Amalan

Pemilik Bengkel Bina T0kong Depan Tangga Pejabat, Ini Tindakan Firdaus Wong

Pendakwah bebas, Firdaus Wong menerusi satu perkongsian di akaun Facebook miliknya meluahkan rasa kurang senang dengan tindakan pemilik bengkel sebelah pejabatnya yang membina tokong di hadapan tangga pejabat miliknya.

Tokong di hadapan tangga pejabat

Menerusi posting yang tular di media sosial dikongsikan oleh Firdaus Wong di akaun Facebooknya, jiran yang berada di sebelah pejabatnya telah berjumpa dengannya untuk berbincang mengenai perkara ini namun alasan yang diterima tidak munasabah.

Dakwa jirannya, kewujudan tokong itu sama sekali tidak mengganggu operasi harian orang lain, malah mendakwa telah mendapat ‘kelulusan’ pihak berkuasa tempatan.

Itu **** you jangan risau lah. Saya sudah ‘settle’ sama ****. Sekarang you toleransi sikit bolehkah?

Tambah Firdaus, dia sebenarnya sudah bertoleransi mengenai isu tersebut walhal ianya dibina menggunakan batu bata milik dia. Lebih mengelirukan, jirannya mendakwa tokong tersebut sudah lama dibina namun hakikatnya baru sahaja siap sebulan.

Tanpa ingin memanjangkan isu berkenaan, Firdaus meminta jirannya untuk memindahkan tokong itu di depan bengkelnya sendiri tanpa merobohkannya. Dia juga berharap pihak berkuasa tempatan menyiasat pembinaan tokong yang dikatakan menyalahi undang-undang ini.

Berikut perkongsian penuh Firdaus Wong di Facebook milik beliau 

Jiran kami ini workshop yang dimiliki seorang Belum Muslim dan selama 7 tahun MRM beroperasi, kami sering menghantar kenderaan kami untuk servis di bengkelnya. Hubungan kami agak baik cuma kebelakangan ini menjadi sedikit renggang. Kenapa?

Beberapa hari lepas beliau ‘confront’ saya supaya saya bertoleransi sikit berkaitan tokong yang dibinanya betul-betul di depan tangga pejabat kami. Katanya ianya tidak menganggu operasi kami.

Saya hanya memberitahu kepada beliau, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur tak benarkan pembinaan struktur kekal begini di tempat dan beliau dengan selamba menjawab;

“Itu DBKL you jangan risaulah. Saya sudah ‘settle’ sama DBKL. Sekarang you toleransi sikit bolehkah?”

Kami sebenarnya dah bertoleransi. Beliau baru membina tokong ini bulan lepas dan beliau membinanya menggunakan batu-bata kami tanpa meminta kebenaran dari kami. Beliau memberitahu kakitangan kami tokong untuk sudah dibina bertahun tetapi faktanya adalah baru sahaja dibina bulan lepas. Kami tidak memintanya untuk merobohkan tetapi memindahkan tokong itu di depan bengkel dia sahaja.

Saya juga sebenarnya kurang memahami maksud dia dah ‘settle’ dengan DBKL kerana kami nampak DBKL menghantar penguatkuasa ke kawasan tetapi tiada atau belum diambil tindakan. Kami dah cuba berbincang elok-elok tetapi menemui jalan buntu. Apakah yang beliau maksudkan ‘settle’ dengan DBKL itu?

‘Settle’ dengan membuat permohonan dengan DBKL atau ‘settle’ dengan rasuah? InshaAllah kami akan cuba lagi berbincang tetapi harap Jabatan Penguatkuasa DBKL boleh siasat apakah dakwaan dia ‘settle’ dengan DBKL itu.

Kita berbincang sebaik mungkin dengan cara terbaik namun andai gagal, harap pihak berkuasa mengambil tindakan tegas ke atas mana-mana pihak yang melanggar undang-undang negara.

Sumber : Firdaus Wong

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *