Amalan

Sheila Kecewa Peniaga Bazar Jual Makanan Mudah R0sak, Sekali Chef Adu Cakap Bukan Disebabkan Peniaga ingin menipu tetapi…

Pelakon senior, Sheila Mambo meluahkan rasa kecewa dengan sikap sambil lewa sesetengah pengusaha bazar Ramadan yang tidak menitik beratkan mengenai aspek kualiti makanan jualan mereka.

Jelas Sheila, ramai pelanggan dikhabarkan telah rasa tertipu kerana makanan yang mereka jual ada kalanya mudah rosak atau basi.

“Saya mendapat berbagai reaksi setelah saya up hal ini di story. Ramai yang tertipu semasa di bazar Ramadan. Ingat kan saya seorang.

“Masak awal sangat, kita nak makan lepas terawih, ada yang kuah masam, telur rebus berlendir. Kejadian berlaku pada saya, anak saya Ecah kan autism.

“Makanan kuah dah masam, saya cakap tak payah makan nanti perut sakit, dia terus ‘kejung’ nak makan juga, (kesian) saya basuh meehoon tu, saya masukan sup saya masak untuk sahur,” tulisnya.

Rasa kecewa tersebut disuarakan oleh pelakon filem Mami Jarum itu menerusi entri terkini di laman Instagram miliknya.

Dalam pada itu, Sheila turut berharap agar para peniaga bazar Ramadan dapat memperbaiki mutu jualan dan bersikap jujur dalam urusan jual beli.

“Kesian sangat tengok dah la jujur berpuasa, saya complain pada peniaga yang saya oder online, dia nk pulangakan duit balik. Saya cakap takpe, saya ambil makanan yang sama esoknya.

“Buah melaka beli kat bazar kelapa basi. Kawan saya beli ayam nak makan masa sahur dah kejung. Ada yang cakap beli teh piorrr balik masa berbuka dah masam. Aduhai, fikirkan lah, ada kah rezeki kita cari jadi barakoh?

“Jujur lah dalam berniaga. Kalau tak habis sedekahlah pada makluk lain. InshAllah Allah akan bagi yang lain nanti. Kesian pelanggan,” katanya lagi.

Kurang Ilmu

Entri berkenaan turut menarik perhatian ramai pihak termasuklah chef terkemuka tanah air, Chef Adu.

Menurut Chef Adu, kebanyakkan kes yang berlaku ketika ini bukan disebabkan para peniaga yang ingin menipu tetapi lebih kepada kurangnya ilmu dalam bidang kulinari.

Jelasnya lagi, para peniaga dilihat tidak mahu mengeluarkan modal bagi menambah baik ilmu kulinari dan masakan mereka seterusnya hanya memikirkan untung semata-mata.

“Biasanya, bukan peniaga-peniada menipu dlm kes basi dsb. Ramai yang pakai redah berniaga mengejar keuntungan tanpa ilmu kulinari. Sebenarnya ilmu itu modal utama yang paling Penting dalam bidang kulinari ( dah semua bidang lain juga ).

“Ramai yang kedekut bermodal untuk ilmu! Tak faham refrigeration, temperature/suhu dan (hot holding) berapa lama makanan boleh berapa lama dalam suhu bilik sebelum basi dan sebagainya.

“Sebab itu saya memang tak makan nasi campur waktu mlm atau beli apa pun du bazar Ramadan yang tidak dimasak Kat situ. Wallahualam!,” jelasnya lagi.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen turut senada selain turut berharap agar para peniaga dapat menitik beratkan mengenai kualiti jualan mereka selepas ini.

PERNIAGAAN merupakan salah satu aktiviti yang sangat mulia. Ia merupakan ibadah dan juga sunnah Rasulullah.

Bagi mereka yang berniaga dengan amanah, mereka turut dijanjikan balasan syurga bersama para nabi, para solihin dan syuhada.

Sabda Rasulullah:

Peniaga yang boleh dipercayai dan beramanah akan bersama para Nabi, orang-orang yang dapat dipercayai (siddiqin) dan orang-orang yang mati syahid.

[HR Tarmizi 1130].

Sumber: Instagram Sheila Mambo

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *