Amalan

Aku Layan Isteri Bak Puteri. Sekali Dia Minta Izin Jumpa Ex-Bf, Nak Minum2 Je Katanya. Sudahnya Bneda Lain Jadi

Lelaki mana yang tidak cemburu apabila mengetahui isterinya berhubung dengan lelaki lain.

Perasaan cemburu pasti berlipat kali ganda apabila mengetahui isteri tersayang bertemu dengan bekas kekasih lamanya.

Itulah yang berlaku kepada seorang lelaki sebagaimana kisah yang dikongsikannya menerusi laman Kisah Rumah Tangga.

Menurut lelaki berkenaan, masalah rumah tangga yang dihadapinya bermula apabila isterinya menyuarakan hasrat untuk bertemu dengan bekas kekasih sewaktu ditugaskan bekerja di luar kawasan (outstation).

Seorang suami berkongsi masalahnya dalam laman Facebook Kisah Rumah Tangga.

” Wife aku kena outstation kat negeri ex-boyfriend dia kerja. Dia minta izin aku nak jumpa lagi bekas kekasih dia. Nak minum-minum je dia kata,” tulis pelayar berkenaan.

Ujarnya, dia agak keberatan untuk ‘menunaikan’ permintaan isterinya itu kerana rumah tangga mereka pernah berantakan sebelum ini gara-gara isterinya bertemu dengan bekas kekasih yang sama, tiga tahun lalu.

” Aku dah banyak kali cakap dengan wife aku yang dia kena reda. Jodoh ketentuan Tuhan. Tuhan dah tetapkan aku jodoh dia tapi kenapa susah sangat dia nak terima.

” Aku tak faham kenapa wife aku nak cari penyakit. Orang tu dah ada isteri. Kerja biasa je. Sanggup pula dia nak jadi isteri kedua. Pinjam duit wife aku pun tak bayar lagi,” luahnya.

Menurut lelaki ini lagi, sepanjang 15 tahun hidup bersama, dia sedaya upaya melayan isterinya dengan baik malah ringan tulang untuk membantu melakukan kerja rumah yang lain.

Pelayar ini terkilan kerana isterinya terlalu teruja mahu bertemu bekas teman lelaki hingga sanggup melanggar taklik.

” Aku ni since kahwin cuba bagi dia segalanya sebab aku memang sayang gila dekat dia. Aku berjawatan, aku setia, kerja rumah semua aku buat. Baju dia aku ironkan, setiap pagi aku letak siap baju dah bergosok atas katil. Dia tinggal pakai je..

“Sebab memang dari awal kahwin aku layan wife aku umpama puteri raja. Part masak je aku fail. Aku tak tahu nak cakap macam mana lagi,” tulisnya.

Bercerita lebih lanjut, pelayar lelaki itu berkata dia kini berada di dalam dilema memandangkan isterinya melancarkan ‘mogok’ sebagai tanda protes selepas dia melarangnya bertemu dengan bekas kekasihnya itu.

Lelaki ini tidak mahu perkahwinan yang dibina selama 15 tahun hancur di tengah jalan gara-gara orang ketiga.

” Sekarang ni dia tengah merajuk sebab aku bagi taklik kat dia. Kalau dia jumpa juga dengan ex-boyfriend dia tu jatuh talak dan anak semua aku ambil.

” Siap cakap dia tak peduli taklik aku tu… nak pergi jugak jumpa ex-boyfriend dia. Stress aku min! Apalah lagi aku nak kena buat nak bagi dia cuma ingat aku je.

” Susah sangat ke dia nak lupakan ex-boyfriend dia tu. Kesiannya anak-anak kalau kami terpaksa berpisah,” tulisnya meminta pandangan netizen lain.

Perkongsian tersebut mengundang ribuan komen netizen dengan rata-ratanya menyuaarakan rasa simpati kepada lelaki berkenaan.

Tidak kurang juga ramai yang menyokong dan memberikan nasihat agar lelaki tersebut bertegas dengan isteri.

Lima perkara penting yang perlu ada dalam satu hubungan.

1. Kepercayaan.

Semua orang tahu kepercayaan itu tersangat lah penting dalam perhubungan. Rasa kepercayaan ini yang membawa seseorang itu terus berada di sisi tidak kira waktu senang atau susah. kepercayaan terhadap pasangan bukan hanya memerlukan sebelah pihak, tetapi memerlukan keduanya untuk saling percaya. Barulah ikatan itu kuat.

2. Kesetiaan.

Rasa sakit apabila di duakan oleh seseorang yang kita sayang. Itulah yang akan dirasai oleh seseorang yang pasangannya curang dalam perhubungannya. Jadi untuk tidak saling melukakan hati sendiri dan pasangan, adalah lebih baik untuk menjadi setia dalam perhubungan. Dan dengan kesetiaan ini juga, anda dapat mengekalkan hubungan anda agar bertahan lama.

3. Kasih sayang.

Apabila jalinkan hubungan ini, pasti kasih sayang itu penting. Kalau tidak bagaimana untuk anda dan dirinya saling bersama antara satu sama lain. Dan dengan kasih sayang ini juga, seseorang itu sukar untuk berubah hati mencari yang lain. Apa yang menariknya, semakin lama hubungan anda dengan dirinya semakin mendalam rasa sayang anda pada dirinya.

4. Memahami.

Rasa sayang sahaja tidak cukup kalau tidak saling memahami dan bertolak ansur. Jadi ingin menambah rencah lagi dalam perhubungan, sikap memahami pasangan itu teramat lah penting. Seseorang itu tidak boleh mementingkan diri dan kepuasannya sahaja tetapi perlu mementingkan pasangan dan hubungan.

5. Berjuang.

Sifat berjuang dalam perhubungan ini penting, dan teramat lah penting. Hal ini kerana, anda dan pasangan akan saling mempertahankan hubungan tersebut hingga ke arah yang betul selamat. Berjuang di sini bukan hanya menjaga dan mempertahankan hubungan itu dengan baik. Tetapi memohon dan meminta kepada Allah, juga di kira perjuangan.

Jika lima perkara ini diterapkan dalam perhubungan anda. Pasti hubungan itu akan mampu bertahan lebih lama dari anda jangkakan. Anda juga akan memiliki kebahagiaan seperti pasangan-pasangan yang lain.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *