Uncategorized

Peniaga Burger Viral Rupanya Hidup Mewah, Netizan Terpegun Tgk Bill Makan Tomahawk

Kalau lah betul apa yang dikatakan, memang satu Malaysia kena tipu! Peniaga burger Faisal Burger yang viral baru-baru ini gara-gara dirinya dikompaun RM50,000 kerana jual burger lebih masa dikatakan hidup mewah.

Fuh sakan abang burger kita ni, dia dikatakan pernah makan di restoran Tomahawk dengan bil mencecah RM1,000 lebih.

Bukan itu sahaja, ramai netizen ‘menyiasat’ dan menjumpai banyak lagi bukti yang menunjukkan dia bukanlah tidak mampu seperti yang digembar-gemburkan.

Dan kompaun yang dikenakan itu memang patut pun disebabkan dia melanggar SOP. Berniaga melebihi masa. Ye lah, pihak berwajib pun mestilah menjalankan tugas. Takkan lah sesuka hati diorang jer nak saman kalau tak buat salah.

Ruangan postingnya mengenai kompaun yang dikenakan juga dihujani dengan komen-komen netizen yang lain. Tak caya? Cuba tengok jap. Jangan main-main dengan kuasa netizen ui.

Hmm..macam-macam betul lah. Apa pendapat anda? Komen sikit.

Bukan lagi RM50,000, nilai kompaun ke atas peniaga burger depan rumah diteliti semula – Polis

KUALA LUMPUR: Polis meneliti semula kompaun bernilai RM50,000 yang dikenakan terhadap seorang peniaga burger di Pengkalan Chepa, Kelantan yang tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) kerana beroperasi melebihi masa yang ditetapkan.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Shafien Mamat berkata, pihaknya juga akan memanggil pemilik premis yang dikenakan kompaun untuk menawarkan nilai kompaun mengikut garis panduan yang ditetapkan di bawah Akta 342.

“Selain peniaga burger yang kisahnya ditularkan itu, dua lagi pemilik premis kedai makan turut dikompaun sebanyak RM50,000 pada hari yang sama

“Polis telah menerima aduan dan rungutan daripada masyarakat bahawa masih terdapat premis perniagaan yang tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dan premis kedai makan beroperasi melebihi masa yang ditetapkan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Shafien, susulan daripada aduan orang awam, Polis Kelantan turut mengeluarkan tujuh kompaun kepada pemilik dan pelanggan premis kedai makan di sekitar Pengkalan Chepa pada hari sama.

Beliau turut memaklumkan, sebanyak 127 kompaun telah dikeluarkan kepada pihak yang tidak mematuhi bermula 16 April lalu sehingga semalam.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *