Hiburan

“Ayah buat surprise kat kakak Aafiyah” Teruja Bila Bangun Ada Adik Kat Sebelah

Selepas selamat melahirkan bayi keduanya pada Isnin lalu, penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza kini sudah pun dibenarkan pulang ke rumahnya.

Namun sudah semestinya pertemuan anak pertama Datuk Siti, Aafiyah bersama adiknya menjadi perhatian semua.

Berkongsi sekeping gambar di Instagramnya, gambar Aafiyah bersama adiknya turut mencuri perhatian seluruh wargamaya.

Menariknya kata Siti, Aafiyah sememangnya cukup teruja dan gembira saat pertama kali bertemu dengan adiknya. Malah gambar yang dikongsikan oleh Siti di Instagramnya itu sudah cukup menggambarkan betapa bahagianya hati seorang kakak menyambut kehadiran adik baru dalam hidupnya.

” Kakak dan Adik. Dia paling excited!!

“Lompat lompat dan nak jaga adik,” tulis Siti di kapsyen.

Malah kata Siti, Aafiyah paling teruja untuk membantunya menjaga adik yang masih belum diberikan nama itu.

“Ayah buat surprise kat kakak Aafiyah.. Tiba tiba Adik ada di sebelah,terus bangun senyum meleret..” tulis Siti berserta video telatah Siti Aafiyah

Rata-rata peminat terus mendoakan Siti dan keluarga

“Tahniah ما شاءالله .. Ya Allah, jadikanlah anak ini..orang yang baik, bertakwa, dan cerdas. Tumbuhkanlah ia dalam Islam dengan pertumbuhan yang baik.

اَمِين يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن

“Aafiyah fotokopi datok siti banget wajahnyaa….congrats aafiyah..doakan aunty supaya cepat punya dedek juga yaa

Dalam pada itu, semalam penyanyi kelahiran Kuala Lipis ini sudah pun dibenarkan pulang malah berterima kasih kepada semua yang membantunya sepanjang proses kelahiran bayi lelakinya itu.

“Anakanda, mari kita pulang ke rumah, jumpa kakak Aafiyah ya.

“Terima kasih buat seluruh pengurusan, kakitangan, doktor, jururawat, petugas di @thomsonhospitalkd yang telah membantu dan memberi khidmat terbaik sepanjang saya berada di sini,” kongsinya.

Malah kata Siti, dia dan ‘anakandanya’ juga semakin sihat dan sudah bersedia untuk berpantang di rumah.

“Hari ini saya sudah pulang ke rumah, saya dan bayi juga sihat. Semoga proses berpantang juga akan lancar. Terima kasih di atas kata-kata semangat, doa dan ucapan-ucapan tahniah yang saya dan suami terima sampai ke hari ini.

“Tak lupa juga saya nak ucapkan terima kasih kepada @rufflesandbloomers yang menyediakan hiasan set tidur/bilik untuk anakanda dan saya semasa di hospital.#anakanda,” katanya lagi.

Tak sabar rasanya menantikan Siti dan Datuk K berkongsi nama buat putera kesayangan mereka ini. Kita nantikan!

Isu dedah wajah adik, Asyraf Khalid dan Tya Ariffin mohon maaf

Kuala Lumpur: “Kami sudah minta maaf pada Mak Iti (Siti),” kata anak tiri penyanyi tersohor negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza iaitu Asyraf Khalid dan isterinya, Tya Ariffin.

Ia susulan tindakan pasangan itu memuat naik video di Instagram dan laman YouTube yang memaparkan suasana di hospital tempat Siti bersalin pada 19 April lalu sehingga menimbulkan perdebatan mengenai isu pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) dalam kalangan netizen.

“Kami berdua sudah berhubung dengan Mak Iti menerusi Whatsapp dan panggilan telefon. Kami juga sudah meminta maaf kepadanya. Alhamdulillah hubungan kami baik-baik sahaja.

“Cuma, Mak Iti berpesan, jadikan perkara ini sebagai iktibar pada masa akan datang,” kata mereka.

Dalam pada itu, Asyraf berkata dia dan Tya akan bertemu dengan Siti pada hujung minggu ini.

“Insya-Allah, kami akan bertemu dengan Mak Iti dan ayah pada minggu ini. Kami juga ingin meminta maaf kepada semua jika isu ini ada mengguris hati banyak pihak.

“Apa yang terjadi bukan salah Mak Iti. Salah itu datang daripada kami. Kami berharap agar isu ini tidak dipanjangkan dan Mak Iti dapat berpantang dengan tenang,” katanya.

Terdahulu, Harian Metro melaporkan Asyraf bersama individu lain sudah mendapat kebenaran pihak hospital selain patuh dengan SOP ditetapkan sepanjang berada di hospital tempat Siti bersalin.

Bagaimanapun, video berkenaan sudah dipadam di Instagram dan saluran YouTube Tya Ariffin Family.

Apa kata anda? Kongsikan bersama kami

Jom Like Follow Page Kisah Nyata

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *