Uncategorized

“Siapa sebenarnya Dato Nicky” Bermula dgn cuci kereta, sekarang baru berusia 33 tahun tapi ada aset bernilai RM1 bilion

JOHOR BAHRU: Serbuan dalam Op Pelican 3.0 di Trigon Residence Setiawalk, Puchong pada 20 dan 21 Mac lalu untuk memberk4s ketua kumpulan dan anggota Geng Nicky dibuat mengikut prosedur operasi standard (SOP) Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, tindakan itu mematuhi peruntukan undang-undang Kanun Tatacara Jen4yah (Akta 593) dan Akta Kesal4han Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Akta 747).

Menurut beliau, dalam operasi berkenaan, sebanyak 70 serbu4n dijalankan bagi mengesan dan men4ngkap ketua kumpulan dan anggota Geng Nicky.

“Pada 20 dan 21 Mac lalu, ‘Task Force’ Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor disertai seramai 220 pegawai dan anggota serta Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion 4, Cheras telah menjalankan Op Pelican 3.0 di sekitar Lembah Klang dan Selangor.

“Sebanyak 45 daripada 70 serbuan yang dibuat melibatkan unit kediaman kondominium di Trigon Residence Setiawalk, Puchong,” katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.

Tambah Ayob, dalam serbuan berkenaan, beberapa unit kondominium telah dimasuki dengan cara memecahkan tombol pintu sebelum digeledah.

“Penggeledahan unit-unit tersebut dibuat berdasarkan maklumat risikan dan atas sebab munasabah bagi mengesyaki suspek bersembunyi dan dokumen serta harta terlibat disimpan atau disembunyikan,” ujarnya.

Ayob membuat kenyataan itu sebagai menjawab luahan beberapa penduduk berkaitan ker0sakan yang berlaku di kediaman mereka semasa serbu4n Op Pelican 3.0 seperti dilaporkan media, baru-baru ini.

Laporan tersebut memberitahu kira-kira 10 pemilik kediaman meluahkan rasa terkilan dengan tindakan polis yang didakwa telah merosakkan pintu kediaman mereka dalam operasi memberkas ahli perniagaan, Datuk Seri Nicky Liow Soon Hee.

Salah seorang pemilik yang hanya mahu dikenali sebagai Wendy berkata, dia berasa kecewa apabila dimaklumkan perkara itu oleh pihak pengurusan sehari selepas serbuan dilakukan pihak berkuasa.

Katanya, sepatutnya pihak berkuasa memaklumkan terlebih dahulu kepada pemilik atau penyewa agar sebarang ker0sakan dapat dielakkan.

“Kami harap polis dapat berikan penjelasan lanjut berkenaan perkara ini kepada semua pemilik kediaman yang terlibat,” katanya pada sidang akhbar di Trigon Residence Setiawalk di sini.

Bermula dgn cuci kereta, sekarang baru berusia 33 tahun tapi ada aset bernilai RM1 bilion

MENGIKUT data laman web Statista, pada tahun 2019, terdapat 14 bilionair yang tinggal di Malaysia. Berdasarkan angka Forbes untuk 2020, keseluruhan kekayaan 10 orang paling kaya di Malaysia bernilai AS$53.35 bilion atau RM224 bilion.

Untuk perbandingan, kekayaan 10 orang terkaya di Malaysia mampu membina 22 menara berkembar Petronas (berdasarkan anggaran harga asal pembinaan), 448 hospital atau menggaji enam juta orang pekerja dengan pendapatan RM36,000 setahun.

Itu baru bilionair. Pada masa sama, menurut Statista, terdapat kira-kira 16,000 jutawan yang menetap di negara ini.

Sememangnya jika diambil kira angka itu negara ini, maka ramai yang sangat berjaya.

Jelas bukan Amerika Syarikat sahaja merupakan negara yang terbuka dengan peluang. Malaysia sendiri penuh dengan peluang keemasan.

Cuma angka jumlah jutawan di negara ini mungkin tersasar. Sebenarnya jumlah jutawan di negara ini mungkin lebih 100 ribu orang.

Mana tidaknya, jika diambil kira penjenayah seperti ketua sindiket pe­ngubahan wang haram terbesar, Datuk Seri Nicky Liow Soon Hee.

Nicky yang berusia 33 tahun itu dikatakan mempunyai aset bernilai RM1 bilion.

Ketika meloloskan diri daripada tangkapan polis, pemuda yang bermula sebagai pencuci kereta itu dikatakan membawa bersama-samanya lapan beg besar mengandungi jutaan ringgit.

GAMBAR HIASAN

Akaun bank Nicky mempunyai simpanan RM40 juta.

Dia juga terlepas dalam operasi Pelican 3.0 kerana ada tali barut yang memberi maklumat kepadanya.

Sememangnya Malaysia bumi bertuah. Ada peluang individu yang bermula sebagai pencuci kereta sehingga membina empayar Macau Scam terbesar di Malaysia.

Di mana di dunia pemuda dalam usia 24 tahun sahaja mampu menyewa 48 unit kondominium untuk operasi penipuan.

Bukan itu sahaja, dia boleh menggaji lebih 30 pegawai pihak berkuasa yang dihadiahkan perempuan, kereta dan wang tunai. Memang ‘best’ peluang yang dihidang di Malaysia kepada mereka yang bijak.

Apa sahaja boleh dilakukan asalkan ada ‘pulus’. Jangan lupa untuk berjaya sebagai penyangak, perlu mendapatkan darjah kebesaran.

Sesi ambil gambar dengan golongan berpengaruh adalah wajib untuk mengukuhkan kredibiliti seseorang.

Dalam kes Nicky, dipercayai tujuh pingat kebesaran yang dimilikinya adalah sah. Pada masa sama, jangan lupa menderma kepada badan kebajikan dan menghantar kenyataan kepada media. Pastikan artikel itu keluar di media yang sah.

Jelas Malaysia negara bertuah. Bukan sahaja ‘Cash is King’ tetapi sampai ke tahap ‘Cash is God’. Kalau slogan AirAsia ‘Kini Semua Orang Boleh Terbang’, kepada ramai yang menipu dan membayar rasu4h boleh guna slogan ‘Kini Semua Orang Boleh Jadi Jutawan’.

Kes Nicky: Kalau saya tangk4p, saya pastikan dia didakwa dan disabit bersal4h – Ayob Khan

KUALA LUMPUR: Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay menegaskan bahawa ahli perniagaan yang sedang diburu, Datuk Seri Nicky Liow Soon Hee, akan ditangkap tidak lama lagi.

Ketika ini, pihaknya sedang memperkemas siasatan supaya cukup segala bukti yang kukuh untuk mendakwanya di mahkamah, dan sedikit masa diperlukan untuk itu.

“Stail saya, apabila saya tangkap, saya akan pastikan dia dituduh. Apabila dituduh, saya mahu dia disabit.

“Saya tak nak tangkap lepas itu senyap, bebas, macam Addy Kana. Tangkap-tangkap, tapi di mana penghujungnya?

“Ada yang dituduh tak? Saya tak pasti. Tapi saya tak nak begitu,” jelasnya.

Menceritakan tentang Datuk Nicky, kata Ayob, lelaki berusia 33 tahun itu sudah menjalankan kegiatannya sejak 2014 dalam skala yang mustahil untuk tidak dikesan oleh pihak berkuasa.

Bagaimanapun, disebabkan hubungan dan pengaruhnya dengan beberapa orang anggota dan pegawai pihak berkuasa serta orang kenamaan, ia terus beroperasi tanpa sebarang gangguan, sehinggalah baru-baru ini.

“Selepas dua tiga laporan diterima daripada mangsa sindiket, kita buka dua kertas siasatan dan saya minta pegawai saya siasat dengan teliti, lapisan demi lapisan.

Akhirnya didapati salah satu transaksi sindiket itu masuk ke akaun Datuk Nicky.
“Daripada situ kita dapat kembangkan, dan pada masa saya saya dapat maklumat daripada pihak lain yang mengatakan sebelum ini dia ada bagi maklumat kepada banyak pihak, tapi tak jalan, tiada tindakan.

“Jadi saya bincang dengan pihak agensi, kita nak tangkap (suspek) bawah kesalahan jenayah terancang.

“Ini adalah kali pertama dalam sejarah kesalahan komersial yang kita tangkap bawah SOSMA,” jelas Ayob.

Sekurang-kurangnya 34 pegawai dan anggota daripada agensi penguatkuasaan terlibat dan melindungi Geng Nicky telah ditahan, sementara kepala sindiket itu masih dalam buruan polis.

Terbaharu, polis telah meminta bantuan Interpol untuk mengesan lelaki tersebut, dan gambarnya telah diedarkan ke seluruh pos kawalan persempadanan dalam usaha mengelakkan penjenayah tersebut meloloskan diri ke luar negara.

Tidak dapat dinafikan, Ayob mengakui dia ada terlihat komen-komen di media sosial yang mempertikaikan tindakan dan gerak kerja polis yang masih tidak dapat menangkap suspek utama sindiket tersebut.

Namun Ayob tahu apa yang dilakukannya, dan dia memerlukan sedikit masa supaya tangkapannya berbaloi dan pesalah akan pasti mendapat hukumannya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *