Hiburan

1,060 kenderaan cuba masuk Kelantan, sekali kena sound dgn Misha Omar

Kuala Lumpur: “Kenapa degil sangat?”

Itu reaksi penyanyi terkenal, Misha Omar terhadap paparan berita disiarkan mengenai 500 Kenderaan Cuba Masuk Kelantan Diarah Patah Balik, semalam.

Misha dalam hantaran di Instagram berkata, dia juga rindukan ibunya di kampung di Kelantan, namun akur dengan arahan kerajaan.

“Kapsyen ni untuk orang Kelantan saja tau. Orang Kelantan saja faham ni sebab berita ni berkenaan orghey (orang) kapung (kampung) ambo (saya). Jangey (jangan) gitu (begitu). Kito jago kito (kita jaga kita). Ingat?

“Macam buat tak tahu saja tak boleh rentas negeri dan daerah. Awak ingat awak sorang saja yang rindu ibu bapa?

“Saya pun sama. Setiap hari nangis sambil panggilan video dengan mak di kampung. Tidak takut kah tengok angka kes positif Covid-19 setiap hari tu abang-abang dan kakak-kakak? Geram lahh kita. Cubit nanti,” tulisnya.

Hantaran yang ditulis dalam loghat Kelantan itu turut dialih bahasa dalam bahasa Melayu.

Perkongsian Misha itu turut mendapat reaksi sama daripada peminat dan beberapa rakan artis yang berasal dari Kelantan. Antaranya, Catriona Ross.

“Malu kita tengok berita tadi. Semua gerak balik walaupun kerajaan sudah keluarkan arahan,” komen Catriona.

Komen itu dibalas Misha yang menyifatkan tindakan mereka itu hanya merugikan diri dan wang ringgit.

“Wehhh demo ni bakpo gak degil benar? Nyo wak keghah pedal dio dihh wak wak tok tahu pulok nyo tok leh rentah negeri & daerah…olohhh laaaa..ingak demo soghey jah ko hok rindu ko orghe tuo demo? Ambo pun samo jugok….haghi2 duk jeghik sambil video call mok ambo….tok takut ko tgk angka kes hari2 tu abe kakok wehhh…oloh oloh olohhh…gegheyy wehh kitoo…kutil kaeeee……” .

Okaylaaa kita translate sebab banyak je masa nihhh…

” ehhh korang ni kenapa degil sgt? Mcm buat buat tatau je takleh rentas negeri & daerah.. u ingat u sorang je ke yg rindu your parents? I pun sama ok? Hari2 i nangis sambil video call ngan mak i di kampung.. tak takut ke tgk angka kes positive covid setiap hari tu abg2 & kakak2? Ehhh gerammmm lahh kita..cubit kangggg “..caption ni utk org kelantan je tau…org kelantan je paham ni..sebab berita ni berkenaan orghey kapung ambo…hehehe..jangey gitu dehh..kito jago kito remember? ..laaa tubek spiking pulokkk…
Repost dari @koolfmmy .
Sumber : @hmetromy

1,060 kenderaan cuba masuk Kelantan diarah berpatah balik

KOTA BHARU – Sebanyak 1,060 kenderaan dari beberapa negeri yang cuba masuk ke Kelantan melalui beberapa sekatan jalan raya (SJR) telah diarah berpatah balik selepas mendapati mereka tidak mempunyai surat kebenaran rentas negeri.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Shafien Mamat berkata, rata-rata daripada mereka turut memberikan alasan tidak munasabah iaitu memaklumkan bahawa mempunyai urusan kecemasan dan kematian, namun tidak meminta surat kebenaran daripada polis.

“Sehingga pagi tadi, jumlah kenderaan yang masuk ke Kelantan dan diarah berpatah dilihat semakin bertambah sekali ganda berbanding malam tadi iaitu hanya sebanyak 500 buah kenderaan.

“Selain itu, polis juga dapati ada pemandu kenderaan yang memalsukan surat bagi tujuan merentas negeri untuk balik beraya,” katanya kepada pemberita hari ini.

Shafien berkata, ketika pemeriksaan dilakukan, kebanyakan pengguna jalan cuba memberi alasan bagi mengelakkan daripada mereka diarah berpatah balik.

“Saya menasihatkan orang ramai agar terus berada di rumah masing-masing bagi mengelak penularan wabak Covid-19. Kita bimbang kerana kes di Kelantan semakin meningkat,” ujarnya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *