Uncategorized

Shuib Bagi Bukti Kenapa Selebriti Bukan Golongan Kayangan, “Saya Dan Isteri Kena”

Jika bercakap soal prosedur operasi standard (SOP), segelintir warganet di media sosial pasti meluahkan rasa tidak berpuas hati apabila mendakwa terdapat perbezaan layanan antara rakyat marhaen dan golongan kayangan.

Bagi pelawak dan usahawan Shuib, dia menolak dakwaan selebriti adalah golongan kayangan yang tidak akan menerima hukuman sekiranya melanggar SOP.

Menerusi laporan Utusan Online, Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhamad menyifatkan semua rakyat adalah sama dan tidak melihat wujudnya perbezaan hukuman terhadap golongan tertentu.

“Sama sahaja, saya dan isteri dikompaun RM1,000 seorang kerana melanggar SOP. Kami mengakui kesalahan dan tidak ada pengecualian dalam menerima hukuman.
“Tetapi kesalahan itu bukan kerana merentas negeri. Sebab soal merentas negeri kami mempunyai dokumen lengkap berkaitan kerja,” katanya.
Pemilik jenama minuman air boba Bubble Bee itu menjelaskan, dia sendiri tidak pernah mendapat layanan istimewa sebagai seorang selebriti kerana semua rakyat adalah sama dari segi undang-undang.

“Tidak wujud golongan kayangan atau apa. Sebab di mata undang-undang kita semua sama. Termasuklah menteri sekalipun,” ujarnya.
Pada Februari lalu, Shuib dan isterinya Siti Sarah dikompaun RM1,000 setiap seorang selepas didapati mengingkari SOP di sebuah restoran di Kuala Lipis.

Pasangan tersebut didapati duduk di sebuah meja yang melebihi dua orang selain tiada penjarakan fizikal seperti prosedur ditetapkan dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Siti Sarah, Shuib mohon maaf langgar SOP di kedai makan

PENINGKATAN ketara kes Covid-19 dalam tempoh dua minggu kebelakangan ini nyata meresahkan orang ramai apatah lagi di kala perayaan Aidilfitri yang bakal tiba kurang tiga minggu dari sekarang.

Peningkatan ini tidak lain tidak bukan sudah tentulah disebabkan oleh pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) yang antaranya disumbangkan oleh aktiviti rentas negeri, majlis besar-besaran dan sebagainya.

Topik ini sememangnya hangat diperkatakan ketika ini tambahan pula selepas beberapa kes melibatkan individu berpengaruh atau golongan kayangan.

Golongan ini seolah-olah ‘kebal’ daripada hukuman sekaligus menimbulkan rasa tidak puas hati rakyat yang mendakwa wujud SOP dua darjat

Kayangan vs marhaen… sedih layanan 2 darjat, ini coretan khas doktor buat golongan kayangan yang tak segan silu langgar SOP – “Merasalah jadi manusia biasa”

Isu berkenaan turut mengundang perhatian seorang pengamal perubatan yang tidak asing lagi di media sosial, Dr Rafidah Abdullah.

Menerusi laman Twitter, Dr Rafidah secara terbuka meluahkan kekecewaan yang dirasainya terhadap mereka yang digelar ‘golongan kayangan’.

“Kepada golongan kayangan, luangkanlah sedikit masa membaca coretan ini. Saya pelik betul… anda tidak segan silu menjalankan aktiviti langgar SOP terang-terangan. Tidak mengapalah, mungkin begitulah perangai dan cara kehidupan.

Sebahagian daripada coretan Dr Rafidah Abdullah buat golongan kayangan yang melanggar SOP.

“Saya sebagai rakyat marhaen tidak akan mampu memahami. Saya tidak marah, hanya sekadar kecewa. Walaupun hati tetap membara melihat peningkatan kes Covid-19 depan mata.

“Ya, petugas-petugas kesihatan sudah divaksin. Tapi, kami akan tetap merisikokan ahli keluarga terdekat kami. Kami mungkin selamat daripada mengalami komplikasi bila dijangkiti.

“Tapi ahli keluarga kami semestinya tidak! Kita jauh lagi nak capai 70 peratus populasi divaksin tapi semuanya nampak macam dah lupa SOP,” luahnya.

Sedih, pilu melihat perangai golongan kayangan yang sepatutnya menjadi contoh. Susah ke nak ikut peraturan?

Dr Rafidah menambah, dia dapat memahami betapa kecewanya rakyat yang lain apabila menyaksikan perbezaan layanan dua darjat apabila melibatkan penguatkuasaan SOP.

“Sedih, pilu melihat perangai golongan kayangan yang sepatutnya menjadi contoh. Susah ke nak ikut peraturan? Susah ke nak merendah diri? Perlu ke menunjuk-nunjuk?

“Merasalah jadi manusia biasa. Sekali-sekala berlakon depan kamera tak kira,” katanya lagi.

Seakan-akan penat dengan situasi kini apatah lagi berdepan dengan kes yang makin meningkat saban hari, Dr Rafidah menasihati ‘rakyat marhaen’ agar terus menjadi rakyat yang bertanggungjawab dengan mematuhi SOP bagi memutuskan rantaian Covid-19.

Orang ramai dinasihatkan agar bekerjasama dan berganding bahu bersama petugas barisan hadapan untuk memutuskan rantaian virus Covid-19.

“Dua darjat tidak boleh dihapus, kayangan vs marhaen. Dah sinonim dengan kehidupan kita nampaknya. Biarlah kayangan dengan dunia mereka. Yang penting kita rakyat marhaen jalan terus.

“Pedulikan manusia yang langsung tidak menghiraukan kita. Jaga SOP dan vaksinkan diri, lindungi keluarga dan diri, jauhi golongan kayangan ini.

Biarlah mereka terus berada di dalam belon rekaan mereka sendiri,” ujarnya lagi.

Sumber: Utusan Online (Aida Rizmariza Kamaruddin)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *