Hiburan

Ramai persoal layanan istimewa terhadap suspek pukul bodyguard krn sempat mintak maaf depan media, Ini penjelasan pihak P0lis

KUALA LUMPUR – Dakwaan suspek utama kes belas4h dua pengawal peribadi diberi layanan istimewa oleh polis sehingga dia boleh meminta maaf tidak timbul langsung.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah menegaskan, kenyataan yang dibuat oleh suspek itu secara kebetulan ketika dia hendak diserahkan kepada Ibu Pejabat Polis Daerah Klang Selatan.

“Ramai wartawan berada di lobi sejurus selepas selesai sidang media berkaitan isu video raya yang mempromosikan ju.di.

“Suspek yang diambil oleh IPD Klang Selatan secara kebetulan melalui lobi dan wartawan mengambil gambar suspek sementara menunggu kenderaan mpv polis sampai di perkarangan lobi.

“Suspek ketika itu terus bercakap begitu sahaja dan bukannya suspek membuat sidang media,” katanya dalam kenyataan di sini.

Malah, tegasnya, wartawan yang berada di situ juga tidak bertanya sebarang soalan kepada suspek yang berusia 43 tahun itu.

“Suspek sendiri yang memohon maaf dalam bahasa Cina dan dipetik wartawan ketika itu,” tambah beliau.

Mohamad Zainal meminta pihak tertentu agak tidak mengambil kesempatan untuk memanipulasikan isu tersebut sewenang-wenangnya.

Minta Maaf, Tak Ada Niat

Terdahulu Majikan yang didakwa membel,asah dua pengawal peribadinya kerana berpuasa pada bulan Ramadan membuat permohonan maaf kepada umat Islam hari ini.

Lelaki berusia 43 tahun itu meminta maaf ketika diiringi dan diapit oleh dua anggota polis di Ibu Pejabat Polis Dang Wangi.

“Sekiranya apa yang saya katakan kepada pengawal peribadi saya menyinggung perasaan sesiapa, saya rasa saya harus minta maaf kepada semua umat Islam di negara ini, kepada Yang di-Pertuan Agong dan dua bekas pengawal peribadi saya.

“Bagaimanapun saya tidak bermaksud menghi.na sesiapa dengan apa yang saya katakan,” katanya dalam bahasa Mandarin.

Video ucapan pendeknya diterbitkan oleh The Star.

Setelah memohon maaf, lelaki berkenaan yang berada dalam taha.nan polis – dibawa menaiki sebuah kereta polis.

Lelaki berkenaan adalah salah seorang daripada empat individu yang dire.man oleh pihak polis bagi membantu siasatan.

Polis sebelum ini berkata pena.hanan itu berjaya membongkar aktiviti ju.di dan sind1ket ce.ti ha.ram atau Along yang dijalankan syarikat milik majikan terbabit.

Pihak polis turut meram.pas sepu.cuk pistl dan 10 butir pelvru serta rotan yang digunakan untuk memvkul kedua-dua mang.sa.

Hasil penang.kapan tersebut turut membawa kepada penemuan 100 kg jongkong emas dan 12,500 not kertas US$100 dengan nilai keseluruhan ram.pasan dianggarkan berjumlah RM28.25 juta

Kes itu disiasat di bawah Seksyen 324, 298, dan 307 Kanun Kesek.saan serta Seksyen 4 (1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Ha.ram, Pencegahan Pembiayaan Kegan.asan dan Hasil daripada Aktiviti Ha.ram 2001 dan Seksyen 5 (2) Akta Pemberi Pinjam Wang 1951.

Sumber: Malaysia KINI / The Star

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *