Global

Walapun suami sendiri terk0rban, tindakan isteri Komander KRI Nanggala tarik perhatian ramai

Tragedi KRI Nanggala-402 merupakan satu detik hltam dalam sejarah negara Indonesia apabila kapal selam membawa seramai 53 orang anak kapal itu dilaporkan tenggelam sedalam 838 meter di dasar laut.

Namun apa yang lebih menyedlhkan adalah apabila kesemua kru kapal tidak dapat diselamatkan dan disahkan menl.nggal dunia ketika bertugas.

Sewaktu misi pencarian kapal selam tersebut sedang dijalankan, banyak kisah sedlh berkaitan ahli keluarga mangsa menjadi tular di serata laman sosial.

Salah satu kisah yang menjadi perhatian ramai adalah berkenaan isteri kepada Komander KRI Nanggala-402 Kolonel Harry Setiawan, iaitu Winny Widayanti.

Jadi sumber kekuatan ahli keluarga lain


Winny Widyanti (Baju biru – Tengah)

Di saat suami dan KRI Nanggala-402 masih belum ditemui, wanita berhati waja itu tampil menjadi sumber kekuatan dan memberi semangat kepada ahli keluarga setiap kru kapal lain.

Meskipun dirinya diselubungi perasaan bimbang terhadap keberadaan suaminya, wanita berusia 45 tahun itu tetap tabah menawarkan sokongan moral kepada isteri-isteri kru kapal yang terlibat.

Ziarah setiap ahli keluarga, beri semangat
Memetik laporan Kompas, wanita yang mesra disapa Winny itu sanggup menziarahi rumah setiap kru kapal bagi tujuan berkongsi kekuatan bersama ahli keluarga mereka dalam mengharungi apa jua kemungkinan yang bakal terjadi.


Isteri Komander (Baju Coklat – Kiri) , Ibu Komander (Tudung hitam – Kanan)

Bukan itu sahaja, setelah kapal tersebut telah diisytiharkan tenggelam, dia masih setia menghantar pesanan ringkas melalui WhatsApp kepada suami tercinta biapun tidak berbalas.

Tidak berhenti berdoa, lalu dimakbulkan…
Tidak pernah berputus asa, Winny juga menggigihkan diri menghadiri acara doa bersama anak-anak yatim demi mendoakan usaha pencarian kapal selam berkenaan agar ia membuahkan hasil.

Nampaknya, berkat kegigihan dan keluhuran hati ibu kepada 4 cahaya mata itu akhirnya terjawab apabila doanya dimakbulkan oleh Allah SWT apabila kapal selam yang menjadi destinasi abadi arwah suaminya berjaya ditemui, semalam.


Gambar ahli keluarga Kolonel Harry

Akur tanggungjawab sebagai seorang isteri ‘Komander’
Malah, saat ditemubual oleh pihak wartawan, Winny masih mampu menjawab dengan tenang:

“Saya perlu kuat kerana saya isteri Komander, ketua angkatan kapal. Jika tugas Harry menjaga anak-anak buahnya, tugas saya sebagai isteri adalah menenangkan isteri serta keluarga mereka,” katanya.
Dalam pada itu, ramai pihak memberi sokongan moral kepada Winny dan anak-anaknya termasuklah saudara-mara, jiran tetangga dan sebagainya, agar dirinya sentiasa tabah menghadapi berita menimpa suaminya itu.

Terdahulu, Kapal selam KRI Nanggala-402 dilaporkan hilang kontak di perairan utara Pulau Bali. Misteri kehilangan terjawab apabila ia disahkan menjalankan misi rondaan abadi oleh kerajaan Indonesia, semalam.

Sumber: Kompas.com

Komandan KRI Pernah Luah Rasa Kecewa Sebelum Nanggala Betul2 Tenggelam

JAKARTA: Komandan kapal selam KRI Nanggala-402, Leftenan Kolonel Laut Heri Oktavian didakwa pernah menzahirkan kekecew4an kerana proses baik pulih (overhaul) kapal selam itu sering tertangguh.

Lapor Tribunnews, perkara itu disampaikan oleh wartawan Kompas, Edna C Pattisna yang sebelum ini pernah menemu ramah Heri untuk menulis tentang Kesatuan Kapal Selam di Surabaya.

Jelas Edna, hubungannya dengan Heri mulai rapat selepas penemuan itu dan keakraban yang terjalin membuatkan anggota tentera laut itu tidak canggung berkongsi pendapatnya mengenai aset kapal selam di negara ini.

“Heri mengetahui betapa perlu dan pentingnya untuk Indonesia mempunyai aset ketenteraan, termasuk kapal selam yang berfungsi dengan baik bagi menjamin keselamatan negara.

“Beliau kesal kerana proses baik pulih Nanggala sudah tertangguh sejak 2020 walhal kapal selam itu perlu dibaiki segera kerana keadaannya sudah uz.ur,” katanya.

Namun, hasrat Heri untuk menyaksikan kapal selam itu diselenggara tidak kesampaian apabila beliau dan 52 anak kapal lain terk0rban dalam tr4gedi yang meny4yat hati.

Heri dilantik sebagai Komandan Nanggala pada 3 April 2020.

Pada 2012, kapal selam tersebut melakukan ujian tembakan torpedo, namun gag.al menyebabkan tiga anggota tentera m4ut.

Terdahulu media melaporkan Kesemua 53 kru KRI Nanggala-40 disahkan terk.orban selepas kapal selam itu dipercayai p.ecah kepada tiga bahagian.

Perkara itu diumumkan oleh Ketua Tentera Nasional Indonesia (TNI), Hadi Tjahjanto.

Katanya, berita meny.edihkan itu disahkan berdasarkan bukti-bukti yang ditemukan sepanjang usaha mencari dan menyelamat kapal selam itu dijalankan sejak Rabu lalu.

“Dengan d.ukacitanya dimaklumkan semua anak kapal KRI Nanggala-402 sudah terk.orban selepas kapal selam itu tenggelam.

“Beberapa bahagian badan kapal selam juga sudah ditemukan berdasarkan visual bawah air yang dilakukan oleh kapal tentera Singapura, MV Swift,” katanya.

Jelas beliau, antara bahagian yang dikenal pasti termasuk bahagian belakang dan luar badan kapal selam, sauh serta jaket kes.elamatan anak kapal.

Kapal selam tersebut dilaporkan terp.utus hubungan pada Rabu laku sebelum disahkan tenggelam.

Menurut agensi berita antarabangsa, KRI Nanggala 402 yang menjalani beberapa naik taraf menyertai latihan tentera laut di pesisir pantai Bali ketika ia meminta kebenaran untuk menyelam dan kemudian terp.utus hubungan.

Kapal selam buatan 1979 ini dikatakan terp.utus hubungan ketika teng.gelam sedalam 700 meter di dasar laut, melebihi keupayaannya untuk bert.ahan terhadap tekanan persekitaran.

KRI Nanggala 402 seberat 1,300 tan jenis 209 diesel elektrik pernah dibaik pulih pada 1989 di Jerman dan kemudian pada 2012 di Korea Selatan dengan strukturnya diganti serta sistem penggerak, sonar dan senjata dinaik taraf.

Misi pencarian bertukar kepada usaha mengeluarkan kapal selam itu selepas serpihan yang ditemui menggambarkan ia mungkin terp.utus ketika tenggelam ke dasar laut.

Kapal perang, pesawat dan ratusan anggota tentera dikerah dalam misi mencari KRI Nanggala 402 sejak ia dilaporkan hilang minggu ini ketika menjalani latihan ketenteraan, dengan harapan ia dapat ditemui sebelum kehabisan bekalan oksigen.

Namun, semalam tentera laut memaklumkan penemuan serpihan daripada kapal selam itu, lalu mengesahkan ia teng.gelam dan mengakhiri harapan menemui individu yang ters.elamat.

Seramai 53 anak kapal masih tidak ditemui j.asadnya. Ramai yang mendoakan mereka pada posting media sosial dengan tanda pagar prayfornanggala402.

Pelbagai ucapan dan doa dikirimkan mengenang jasa dan pengorbanan parajurit KRI Nanggala 402.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *