Hiburan

Kenali Siapa Rita Nadira Di Sebalik Watak Jah4t ‘Melissa’

Pelakon Rita Nadira mengakui dirinya mahu lebih fokus dalam dunia lakonan selepas ini dan memilih untuk tidak terlalu memikirkan soal teman hidup.

Malah Rita, 24, secara seloroh mengakui dia jarang didekati lelaki mungkin kerana personaliti dan fizikalnya.

Rita berkata demikian ketika ditemui di set penggambaran drama Tak Sempurna Mencintaimu Januari lalu.

“Tahun 2021 ini saya pasang azam untuk kerja lebih keras, sebelum ini mungkin kita macam main-main.

“Seiring dengan peningkatan usia dan sudah alang-alang terjun dalam dunia lakonan, jadi kena cuba dan fokus.

“Sejujurnya orang susah nak dekat dengan saya, tak tahulah mereka takut atau apa. Memang tidak ada.

“Ada yang cakap mungkin kerana wajah saya yang nampak garang, atau mungkin terlalu tinggi.

“Saya pun tidaklah kisah sangat untuk bercinta dalam tempoh terdekat. Saya bukan jenis yang kalau tidak ada pasangan, tak boleh hidup. Kalau ada, adalah. Cuma janganlah putus,” katanya.

Adik kepada model terkenal, Rita Suraya ini turut mendedahkan dia sudah gembira kerana mempunyai keluarga di sisi pada ketika ini.

“Saya seorang yang lebih utamakan keluarga. Kalau ada ibu saya, saya sudah okay. Ada keluarga, ada rakan baik pun sudah memadai buat masa sekarang. Boleh isi masa bersama mereka,” katanya.

Ditanya mengenai sejauhmana pembabitan dirinya sebagai model, Rita mengakui lebih senang untuk beri lebih komitmen dalam dunia lakonan.

“Disebabkan situasi sekarang, peragaan itu agak perlahan. Jadi saya fokus dengan berlakon, tambahan pula ia memerlukan komitmen yang tinggi dan tidak menentu.

“Kualiti lakonannya pun kenalah jaga juga. Apa pun saya masih lagi buat modeling kalau ada tawaran.

“Memang saya sayangkan bidang tersebut dan sejujurnya, ia lebih mudah berbanding lakonan. Tinggal lagi kena jaga karektor atau mood sesebuah jenama yang dibawa,” katanya lagi.

Terdahulu, Rita mulai disebut-sebut selepas muncul menerusi drama Tak Sempurna Mencintaimu mendukung watak sebagai Melissa. Drama bersiri 28 episod itu telah pun melabuhkan tirainya pada Selasa.

Rita Nadira merupakan antara pelakon yang bakal menjayakan drama adaptasi novel, Jujurlah Nikahi Aku karya Umie Nadzimah yang dijangka menemui penonton di slot Drama Vaganza di saluran Astro Ria.

Drama rantaian arahan Rashid Sibir itu antara lain dibintangi nama-nama popular seperti Sean Lee, Uyaina Arshad, Raja Azura dan Zaidi Omar.

“Seronok Tengok Sirat Lawan Balik, Geram,” – Intan Najuwa Kongsi Video Bergasak Dengan Melissa, Ramai Yang Puas Hati!

Sudah pun taman siaran, drama rantaian Tak Sempurna Mencintamu nyata mendapat perhatian baik daripada pencinta drama tempatan.

Masing-masing memberikan pandangan terhadap episod akhir drama yang bersiaran menerusi slot Akasia TV3 itu.

Sementara itu menerusi Instagram, heroin drama berkenaan, Intan Najuwa ada memuat naik video yang merakamkan babak pertingkahan Siratul (Intan) bersama Melissa yang dibawa Rita Nadira.

“Behind the scene gaduh dengan @ritanadira_ tadi. Sedap dapat lempang lempang muka Melissa!

“Thanks to semua team yang betungkus lumus siapkan this drama. We did it!,” tulis Intan pada ruangan kapsyen.

Meninjau ke ruangan komen, para peminat memberikan respon ‘puas’ apabila melihat Siratul membalas sikap kejam Melissa terhadapnya selama ini.

“Rasa seronok tengok Sirat lawan balik. Rasa nak join sama. Geram,” tulis seorang warganet.

“Tu baru real berlakon,” puji individu lainnya terhadap babak yang dikongsi Intan.

“Aku geram betul scene ni,” tulis warganet lain.

Namun, ada juga yang seolah-olah tidak berpuas hati apabila heronya, Mustaqim meninggal dunia pada akhir cerita.

“Tak puas hati ni hero mati. Aishhh,” respon seorang lagi warganet.

“Nape Sirat tak call ambulance waktu suami mati?,” soal warganet lainnya pula.

Drama yang diadaptasi dari novel yang menggunakan judul sama merupakan hasil garapan skrip Eja Lorena, Marr Mohamad dan Lynnda Sharuddin.

Biodata Rita Nadira

1. Menggunakan nama komersial, Rita Nadira.

2. Berkelulusan Ijazah Seni Persembahan (Teater) daripada Universiti Teknologi MARA (UiTM).

3. Berkecimpung dalam dunia hiburan sebagai seorang pelakon dan model.

4. Kerap menghiasi pentas peragaan, termasuk aktif menjayakan penggambaran kempen fesyen dan halaman fesyen mewakili jenama pakaian dan juga majalah tempatan.

5. Antara lakonannya termasuk menerusi drama Jujurlah Nikahi Aku dan telefilem Kisah Seram Hostel.

6. Laman sosial Instagramnya atas nama @ritanadira_ sehingga kini sudah diikuti lebih 51,000 netizen.

Fakta Menarik

Adik kepada Rita Suraya yang juga merupakan seorang peragawati.

Mempunyai raut wajah Pan Asia yang mana agak berbeza dengan kakaknya yang berkulit sawo matang.

Datuk sebelah bapanya merupakan India Muslim, manakala neneknya pula berbangsa Cina. Menganggap dirinya mempunyai kulit cerah kerana mengikut keturunan neneknya.

Menjalinkan hubungan cinta dengan aktor muda, Ahmad Ezzrin Loy atau lebih dikenali sebagai Ezzrin Loy yang juga adik kepada aktres Elfira Loy.

Merancang untuk mendirikan rumah tangga di usia 27 tahun kelak.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *