Uncategorized

Anak Tak dapat balik kampung hantar bapa dialisis, 11 hari kemudian baru diizin rentas negeri tatap jnazah

HATI anak mana yang tidak luluh apabila hasrat untuk menziarahi bapa yang menghidap penyakit kronik tidak kesampaian gara-gara larangan rentas negeri yang dilaksanakan sejak empat bulan lalu.

Sebaliknya, si anak hanya dapat menatap wajah insan kesayangan dalam keadaan kaku dan bakal menuju negeri abadi.

Begitulah kisah hiba dua beradik ini yang meluahkan rasa terkilan mereka kerana tidak dapat berbakti kepada bapa sewaktu saat-saat akhir sebelum dijemput ajal.

Berkongsi cerita kepada mStar, gadis bernama Aida Najwa berkata dia terlebih dahulu menerima panggilan daripada bapanya, Nasir Nordin pada 17 April lalu yang meminta pulang untuk menemaninya ke hospital.

“Dapat panggilan tu Sabtu… abah minta tolong hantarkan ke hospital sebab nak betulkan tapak dialisis. Selalunya makcik saya akan bantu uruskan sebab abah tinggal dengannya di Nilai, saya pula di Kuala Lumpur.

Aida Najwa meluahkan rasa terkilannya menerusi satu perkongsian di Facebook.

“Tapi ketika itu makcik terpaksa pulang ke kampungnya, jadi saya pun ke balai polis untuk mohon kebenaran rentas negeri bagi menghantar abah ke hospital. Masa tu belum dapat surat refer ke hospital.

“Berlaku soal jawab dengan anggota polis… dia tanya selama ini siapa yang hantarkan. Bila beritahu, jawapan balasnya sangat membuatkan saya sedih. Bukan saya saja-saja nak pulang, tapi atas sebab kecemasan. Dialisis ni sangat penting bagi pesakit buah pinggang.

“Kalau tak mahu benarkan orang rentas negeri, tak perlu beri jawapan yang boleh guriskan hati orang. Saya hanya bersabar dan turut kemuka kad OKU, kad pengenalan abah dan surat dialisisnya sebelum ini namun permohonan saya ditolak kerana tiada bukti kukuh,” ujar gadis berusia 26 tahun ini.

Aida Najwa bersama bapanya, Allahyarham Nasir Nordin yang meninggal dunia pada 28 April lalu.

Ujarnya, dia berlalu pulang dengan hampa dan memberitahu bapanya bahawa permohonan rentas negeri tidak diluluskan.

“Siapa sangka, saya dan seorang adik yang tinggal bersama di Kuala Lumpur tak dapat jumpa abah sehinggalah makcik beritahu abah tak ada pada pagi 28 April lalu.

“Mula-mula masa pukul 4.50 pagi, makcik beritahu dia dapat panggilan daripada hospital. Beberapa minit kemudian, makcik call saya lagi, dan beritahu abah dah tak ada.

Memang ajal ketentuan Allah cuma saya sedikit ralat dan sedih sebab tak mampu ada di sisi abah di saat-saat akhir dia.

“Anak mana yang tak terkilan sebab tak dapat jumpa bapa mereka… hanya dapat pulang selepas abah dah meninggal dunia.

“Memang ajal ketentuan Allah cuma saya sedikit ralat dan sedih sebab tak mampu ada di sisi abah di saat-saat akhir dia,” ujarnya yang merupakan anak sulung daripada tiga adik beradik.

Bercerita mengenai bapanya, Aida Najwa berkata arwah yang merupakan seorang bapa tunggal menghidap beberapa jenis penyakit kronik.

Papan tanda pemberitahuan kematian bapa Aida Najwa di masjid.

“Mula-mula abah ada kencing manis dan darah tinggi. Lima tahun lalu abah diserang minor strok. Tiga tahun lalu, baru dia disahkan menghidap penyakit buah pinggang. Dia perlu jalani dialisis tiga kali seminggu.

“Makcik iaitu adik abah yang akan bantu uruskan dia sepanjang ketiadaan kami. Saya tak sangka luahan tersebut viral. Sebelum ini saya pernah dapat kelulusan untuk rentas negeri jika melibatkan hal kesihatan abah.

“Cuma ketika itu, nasib saya tidak baik… saya terkilan kerana ia hal kecemasan. Saya bukan salahkan pihak polis, cuma bagi saya, dalam hal kecemasan perlu ada budi bicara oleh anggota yang bertugas,” katanya lagi.

Dalam perkembangan lain, Pakar kesihatan awam mencadangkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan segera, dengan memberi penekanan kepada larangan aktiviti sosial, susulan situasi C0VID-19 di Malaysia yang kritikal ketika ini.

Selain itu, arahan seragam berkaitan prosedur operasi standard (SOP) perlu dikeluarkan semua kementerian supaya pelaksanaannya sama dan lebih mudah dipatuhi rakyat.

Pakar Perubatan Kesihatan Awam (Epidemiologi & Biostatistik) Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof Madya Dr Malina Osman, berkata kerajaan perlu melaksanakan PKP sekali lagi bagi membendung penularan jangkitan.

“Penekanan perlu diberikan kepada larangan aktiviti makan minum dan majlis keramaian, sama ada di premis awam atau persendirian yang menjadi penyumbang kepada pertambahan kes.

“Ini sekali gus akan mengelakkan beban berterusan terhadap sistem perkhidmatan kesihatan,” katanya kepada BH, hari ini.

Apa kata anda? Kongsikan bersama kami

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *