Hiburan

Baru je kahwin, tapi foto raya keseorangan Noor Nabila jadi tanda tanya

Noor Nabila merupakan kakak kepada pengacara dan usahawan terkenal Noor Neelofa. Sebelum ini beliau dikenali kerana telah bernikah dengan pelakon drama Bukan Aku Tak Cinta iaitu Sharnaaz Ahmad. Bagaimanapun perkahwinan mereka berdua tidak bertahan lama apabila telah bercrai sekitar Julai tahun lalu. Hasil pernikahan Nabila dan Sharnaaz mereka dikurniakan seorang anak lelaki bernama Jebat Jayden yang kini berusia 3 tahun.

Baru-baru ini Nabila telah telah mengakhiri status ibu tunggalnya apabila memutuskan untuk mengahwini bekas suami Erra Fazira iaitu Engku Emran. Perkenalan mereka berdua bermula apabila sama-sama terlibat dalam sukan berbasikal sejak tahun lalu.

Perkahwinan antara Engku Emran dan Nabila merupakan pernikahan kali ketiga antara kedua-duanya.

Hubungan yang baru beberapa bulan terjalin itu akhirnya berakhir ke jinjang pelamin apabila Engku Emran tidak berfikir panjang untuk melamar Noor Nabila untuk menjadi suri hati hidupnya.

Tahun ini merupakan tahun pertama buat pasangan Nabila dan Engku Emran menyambut hari raya berdua setelah bergelar pasangan suami isteri.

Bagaimanapun menjengah ke akaun Instagram Nabila, hanya gambar beliau seorang diri dan di entri sebelumnya beberapa gambar Jebat Jayden yang dimuatnaik bersempena hari raya.


Peminat dan netizen turut tertanya-tanya gambar sambutan hari raya Nabila bersama suaminya Engku Emran kerana tiada gambar bersama di rakam mahupun dikongsikan oleh Nabila dan Engku Emran di media sosial.

Mana gambar Suami?

Ruangan komen di entri yang dimuatnaik oleh Nabila di penuhi ucapan selamat hari raya dan juga pertanyaan mengenai suaminya itu.

Sebagai peminat, mereka hanya mahukan pasangan yang masih lagi dalam fasa bulan madu itu berbahagia dan gembira bersama sebagai sebuah keluarga.

 

Usia perkahwinan baru sahaja menjangkau dua bulan. Sudah pasti peminat juga tidak mahu sesuatu yang tidak diingini berlaku dalam rumahtangga yang baru sahaja dibina itu.

Mungkin Engku Emran mempunyai urusan yang tidak dapat dielakkan mahupun mempunyai alasan tersendiri. Mudah-mudahan hubungan pasangan tersebut baik-baik sahaja.

“Kenal Ogos lalu, kami tak bertunang pun’ – Noor Nabila

Noor Nabila Mohd Noor, 36, menafikan dia dan suaminya, Engku Emran Engku Zainal Abidin, 46, mengikat tali pertunangan seperti didakwa sebelum ini.

Nabila yang melangsungkan pernikahan dengan Engku Emran pagi tadi berkata, dia mula mengenali ahli perniagaan itu pada Ogos tahun lalu.

“Kami tak bertunang seperti yang disangka. Saya mula mengenalinya sekitar Ogos tahun lalu. Waktu itu kami hanya berkawan.

“Hanya sekitar hujung tahun lalu, kami mula rapat. Kami juga berkongsi minat sama termasuk dalam aktiviti berbasikal,” katanya yang juga kakak kepada selebriti popular, Neelofa.

Terdahulu, pasangan itu sah bergelar suami isteri dalam majlis pernikahan di Masjid At Taqwa, Taman Tun Dr Ismail,

Nabila berkata, dia percaya Engku Emran mampu membimbing dan menjaga dirinya selepas masing-masing pernah melalui pengalaman berumah tangga sebelum ini.

“Kami pernah melalui pengalaman berumah tangga sebelum ini. Jadi, masing-masing sudah matang dan sudah tahu apa yang diinginkan dalam membina mahligai ini. Insya-Allah kami akan buat yang terbaik dan sentiasa ada untuk satu sama lain,” katanya.

Walaupun tidak pernah mengesahkan mengenai hubungannya dengan Engku Emran yang diperkatakan ramai sejak awal bulan ini, namun bayangan Nabila sedang menjalin hubungan cinta dengan ahli perniagaan itu cukup kuat.

Sejak awal bulan ini, gosip mereka hangat diperkatakan dalam laman sembang, malah mendapat liputan meluas media di Indonesia.

Nabila pernah berkahwin dengan pelakon Sharnaaz Ahmad, namun bercerai Julai tahun lalu selepas hampir setahun berdepan kemelut rumah tangga. Mereka dikurniakan anak lelaki, Jebat Jayden yang kini berusia tiga tahun.

Dalam pada itu, ini perkahwinan ketiga bagi Engku Emran selepas dua perkahwinan terdahulu bersama pelakon popular, Erra Fazira dan pelakon Indonesia, Laudya Cynthia Bella berakhir dengan perceraian.

Menerusi perkahwinan dengan Erra, mereka dikurniakan anak perempuan, Engku Aleesya, 12, manakala perkahwinan dengan Laudya tidak dikurniakan anak.

Engku Emran berpisah dengan Laudya, Julai tahun lalu selepas dua tahun mendirikan rumah tangga.

Sumber : Instagram Noor Nabila

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : http://www.dnq.pw/

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *