Amalan

Baru Je Abah Umum Jalani PKP 3.0 Sebelum Raya, Tergamak Mereka Buat Macam Ni Di Melaka

Semalam Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam satu kenyataan selepas mempengerusikan Sidang Khas Majlis Keselamatan Negara Mengenai Pengurusan COVID-19.

Kerajaan bersetuju melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di seluruh negara bermula 12 Mei ini sehingga 7 Jun depan.

Perkara itu dimaklumkan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam satu kenyataan selepas mempengerusikan Sidang Khas Majlis Keselamatan Negara Mengenai Pengurusan COVID-19 hari ini.

Hari ini tular di media sosial terutamanya di laman page yang besar dimana beberapa keping gambar menunjukkan satu lokasi di Melaka telah dicemari dengan contengan dinding.

Ayat yang ditulis di dinding menunjukkan ketidakpuashatian terhadap kerajaan.

Rata rata netizen beranggapan ini berlaku selepas kerajaan mengumumkan PKP sehari sebelum Aidilfitri semalam.

Artikel dibawah dipetik dari Melaka Hari Ini.

Panel iklan di sekitar Sungai Melaka dekat sini menjadi mangsa perbuatan vandalisme apabila diconteng individu tidak bertanggungjawab.

Menerusi satu gambar yang tular, terlihat contengan bertulis ‘Kerajaan Gagal’ dipercayai menggunakan semburan cat berwarna merah dan hitam hampir di keseluruhan panel iklan di Kampung Air, di sini.

Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM) Datuk Murad Husin dalam satu kenyataan berkata, pihaknya memandang serius isu vandalisme itu berikutan ia boleh mencemarkan imej Melaka sebagai sebuah pelancongan.

Ujarnya, tindakan tegas boleh diambil kepada pelaku memandangkan isu vandalisme bukannya sesuatu yang boleh dipandang ringan semua pihak.

“Sekiranya tertangkap, pelaku akan dikenakan tindakan mengikut akta yang telah ditetapkan pihak berkuasa tempatan (PBT),” katanya.

Mengulas lanjut, beliau memaklumkan kejadian berkenaan berjaya diselesaikan segera menerusi tindakan pantas kakitangan PPSPM bersama pihak MBMB yang telah mengecat semula contengan itu.

Beliau berkata, bagi memastikan perkara sama tidak berulang lagi, pihaknya akan menggerakkan pasukan ‘Emergency Response Team’ (ERT) PPSPM bersama penguat kuasa Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) yang akan melakukan pemantauan dengan lebih kerap di sepanjang laluan siar kaki Sungai Melaka.

KOMEN NETIZEN

“Rakyat tertekan skrg ni.. kalau ikutkan masing2 nak je merusuh tp apa kan daya jgn la buat sesuka hati.. Cara nya gitu la wlpn dh jd kerja utk org lain memadam”

“Tu baru melaka . . sikit hari lagi satu malaysia Sabar pun ada hadnya”

“Nasib baik dlm malaysia, Rakyat tertekan pun paling koman bising dlm socmed je dgn tindakan kerajaan ni, kalu luar negara , aq rse penuh dh jalan org protes”

PKP seluruh negara: Ini 11 perkara penting yg anda perlu tahu

1. Larangan rentas daerah dan rentas negeri kecuali untuk tujuan kecemasan, kesihatan, bekerja, ekonomi, temu janji vaksinasi dan pasangan jarak jauh

2. Melarang SEMUA bentuk perhimpunan sosial termasuk kendurikendara, majlis perkahwinan dan pertunangan, majlis doa selamat dan tahlil, majlis makan malam, majlis sambutan hari jadi serta majlis-majlis rasmi kerajaan dan swasta. Sebarang bentuk seminar, persidangan dan mesyuarat secara bersemuka adalah tidak dibenarkan. Majlis akad nikah adalah dibenarkan dengan jumlah kehadiran dan SOP yang ditentukan oleh pihak berkuasa agama Islam negeri bagi orang Islam dan Jabatan Pendaftaran Negara bagi orang bukan Islam;

3. Melarang semua aktiviti sukan dan rekreasi kecuali sukan dan rekreasi individu di kawasan terbuka seperti jogging, berbasikal dan senaman dengan mengamalkan penjarakan fizikal;

4. Semua institusi pendidikan ditutup. Pengecualian diberikan kepada pelajar-pelajar yang akan menduduki peperiksaan antarabangsa. Pusat Asuhan Kanak-kanak, tabika, taska dan tadika dibenarkan beroperasi mengikut SOP yang ditetapkan bagi membantu urusan kerja ibu bapa atau penjaga;

5. Bilangan orang di dalam kenderaan persendirian, teksi dan e-hailing dihadkan kepada TIGA ORANG SAHAJA termasuk pemandu. Bilangan orang yang dibenarkan di dalam kenderaan membawa barangan serta rantaian aktiviti ekonomi/industri adalah bergantung kepada jumlah yang dibenarkan dalam lesen pendaftaran kenderaan perdagangan. Bilangan orang yang dibenarkan di dalam pengangkutan awam mestilah mematuhi penjarakan fizikal dan mematuhi SOP yang telah ditetapkan.

6. Dine-in di restoran dan kedai makan adalah TIDAK DIBENARKAN. Penjualan makanan secara pandu lalu dan take-away adalah dibenarkan;

7. Majikan DIWAJIBKAN melaksanakan dasar Bekerja Dari Rumah (BDR) dengan kehadiran tidak lebih 30 peratus kakitangan pengurusan pada setiap masa. BDR sektor awam ditentukan oleh garis panduan yang dikeluarkan oleh Ketua Setiausaha Negara dari semasa ke semasa; dan

8. Ziarah rumah ke rumah dan ziarah kubur semasa sambutan Hari Raya Aidilfitri adalah TIDAK DIBENARKAN.

9. Solat sunat Aidilfitri di masjid dan surau dibenarkan dengan kehadiran jemaah tidak melebihi 50 orang bagi masjid dan surau yang boleh memuatkan lebih 1,000 jemaah dan 20 orang bagi masjid dan surau yang boleh memuatkan kurang daripada 1,000 jemaah. Had bilangan jemaah yang sama terpakai bagi solat fardu lima waktu dan solat Jumaat.

10. Operasi Rumah Ibadah Bukan Islam juga akan diperketatkan. SOP bagi Rumah Ibadah Bukan Islam ditetapkan oleh Kementerian Perpaduan;

11. Langkah-langkah khusus yang sedang dilaksanakan di Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan diteruskan.

Terdahulu PM pernah beritahu tidak bercadang untuk buat PKP di semua negara. Tapi nampaknya keadaan semakin membimbangkan

Sumber : Melaka Hari Ini, AwatttSyeikhh Network, astroawani

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *