Entertainment

Neelofa, Sajat gilakan publisiti murahan? Pendapat Netizan Ini Mula Buat Ramai Buka Mata

SAUDARA PENGARANG,

PERCUTIAN selebriti popular Neelofa dan pendakwah bebas Muhammad Haris Mohd. Ismail atau lebih dikenali PU Riz ke Langkawi yang didakwa menggunakan alasan kerja untuk merentas negeri ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan kehilangan Muhammad Sajjad Kamaruzzaman sehingga sukar dikesan oleh pihak berkuasa hanya sekadar publisiti murahan.

Setiap tindak-tanduk mereka termasuk memuat naik video di laman sosial hanya sekadar meraih jumlah penonton bagi tujuan publisiti atau promosi secara percuma. Oleh kerana itu, Neelofa membuat naik status: “Bertenang semua di luar sana, tak launch lagi free marketing dah gegar satu negara. Syukur rezeki Allah atur. Sekarang berjuta orang tahu outlet saya akan dibuka di Langkawi.”

TANGKAP layar Instagram Neelofa yang mengundang kemarahan orang ramai.

Jelas daripada kenyataan itu, dia sengaja mewujudkan ‘bahan berita’ yang sudah pastinya mencetuskan kem4rahan ramai sehingga mendapat liputan luas dalam kalangan pengamal media.

Begitu juga dengan Muhammad Sajjad Kamaruzzaman atau Sajat yang sengaja mencabar undang-undang negara dan mempertikaikan cara kerja pihak polis yang sehingga kini gagal mengesan kedudukannya. Tindakan sebegini sengaja dilakukan semata-mata mahu nama mereka sentiasa di bibir peminat dan orang ramai.

Secara tidak langsung pengunjung ke laman sosial mereka akan meningkat. Jumlah penonton untuk video-video mereka akan naik seterusnya membolehkan mereka lebih dikenali dan memperoleh pendapatan lumayan.

Oleh itu, sebagai orang bijak, tidak perlu melayan promosi percuma mereka. Biarkan sahaja sehingga satu tahap apabila orang ramai muak, mereka akan jatuh juga.

RAKYAT TERSAKITI
Kuala Lumpur

Netizen Nasihat Pengguna Instagram ‘Hide’ Akaun Nur Sajat, Elak Kurang Pahala Puasa

Ramadan baru sahaja menjelma, namun usahawan kosmetik sensasi Nur Sajat terus mencetuskan kontroversi di media sosial.

Kongsi Video Senaman

Menerusi laman Instagram nya, Sajat atau nama sebenarnya Muhammad Sajjad Kamaruzzaman dilihat memuatnaik beberapa perkongsian video dan gambarnya melakukan aktiviti bersenam sambil mempromosikan produk perniagaanya.

Jelas pelantun Makhluk Penggoda ini, walaupun sedang berpuasa namun senaman harus dilakukan bagi mendapatkan bentuk tubuh badan diidamkan.

“Bagi saya,walaupun kita berpuasa,kita tetap kena lakukan senaman..di bulan puasa saya akan buat senaman 15 minit jer setiap pagi!” kongsi Sajat

Pengguna Titip Nasihat
Bagaimanapun, perkongsian tersebut menjadi sebaliknya apabila segelintir pengguna laman itu bertindak mengecam tindakan Sajat yang berpakaian seksi dan seolah-olah mencema4ri bulan Ramadan.

“Bulan puasa hormatla sikit,sibuk duk tayang t*k fake” tulis seorang pengguna

Dalam pada itu, menjengah ke ruangan komen rata-rata memberi pandangan agar pengguna lain dapat menyembunyikan atau berhenti mengikuti akaun usahawan sensasi ini. Menurut mereka, dengan memaki hamun serta mengecam Sajat seolah-olah tidak berguna dah hanya akan mengurangkan pahala puasa.

Dalam perkembangan lain, pihak berkuasa masih giat mencari Sajat berikutan waran tangkap dikeluarkan mahkamah terhadapnya berhubung kes berpakaian seperti wnanita dalam majlis bacaan Yasin dan solat hajat, pada 7.30 malam, 23 Februari 2018 di premis kecantikannya, Nursajat Beauticion, Jalan Serai Wangi G16/G, Seksyen 16, Shah Alam.

Bagi perbuatan itu tertuduh didakwa mengikut Seksyen 10(a) Enakmen Jenay4h Syariah (Negeri Selangor) 1995 yang memperuntukkan hukuman tidak melebihi RM5,000 atau penja4ra tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *