Entertainment

Dakwaan Nafi Elisya Sandha Dah Tinggal Sekali, Ini Ayat Padu Dari Sheila Rusly

Pelakon dan penerbit, Sheila Rusly menafikan tuduhan segelintir pihak yang mendakwa bakal menantunya yang juga merupakan pelakon, Elisya Sandha kini sudah pun tinggal sebumbung bersama keluarganya.

Jelas Sheila, jangan hanya disebabkan Elisya sering kelihatan ada di rumahnya pada malam hari, para netizen boleh menabur fitnah sesuka hati.

Katanya lagi, Elisya juga merupakan seorang wanita yang tahu menjaga batas serta air muka kedua orang tuanya.

“Ada pula yang tanya pasal gosip dia belum kahwin tapi dah duduk sini ke? Hello…dia belum duduk sini lagi. Disebabkan dia ada di sini di malam hari, korang menabur fitnah kata dia tinggal di sini.

“Jangan fitnah, berdosa. Dia masih ada mak bapak yang perlu dijaga nama, air muka dan tidak boleh menconteng arang. Dia tahu tatatertib dirinya sendiri,” katanya lagi.

Kenyataan tersebut dikongsikan oleh ibu kepada dua orang cahaya mata itu menerusi sebuah entri yang dimuat naik di laman Instagram.

Dalam pada itu, Sheila turut menambah, dia juga lebih gemar sekiranya Elisya meluangkan masa bersamanya untuk belajar memasak berbanding menghabiskan masanya dengan hanya melepak.

Jelasnya lagi, dia juga boleh memantau segala tindak tanduk anak dan bakal menantunya itu sekiranya mereka ada dekat bersamanya.

“Daripada dia pergi melepak tak tentu arah, lebih baik dia pergi rumah mak mertua dia dan belajar masak.

“Kedua-dua mereka ada dekat depan mata sis. Kalau dikatakan mereka cuba melakukan segala perkara-perkara yang tidak diingini, kaki sis sampai dulu.

“Jadi, jangan tabur fitnah dekat menantu kita. Tak baik,” jelanya lagi.

Terdahulu, anak kepada Sheila, Uzair Haqimy telah pun melansungkan majlis pertunangannya bersama Elisya yang juga merupakan adik kepada pelakon popular, Fasha Sandha pada tanggal 31 Januari yang lalu.

Sumber: Instagram Sheila Rusly

‘Perjalanan itu sukar namun pengakhirannya indah’ – Elisya Sandha

KUALA LUMPUR: Kini sudah berpunya, pelakon wanita, Elisya Sandha semalam selamat melangsungkan majlis pertunangannya dengan anak sulung penerbit dan pelakon terkenal, Sheila Rusly, Uzair Haqimy.

Elisya yang dilihat manis mengenakan busana renda berwarna putih telah memuat naik sekeping gambar dalam akaun Instagramnya hari ini sebagai perkongsian dan tatapan semua pihak terutama buat peminat-peminat.

Elisya pada gambar tersebut dilihat sedang menunjukkan cincin tanda di jari manisnya, membuktikan dirinya kini sudah menjadi tunangan Uzair.

“Syukur, Alhamduillah. One Step Closer,” tulisnya pada ruangan kapsyen gambar tersebut.

Selain Elisya, akaun milik Sheila dan suaminya, Azman Yahya atau Jinggo juga dihujani dengan ucapan-ucapan tahniah daripada keluarga, rakan terdekat, artis tanah air serta peminat sejak dari semalam.

Dalam pada itu, adik kepada aktres terkenal tanah air, Fasha Sandha ini juga dilihat turut berkongsi emosi dan rasanya di ruangan Instagram Story.

“Allah SWT tahu apa yang terbaik buat saya dan bilakah masa terbaik untuk saya memperolehinya. Syukur Alhamdulillah.

“Memang benar setiap perjalanan yang sukar itu akan membawa kepada sebuah pengakhiran yang indah. Ini adalah tangisan air mata yang tidak akan saya lupakan. Di saat dan ketika ini, saya amat bersyukur,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *