Entertainment

Lelaki ni naik hairan, kawan baru jumpa di masjid pilih nak makan lempeng utk berbuka bukan nasi

DI kala kita menikmati pelbagai juadah enak ketika berbuka puasa, sebenarnya ada ramai insan kurang bernasib baik yang hanya makan ala kadar sahaja.

Mereka terpaksa ‘mencatu’ makanan malah makan apa sahaja untuk mengalas perut ketika berbuka, sedangkan ada dalam kalangan kita pula terpaksa membuang makanan yang berlebihan.

Dalam satu posting di Facebook, seorang pelayar berkongsi kisah pertemuannya dengan seorang lelaki yang begitu menjentik perasaan sehingga membuatkan dirinya sebak.

Menurut pelayar berkenaan, ketika itu dia sedang beratur untuk membayar barangan yang dibeli di sebuah pasar raya.

“Tadi tengah beratur beli barang aku nampak ada seorang ni dok tercegat je tepi bahagian tepung. Dalam hati macam pernah tengok orang ni tapi macam takut salah orang.

“Masayallah! Ni brother semalam aku jumpa dekat Masjid Hussain waktu tarawih semalam. Hangpa tahu dia beli apa? Dua biji telur dan tepung sepeket je,” katanya dalam perkongsian yang dimuat naik di laman Facebook Penang Kini.

Perkongsian pelayar berkenaan mengenai kisah rakan baharunya yang ditemui di pasar raya.

Tanpa berlengah, dia menegur lelaki berkenaan, tetapi tergamam adalah sebaik sahaja mendengar jawapan ‘rakan barunya’ itu.

“Dia cakap beli tepung nak buat lempeng untuk berbuka. Kalau beli beras, dia tak ada lauk nak buat makan. Segan asyik tumpang kawan. baru dapat kerja, tak ada gaji. Bolehlah tahan dua, tiga hari.

“Duit hantar ke kampung untuk adik bersekolah. Mak tak boleh menoreh musim hujan. Kalau beli tepung, boleh cicah dengan gula.

Lelaki berkenaan hanya membeli telur dan tepung untuk dibuat lempeng sebagai sajian berbuka puasa.

“Allahu… hang memang buat aku touching, bang. Kali ni tak kira, aku nak belanja juga,” tulisnya.

Bagaimanapun lelaki tersebut menolak pelawaannya dengan bersungguh-sungguh, namun akhirnya akur selepas dia berkeras.

“Dia kata, saya sihat bang saya boleh ikhtiar. Ramai lagi susah dekat luar sana tu. Aku cakap ‘ini ikhlas bang. Jangan macam ni. Kita ni tak kenal, abang anggaplah saya ni kawan kalau abang tak nak sedekah.

Dia kata nanti dapat gaji dia ganti. Aku cakap tak payah bang. Sebelum dia pergi, aku perhati ja dari jauh. Asyik kesat mata, menangis.

“Aku tak rasa dia tipu. Dia memang nampak kusut sangat. Banyak benda dia macam rahsiakan. Dia pegang saja bakul tu sampai sudah tak ambil apa apa. Aku yang ambil apa yang aku rasa keperluan. Bolehlah kot dia tahan dalam seminggu lebih.

“Dia kata nanti dapat gaji dia ganti. Aku cakap tak payah bang. Sebelum dia pergi, aku perhati ja dari jauh. Asyik kesat mata, menangis.

Netizen turut terkesan dengan perkongsian pelayar berkenaan, malah mendoakan rezeki lelaki tersebut dipermudahkan.

“Allah tu maha kaya. Dia uji kita waktu kita senang, apa kita boleh buat dengan orang susah. Semoga urusan kau dipermudahkan,” tulisnya lagi.

Sehingga kini perkongsian tersebut meraih lebih 500 shares di Facebook.

Setiap harta yang kita miliki, pastinya ada bahagian untuk orang lain yang lebih memerlukan sebagaimana firman ALLAH SWT dalam surah al-Baqarah, ayat 245 yang bermaksud, “Siapa yang memberi pinjaman pada jalan ALLAH, pinjaman yang baik (infak dan sedekah), maka ALLAH akan melipatgandakan pembayaran kepadanya dengan lipatan yang banyak.

”Marilah kita sama-sama berkongsi rezeki kita dengan mereka yang memerlukan di sekeliling kita. Mungkin ada jiran tetangga yang kelaparan kerana sudah putus bekalan makanan ataupun orang sekampung yang kehabisan susu untuk diberikan kepada anak kecil sehingga perlu diganti dengan air sirap.

Apa kata anda? Kongsikan bersama kami

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *