Hiburan

Ali Puteh dedah apa yg berlaku ketika kes s4man Nor Hidayah buat ramai t3rkejut

EPISOD saman menyaman membabitkan pelawak Ali Puteh dan kakak iparnya, Nor Hidayah Mohd Ali masih berterusan di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur.

Bagaimanapun menurut Ali atau Syed Ali Mubarak Syed Mohd Ridzuan, 32, dia yakin akan ada sinar untuknya di sebalik konflik yang berlaku sejak kematian abangnya, Abam Bocey.

“Alhamdulillah tamat perbicaraan kes saman terhadap saya… tunggu keputusan sahaja nanti! Allah Maha Kaya dan Maha Agung, setahun lebih menunggu dan bersabar dengan ujian ini.

“Semoga ada sinar buat keluarga kami… terima kasih semua mendoakan. Cuma berpesan jangan kita menyebar fitnah lagi kerana fitnah itu dosanya sangat besar, berbohong juga dosa sangat besar.

Ali bersama peguamnya, Azmir Zakaria (kiri) semasa prosiding di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada Selasa.

“Syukur padamu Ya Allah, tersenyum gembira harini. Allah dengar doa mak buat mu arwah Abam… tenang di sana abang,” tulisnya di Instagram.

Sementara itu menurut peguam yang mewakili Ali iaitu Noorazmir Zakaria, mahkamah menetapkan 18 Jun depan untuk kedua-dua pihak memfailkan hujahan bertulis.

“Semalam kes berlangsung di mahkamah dan merupakan hari terakhir untuk saksi kes Hidayah saman Ali dan kes kedua Ali serta keluarga menyaman Hidayah memberi keterangan.

“Buat masa ini masih belum ada keputusan… mahkamah telah menetapkan 18 Jun depan untuk memfailkan hujahan bertulis bagi kedua-dua kes,” katanya kepada mStar.

Allah dengar doa mak buat mu arwah Abam… tenang di sana abang.

Proseding pada Selasa itu berlangsung di hadapan Hakim Zulqarnain Hassan.

Sebelum ini kes berkenaan sudah didengar di hadapan hakim menerusi prosedur yang diadakan secara dalam talian pada 16 dan 17 Februari lalu.

Ali memfailkan saman balas terhadap Nor Hidayah pada Ogos tahun lalu.

Pada 27 Ogos tahun lalu, Ali atau nama sebenarnya Syed Ali Mubarak Syed Mohd Ridzuan, 32, mengeluarkan saman terhadap Nor Hidayah dan jutawan kosmetik Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman.

Saman tersebut dikeluarkan oleh Ali selaku plaintif keempat bersama ibunya Sabariah Arshad (plaintif pertama), bapa Syed Mohd Ridzuan (plaintif kedua) dan kakak sulung Sharifah Norwahidah (plantif ketiga).

Keputusan meny4man itu adalah sebagai tindakan balas terhadap Nor Hidayah yang terlebih dahulu mengeluarkan saman terhadapnya dengan tuntutan jumlah terkumpul mencecah RM900,000.

Dalam pada itu, Ali ada memuat naik satu post mengenai statement ada yang terpekik2 seperti kena histe.ria dlm mhkamah. Namun posting tersebut telah di muat turun

Genap Setahun Pemergian Allahy.arham Abam, Isteri Achey Dedah Kisah Disebalik Persahabatan Bocey

Genap setahun Allahyarham Abam Bocey, iaitu pelawak terkenal dari kumpulan Bocey pergi meninggalkan kita semua pada tanggal 10 Februari 2020.

Mengingati momen bersama arwah Abam, isteri kepada Achey, iaitu Anne baru-baru ini mendedahkan kisah disebalik persahabatan tiga sekawan itu iaitu Achey, Fad dan arwah Abam menerusi laman Instagram miliknya.

Menulis kapsyen panjang di Instagram @anne_achey :

“al fatihah bam..

jarang aku mengarang cerita…

nak di cerita perjalanan bocey… aku salah seorang saksi kepayahan, cabaran, liku2 perjuangan serta persahabatan mereka…
..
ingat lagi awal kemunculan diorang berangan angan nak berada di hati peminat.. syukurnya fad dan abam dapat terima achey walaupun statusnya sudah berkahwin… yela keselesaan diorang masa tu mungkin berkawan dgn yang bujang… aku silap bila sillaturrahim Allah wujudkan dalam hati diorang sangat kuat..

diorang berdua layan aku mcm adik beradik diorang..

maharaja lawak mega pertama minggu yang pertama.. aku ingat lagi… menggigilnya diorang nak berada di pentas besar… masa tu aku ngan @aliputeh_official @angah_rosdi je penyokong diorang…

aku ngan ali redahhh je untuk menjadi penyokong diorang walaupun kerusi penyokong bocey bnyak yang kosong!..kami tak peduli pun .. aku ngan ali akan menjerit tak tentu hala untuk semangat mereka…

tapi aku silap… setiap lemparan komedi mereka pada malam itu menjadi air mata gembira buat aku… sbb setiap punch line diorang bergemuruhhhh satu MBSA !!… semua orang suka bocey… sehingga lah penuhhh sekarang orang nak menyaksikan mereka

dari situ aku mula nampak yang mereka meletakkan sillaturrahim yang hebat antara mereka untuk bersama di mana sahaja.. dengan membawa semangat mencari rezeki di paras yang tertinggi mereka mahukan

aku kadang2 sebagai isteri achey CEMBURU tgk rapatnyaa diorang ni… tapi aku tau mereka ni bukan sayang antara mereka.. tapi mereka sayang seluruhnya yang berkaitan dengan mereka..

terima kasih #bocey ..

#bertigasementaraboceyselamanya #kitabaikramaisayang”

Anne berkongsi mengenai kisah di awal perkenalan mereka, di mana dia bersyukur kerana Fad dan arwah Abam sanggup menerima suaminya Achey di dalam kumpulan mereka walaupun statusnya sudah berkahwin.

“ingat lagi awal kemunculan diorang berangan angan nak berada di hati peminat.. syukurnya fad dan abam dapat terima achey walaupun statusnya sudah berkahwin… yela keselesaan diorang masa tu mungkin berkawan dgn yang bujang… aku silap bila sillaturrahim Allah wujudkan dalam hati diorang sangat kuat..”

Dalam pada itu, Anne turut menceritakan bahawa di awal kemunculan mereka sebagai kumpulan Bocey, hanya dirinya, Ali Puteh dan Angah Rosdi yang menjadi penyokong setia kumpulan berkenaan kerana masih belum ada yang mengenali mereka.

“maharaja lawak mega pertama minggu yang pertama.. aku ingat lagi… menggigilnya diorang nak berada di pentas besar… masa tu aku ngan @aliputeh_official @angah_rosdi je penyokong diorang…

aku ngan ali redahhh je untuk menjadi penyokong diorang walaupun kerusi penyokong bocey bnyak yang kosong!..kami tak peduli pun .. aku ngan ali akan menjerit tak tentu hala untuk semangat mereka…

tapi aku silap… setiap lemparan komedi mereka pada malam itu menjadi air mata gembira buat aku… sbb setiap punch line diorang bergemuruhhhh satu MBSA !!… semua orang suka bocey… sehingga lah penuhhh sekarang orang nak menyaksikan mereka”

Sanggup redah menjadi penyokong tetapi nampaknya perkara itu tidak sia-sia kerana kumpulan Bocey kini telah berjaya menempah nama di hati peminat mereka.

Sudah bertahun melihat susah senang, suka dan duka kumpulan Bocey, Anne kagum dan cemburu melihat persahabatan yang dibina mereka bersama.

“dari situ aku mula nampak yang mereka meletakkan sillaturrahim yang hebat antara mereka untuk bersama di mana sahaja.. dengan membawa semangat mencari rezeki di paras yang tertinggi mereka mahukan

aku kadang2 sebagai isteri achey CEMBURU tgk rapatnyaa diorang ni… tapi aku tau mereka ni bukan sayang antara mereka.. tapi mereka sayang seluruhnya yang berkaitan dengan mereka..”

Kami juga turut merindui keletah arwah Abam.

Semoga beliau ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.

Apa kata anda? Kongsikan bersama kami

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *