Amalan

Polis akan k0mpaun sekolah cetus kluster, sekali Cikgu Fadli bagi ayat padu

KUANTAN: Polis akan mengeluarkan kompaun terhadap sekolah yang mencetuskan kluster baharu COVID-19 jika ia berpunca daripada pengabaian prosedur operasi standard (SOP).

Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Abd Jalil Hassan, berkata langkah itu untuk membendung penularan pandemik COVID-19 di semua sekolah di Pahang.

Bagaimanapun, katanya, kompaun yang dikeluarkan itu adalah tindakan terakhir selepas pelbagai langkah dilakukan tidak dapat dipatuhi pihak sekolah terbabit.

“Oleh itu, polis menasihati supaya semua pihak iaitu pasukan pemantau, penguat kuasa dan ibu bapa untuk memastikan sekolah bebas daripada kluster C0VID-19.

“Kita tidak mahu Pahang termasuk antara negeri yang sekolah terpaksa ditutup akibat C0VID-19 selain bimbang jika berlaku kluster baharu di sekolah,” katanya.

Abd Jalil berkata demikian kepada media selepas Mesyuarat Permuafakatan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Pahang bersama Polis Pahang di pejabat JPN Pahang, di sini hari ini.

Hadir sama, Pengarah JPN Pahang, Mohammad Rosli Abdul Rahman.

Bagi memastikan tiada kes COVID-19 di sekolah, beliau meminta ibu bapa tidak menghantar anak yang bergejala seperti demam atau selsema ke sekolah.

“Apabila berlakunya kes di sekolah, ia akan merugikan anak-anak lain yang ingin ke sekolah untuk meneruskan pembelajaran mereka,” katanya.

Sementara itu, Mohammad Rosli berkata, jabatan meminta semua guru, kakitangan dan pelajar yang bergejala tidak hadir ke sekolah.

“Ibu bapa kena kenal pasti anak mereka dan apabila mempunyai gejala, mereka tidak perlu menghantar anak mereka ke sekolah,” katanya.

Dalam pada itu, seorang aktivis NGO dan selaku guru sekolah tampil bersuara dan melhairkan kegusaran atas tindakan ini

“Oh. Sekolah pula nak dikompaun bila berlaku kluster?

Sekarang nak tanya, jika sekolah kena kompaun nak bayar dengan apa? Cikgu-cikgu kena collect duit ke, kutip derma kilat dengan murid ke, dengan ibubapa ke macamana ni?

Meja guru meja murid, kerusi murid berpuluh tahun tak bertukar. Tak ada dana. Tak cukup duit. Cikgu-cikgu, ibu bapa la berpakat duit beli sikit demi sikit.

Ni kalau kena kompaun siapa nak bayar?” tulis Cikgu Mohd Fadli Salleh di laman facebook beliau

Dalam pada itu, Cikgu Fadli juga mempersoalkan arahan kerjaan dengan pembukaan sekolah di kawasan yang berisik0

“Dah tahu sekolah dalam kawasan berisiko tinggi, ada pula kes positif di sekolah, tutup je lah.
Keras sangat nak buka kenapa? Lepas tu nak kompaun bagai pula.
Makin mengarut dah undang-undang ni. Yang jelas langgar sop tak ditahan, tak dikompaun, tak didakwa pula.
Jika artis, menteri dan ahli politik buat apa saja, lepas belaka. Ini semua tahi tuan-tuan. Aih, tergeram. Sheet!

PRN Sabah Punca Kes Naik

“PRN di Sabah punca peningkatan mendadak kes COVID-19. Asalnya kes covid dah hampir 0 dan Malaysia diiktiraf antara negara terbaik di dunia menawal COVID-19. Tu tak nak kompaun geng politik pula?” tulis Cikgu Fadli lagi

Apa kata anda? Kongsikan bersama kami

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *