Hiburan

Suami dia berkali kali kant0i cur4ng. Pernah sekali kant0i bawa perempuan lain masuk rumah tidur dlm bilik dia

Hari ini aku berjumpa dengan kawan lama. Dah hampir dua tahun kami tak jumpa.. Terakhir masa buka puasa dua tahun lepas dan hari ini kami berbuka puasa lagi bersama..

Dari zamam sekolah aku kawan dengan dia orang ni.. Dan sejak dari dulu sampai sekarang aku rasa hidup aku jauh kebelakang dari dia orang.. Aina dan Laila anak orang berada.. Keluarga aku pula dari flat kos rendah..

Hari ke tiga ramadhan Laila whatsapp ajak keluar berbuka. Katanya Aina ada sekali. Lepas aku fikir 2 3 jam and lepas minta izin suami aku pun setuju dengan Aina akan ambil dan hantar aku balik..

Kereta baru cantik hon depan bustop. Aku masuk kereta, diam. Selang beberapa saat aku tanya, kereta siapa ni. Dia diam saja gelak2.. Aku tak cemburu, aku kagum, alhamdulillah murah betul rezeki kawan ni.

Sampai kedai nampak Laila dah tunggu, makanan dah sampai.. Borak borak kosong, lepas makan baru kita cerita tentang life masing2.. Bukan life aku, tapi life dia orang..

Laila dah setahun putus tunang, tapi masih belum move on. Hidup nya tak tenang.. Anxiety disorder, kurus cengkung.. Tapi masih, dia yang paling cantik antara kami bertiga.. Jauh lebih cantik dari aku..

Selama ni aku fikir, jadi orang cantik macam Laila senang, bertuah nya dia.. Cari kerja senang, cari teman hidup senang.. Tapi tak.. Dia pun diuji.. Sakit nya jelas..

Baru sekarang dia nak fikir tentang diri dia, baru try loan kereta.. Then plan nak beli rumah.. Bertahun buang masa dengan orang yang salah. Mungkin salah.

Selama ni tak pernah terfikir tentang kereta, rumah sebab selama ni bertahun rasa dia ada support yang kuat dari bekas tunang..

Kata Laila perjumpaan kita buat dia rasa lega amat sebab dapat bercerita dan dia rasa hari ni macam dia tak pernah ada masalah hati. Gembira. Eksited. Sampai dia bayar semua bil makan, haha.

Aku tanya sekali lagi tentang kereta baru Aina.. Beruntungnya kata aku.. Aku tumpang gembira.. Dia beli kereta cash puluhan ribu.. Cantik betul kereta nya.. Selasa sungguh.. Aku susah betul nak dapat kereta kata aku..

Cerita di sebalik nya.. Suami dia berkali kali kantoi curang.. Pernah sekali kantoi bawa perempuan lain masuk rumah tidur dalam bilik dia masa dia balik rumah mak dia..

Lepas berapa lama ada rezeki dia beli kereta dan cari kerja sebab nak prepare kalau apa apa jadi dalam rumahtangga.. Atleast ada kerja untuk sara anak kecil yang seorang..

Aku diam..

Apa aku nak cerita tentang hidup aku.. Aku kahwin lepas betul betul habis sekolah.. Anak yang sulung dah 10 tahun.. Anak no dua 6 tahun.. Biasa biasa saja..

Menyewa rumah flat dan kereta saga.. Tak ada yang menarik.. Yang aku tahu, aku jauh kebelakang dari mereka.. Aina rezeki mencurah curah.. Laila bekerjaya, cantik..

Aina cakap, dia selalu ingat aku bila ada masalah.. Dia nak jadi macam aku yang selalu tenang macam tak pernah ada masalah.. Fikirnya selalu kenapa aku yang kahwin muda tanpa persediaan pun boleh hidup bahagia..

Aku cuma jawab, tak ada orang yang tak ada masalah.. Tapi jujurnya, aku dengan suami bahagia..

Laila cakap, dia idamkan rumahtangga sempurna macam aku, suami yang baik dengan anak anak comel yang sihat membesar.. Sedangkan aku, selalu mengeluh dengan masalah kewangan..

Perjalanan pulang, sekali lagi Aina cakap.. Dia jadikan aku idol sebab selalu tenang dan matang..

Aku diam, termenung..

Balik rumah lihat suami tersenyum, anak anak bertalu talu bertanya umi pergi mana umi pergi mana… mungkin selama ni.. Kurang rasa bersyukur dan selalu melihat kekurangan..

Kali ini untuk pertama kalinya aku rasa aku tak dibelakang lagi, aku cuma perlu bersyukur.. Tuhan aturkan manusia dengan rezeki yang lain lain..

Semoga sahabat sahabat aku terus dikurniakan rezeki, sihat dan sejahtera dalam rahmat Tuhan..

– Nazirah (Bukan nama sebenar)

Berikut pula reaksi dari pembaca

“Sesungguhnya, manusia itu hanya akan diuji sesuai mengikut kemampuannya. Sehebat mana pun sesuatu ujian itu, sesukar mana pun ia di mata kita, percayalah, bahawa kita sebenarnya mampu untuk menghadapinya.
Sebagaimana janji Allah S.W.T dalam surah Al-Baqarah,“Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya.” [Surah Al-Baqarah, 2: 286]
Allah itu tidak sekali-kali akan menzalimi hamba-hamba-Nya dengan memberi ujian yang melebihi tahap kemampuan kita.”

“Menarik kisah ni. Simple story but full with positive & realistic vibes. Sebenarnya kita akan letih kalau sibuk membandingkan kehidupan kita dengan orang lain. Memang bersyukurlah cara terbaik & menghargai apa yang kita ada di depan mata.”

“Semua orang rasanya pernah hadap apa yg you hadap. Kawan you yang 2 org tu pun hadap benda sama sebab dia rasa life u best. Dan life dia best. Everyone nak something yang diorang xada. You maybe nak kestabilan dan kewangan mereka, dn mereka nak kebahagian yang u ada. Dan benda tu normal..
Bersyukur ni kita tak perlu tahu orang yang kita agungkan tu akhirnya rupanya tak lah seagung kita fikir kan..
Cuma, bersyukur dengan hidup kita. Itu sudah cukup. Bersyukur tak lapar, bersyukur ada rumah, bersyukur ada kereta untuk bergerak…”

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *