Entertainment

Tgk Kawan ‘Wanita’ Menggeletis Dgn Suami Sendiri, Pandangan Tajam Fazura Tarik Perhatian

Pasangan selebriti yang sunyi dari kontroversi ini sejak berkahwin kelihatan bahagia melayari bahtera perkahwinan mereka. Lebih-lebih lagi selepas dikurniakan seorang puteri comel. Fazura dan Fattah Amin sering dijadikan contoh pasangan bahagia apabila dilihat berjaya dalam bidang seni, dan juga perniagaan mereka.

Menerusi perkongsian terbaru Fazura melalui aplikasi tiktok nya menunjukkan rakaman mereka bersama rakan-rakan baik fazura di sebuah restoren. Namun apa yang mencuri perhatian ramai adalah gelagat rakan baiknya yang mula menggeletis dgn suaminya Fattah menyebabkan rakan-rakan mereka berdekah.

Bukan sekadar memeluk tangan Fattah malah sempat mencuit pipinya. Melihatkan wajah fazura yang memandang sinis dan tajam rakannya itu menyebabkan rakan-rakannya yang lain ketawa terbahak-bahak. Selain itu turut berseloroh dengan kapsyennya “Mommy duk perati jer Daddy dgn skandal dia tu” . Turut menyatakan itu hanyalah sekadar gurauan sesama mereka.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen terhibur melihat gelagat mereka itu.

 

Fazura Menjawab Isu Sindir Artis Rentas Negeri Sebelum Ini

Umum mengetahui terdapat beberapa kes melibatkan selebriti dan instafamous yang dikecam netizen selepas memaparkan mereka merentas negeri ketika situasi pandemik yang masih belum surut ini.

Pun begitu, komen Fazura sebagai juri semasa Muzikal Lawak Superstar 2 (MLS2) mengenai pematuhan prosedur operasi standard (SOP) baru-baru ini nyata mencuri perhatian ramai.

“Patuhi SOP, jangan rentas negeri.”

Meskipun ringkas sahaja kenyataan tersebut, namun kebanyakan netizen mengaitkan perkara tersebut dengan isu panas pada ketika ini iaitu mengenai Neelofa dan suami, PU Riz yang menerima pelbagai kritikan disebabkan oleh hal rentas negeri.

Tepis Fazura, dia langsung tidak pernah terlintas mahu menyindir sesiapa kerana itu bukanlah sifatnya. Katanya, dia lebih senang menguruskan hal sendiri dan memberikan fokus kepada keluarga dan kerjaya, bukannya mencampuri urusan orang lain.

“Tak pernah terfikir pun nak menyindir sesiapa. Memang saya seorang yang suka berterus terang. Kalau ada yang nak buat spekulasi, terpulang. Masa dan fikiran saya hanya untuk keluarga serta kerjaya.”

Malah tegas wanita itu, komen itu dibuat berdasarkan bahan jenaka kumpulan UNI pada malam itu

“Sebagai seorang juri, saya mempunyai tugas untuk memberi komen berkaitan dengan persembahan peserta. Sebagai figura awam juga, saya ada hak untuk bersuara. Saya menyampaikan mesej yang baik.”

Bukan menyindir tapi sekadar peringatan buat semua.

Sumber : beautifulnara

Sumber : Tiktok Missfazura1 by Media Kita

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : https://www.motifviral.dnqj.my/2021/04/18/tajam-pandangan-fazura-tengok-kawan-wanita-nya-menggeletis-dgn-suami-sendiri/

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *