Uncategorized

“Sedihnya Double Standard” Di Netizen Persoal SOP Melawat Siti Nurhaliza Bila Lihat Perkara Ni Kat Hospital

Tanggal 19 April 2021 telah menjadi salah satu tarikh bahagia buat Dato Sri Siti Nurhaliza bersama suami dan keluarga.

Dato Sri Siti atau lebih mesra dengan panggilan Tokti telah pun selamat melah1rkan bayi lelaki seberat 3.84 kilogram (kg) menerusi kaedah pembed4han.

Kelah1ran bay1 kedua Tokti itu disambut gembira oleh suami, anak-anak kepada Datuk K, ustaz serta jurugambar dan doktor yang mer4wat.

Dalam pada itu, ada juga yang terdetik mempersoalkan bagaimana SOP di hospital yang didiami oleh Tokti boleh membenarkan pelawat masuk selain daripada suami kerana kebanyakan hospital tidak akan membenarkan pelawat lebih-lebih lagi untuk wanita yang baru bersal1n.

Ini antara salah satu ciapan yang dimuat naik oleh pengguna di Twitter yang mempersoalkan keadilan dan SOP yang diguna pakai oleh hospital, adakah ia hanya untuk rakyat marhaen dan bukan untuk golongan artis, kayangan, menteri dan sebagainya?

Meninjau di ruangan ciapan tersebut, ramai yang memberikan pendapat masing-masing :

Kita sudah sedia maklum bahawa ketika pandem1k cov1d-19, hospital kerajaan tidak akan membenarkan pelawat untuk masuk kecuali satu orang penjaga mengikut tahap kronk pesak1t.

Sementara hospital swasta pula lebih longgar dan tertakluk kepada syarat yang telah ditetapkan seperti membuat swab test terlebih dahulu sebelum melawat pesak1t dan sebagainya.

Menurut sumber, ada yang mengatakan bahawa semua yang terlibat ketika menyambut kelahiran bayi kedua Tokti sudah membuat swab test sebelum melawatnya, jadi tidak ada masalah untuk mereka melawat.

Apa-apapun, daripada kita mengeluarkan kata-kata yang tidak baik di bulan Ramadan, lebih baik untuk kita sama-sama hormati dan doakan kesihatan bay1 dan Tokti.

Berita gembira itu turut dikongsikan anak dan menantu kepada Datuk K iaitu Asyraf dan Tya Ariffin dengan memuat naik video di YouTube sebagai kenangan terindah bagi menyambut ahli keluarga baharu.

Lahir secara pembed4han

Foto tangkap layar dari YouTube Tya Ariffin

Video vlog yang dikongsikan Tya di laman YouTube itu baru saja dimuat naik dua jam yang lalu telah cecah 14 ribu tontonan. Menerusi perkongsian dari Tya dan Asyraf, penyanyi lagu Cindai itu melahirkan anak kedua melalui kaedah pembedahan dan ini juga pembedahan kedua bagi kelahiran anaknya.

Kelahiran anak lelaki kedua itu turut dihadiri oleh ibu kepada Siti Nurhaliza dan Datuk K sendiri.

Mak Iti bersalin dah

Video ringkas berdurasi 4:50 minit turut menyaksikan rata-rata ahli keluarga merakamkan foto dan video dalam telefon masing-masing sebagai kenangan manis buat mereka. Tahniah TokTi atas kelahiran anak kedua!

Moga Allah permudahkan Mak Iti besarkan adik – Asyraf Khalid

Dapat anak lelaki: Tun Mahathir ucap tahniah kepada Siti Nurhaliza

PETALING JAYA: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad antara yang mengucapkan tahniah kepada Datuk Seri Siti Nurhaliza yang telah melahirkan anak kedua.

“Assalamualaikum Datuk Siti, saya ucap tahniah kerana melahirkan anak kedua.

“Saya harap Datuk Siti dan dan anak dikurniakan segala kabaikan oleh Allah SWT,” katanya dalam ucapan melalui video di Facebook.

Penyanyi nombor satu negara, itu selamat melahirkan bayi lelaki di sebuah pusat perubatan di Selangor pada pukul 6.21 pagi tadi.

Bayi seberat 3.84 kilogram itu dilahirkan menerusi kaedah pembedahan dan kedua-duanya dilaporkan dalam keadaan sihat

Suami beliau, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa melahirkan rasa syukur kerana isteri tercinta telah selamat melahirkan bayi kedua mereka.

“Apa yang penting bagi saya adalah ibu dan anak berada dalam keadaan sihat, stabil dan proses melahirkan telah berjalan lancar.

“Saya dan isteri ingin menzahirkan rasa syukur dan terima kasih di atas doa keluarga, saudara mara, sahabat handai, peminat, media dan orang ramai,” katanya dalam satu kenyataan.

Kelahiran anak kedua dalam bulan Ramadan penuh keberkatan ini diharapkan akan mengurniakan limpahan rezeki serta rahmat Allah kepada pasangan itu. – SM

Sumber : Twitter

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber: HOTFM

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *