. Apa masalahnya? Lain la kalau Polis pi tahan Adflin ngan Hans Isaac. Hat tu baru pelik” tulis seorang netizan

Malam tadi, Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah mengesahkan kesemua pelakon dalam video itu ditahan di sekitar ibu negara.

Tanpa mendedahkan secara terperinci waktu penahanan mereka, katanya, semua suspek akan direman untuk siasatan lanjut.

“Semua pelakon dalam video promosi judi online itu sudah ditangkap polis.

“Pasukan polis Bahagian Siasatan Jen4yah Dang Wangi sudah tangkap pelakon-pelakon ini (video judi online),” katanya.

Klip video tersebut mengundang kemarahan banyak pihak kerana mengaitkan sambutan raya dengan perjudian dalam talian, selain disebarkan ketika bulan Ramadan.

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) berkata, pihaknya telah berhubung dengan penyedia platform media seperti Facebook, Twitter dan YouTube agar video tersebut diturunkan

Sejak dua hari lalu, hangat diperkatakan mengenai video berdurasi dua minit iklan mempromosikan aktiviti perju.dian atas talian sempena Hari Raya.

Terbaru, pihak polis telah menahan lima lelaki dan tiga wanita yang dikesan terbabit dalam pembikinan iklan tersebut semalam.

Menurut Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani, kesemua mereka berusia di antara 24 dan 47 tahun itu akan dir3man di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi hari ini.

Dalam pada itu, polis memberitahu kesemua mereka mengaku menerima bayaran sebanyak RM180 setiap seorang untuk berlakon dalam iklan berkenaan.

“Kesemua mereka mengaku menerima bayaran untuk berlakon dalam iklan berdurasi 2 minit satu saat itu sebanyak RM180 seorang,” katanya.

Terdahulu, tiga pelakon muzik video berkenaan tampil mendakwa mereka mendapat tawaran bagi menjayakan rakaman sempena Hari Raya, namun pemilik merahsiakan nama jenama mereka.

“Sudah jadi kebiasaan pemilik brand nak rahsiakan produk mereka… malah semasa kita buat penggambaran pun mereka cakap jangan ambil (rakam) video, jangan beritahu sesiapa sebab surprise,” kata salah seorang pelakon pembantu.

Katanya lagi, dia dan pelakon lain menyedari mereka mereka terlibat dalam iklan mempromosi ju.di pada hari penggambaran, 13 Mac lalu.

Malah, dia akui kesal kerana tidak berani untuk menarik diri daripada meneruskan penggambaran itu.

Ujarnya, ketika menerima tawaran tersebut dia mengambil tanpa bertanya soalan kerana terdesak.

“Kami desperate, freelance macam kami terjejas teruk. Apabila dapat job ni saya ambil je tanpa banyak tanya soalan. Untuk job ni mereka bayar pun sikit sangat. Kita buat sebab tak ada cara lain cari duit… kami freelancer.

“Masa awal-awal memang berkaitan raya, tapi apabila masuk bahagian kedua di penghujung penggambaran baru kami sedar ia adalah ju.di,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *