Entertainment

Beli karpet Iran yg berkualiti tinggi, pekerja kedai dedah apa yg Neelofa telah buat

SEREMBAN: Selebriti popular, Noor Neelofa Mohd. Noor didakwa membelanjakan RM10,000 ketika mengunjungi sebuah premis menjual permaidani di Pusat Perniagaan Nilai 3, Nilai di sini, Ahad lalu.

Kedai karpet yang dikunjungi oleh Neelofa, 32, dan suaminya Muhammad Haris Mohd. Ismail itu dikenali sebagai ‘Naeem Carpet’ yang mempunyai lebih kurang lima buah cawangan di sekitar Nilai 3.

Cawangan yang menjadi pilihan pasangan suami isteri itu merupakan kedai yang berada di Lot 122-124.

Seorang pekerja kedai yang dikenali sebagai Hussein berkata, memang selebriti terkenal itu datang bersama suaminya untuk membeli permaidani di premis mereka pada Ahad lalu.

“Neelofa dengan suami ada datang ke kedai dan membeli beberapa karpet termasuk karpet Iran yang berkualiti tinggi dan karpet jenis lain yang semuanya berharga RM10,000.

“Harga bagi satu karpet Iran ini sahaja ialah RM3,000 dan Neelofa beli dalam dua atau tiga gulung,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di premis Naeem Carpet di Nilai 3, di sini hari ini.

Hussein berkata, tindakan Neelofa membeli karpet di Nilai 3 dan penularan gambar serta video mereka menyebabkan nama ‘Naeem Carpet’ telah dikenali dan terkenal di seluruh Malaysia.

“Tapi tindakan dia (Neelofa) telah menimbulkan mas4lah dan polis telah datang ke kedai pagi semalam untuk ambil keterangan,” katanya.

KARPET Iran yang berharga RM3,000 yang dibeli Neelofa.-UTUSAN/MUHAMMAD IZZAT TERMIZIE.

Dalam pada itu, Hussein memberitahu, pada hujung minggu lalu kedai karpet tersebut dikunjungi ramai orang dan jualan berjalan seperti biasa selepas isu Neelofa merentas negeri untuk membeli karpet di premis mereka tular.

Media melaporkan Neelofa dan Muhammad Haris akan dipanggil ke Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Nilai dekat sini bagi diambil keterangan dalam masa terdekat.

Ia berhubung dakwaan pasangan itu melanggar prosedur operasi standard (SOP) dengan merentas negeri ke Nilai, Negeri Sembilan.

Siasatan susulan penularan gambar dan video Neelofa bersama suami dalam media sosial dipercayai ketika berada di sebuah premis menjual karpet di Pusat Perniagaan Nilai 3, Nilai dekat sini.

Mohon awak ‘niqab’ media sosial awak Neelofa – Budak Ijat

Dalam pada itu Pengarah drama terkenal, Shahrulezad Mohameddin mencadangkan supaya selebriti kontroversi, Neelofa memperlahankan aktivitinya dalam media sosial selepas berturut-turut terpalit isu pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) sehingga menimbulkan kekecohan dalam kalangan netizen.

Menerusi satu hantaran yang dimuat naik dalam Instagramnya, Shahrulezad atau dikenali sebagai Budak Ijat mencadangkan Neelofa memperlahankan aktivitinya dalam media sosial supaya tidak menjadi mangsa cacian dan makian netizen.

“Abang dah tak larat nak pertahankan kau dik. Nasihat abang dah alang-alang nak berniqab satu badan, awak ‘niqab’ lah sekali media sosial awak itu. Jangan meminta sangat caci maki orang Lofa (Neelofa) sayang.

“Tak kasihan dengan diri sendiri ke? Bulan puasa dik. Abang cakap ni bukan sebab abang nak benci atau suka-suka kecam Lofa. Abang cakap sebab dah tak larat tengok org buat dosa mengata kau, mengeji kau, sedangkan imej mulia mulia kau tu sepatutnya tidak dikecam begitu,” tulisnya.

Ujar pengarah drama Nur itu lagi, imej yang dibawa Neelofa sepatutnya membuatkan dia lebih disayangi dan bukannya semakin dibenci umum.

“Abang kasihan tempiasnya turut terkena pada golongan niqabist (berhijab) yang lain. Apatah lagi pada golongan artis yang sememangnya selalu dipandang serong.

“Maaf Lofa, kali ini saya terpaksa bersuara sebab dah melampau. Cuma jauhkan diri dari media sosial sebab orang ramai sedang memerhatikan anda berdua,” kata Shahrulezad.

Dalam hantaran itu juga, Shahrulezad turut memberikan pendapatnya tentang Neelofa dengan menyifatkan isteri kepada Haris Ismail itu seorang yang sukakan perhatian.

“Kadang-kala abang rasa Lofa memang sejenis ‘dahagakan’ perhatian-perhatian sebegini. Sengaja mencari masalah. Sikit punya banyak kedai karpet dekat Kuala Lumpur, yang kau gigih merentas sampai Nilai dan kenapa?

“Itu satu hal. Ikut dia la nak beli karpet sampai ke Zimbabwe sekali pun. Cuma yang kau gatal sangat muat naik viceo dekat InstaStory, lepas tu padan hantaran itu dan kenapa?
“Kau tak tahu ke netizen kita sejenis ikan jerung lapar darah yang pantang nampak kau buat silap. Munggu lepas kau muat naik gambar burger, lepas tu padam. Bila kena kecam, kau dengan ayat pijak semut tak mati cakap netizen bersangka buruk dengan kau. Lepas tu buat benda sama,” ujarnya.

Shahrulezad juga dalam pada itu turut meminta bekas pengacara MeleTOP itu supaya berhati-hati dan tidak lagi berkongsi segala-galanya dalam media sosial.

“Tolong jangan naikkan kemarahan netizen,” kata Shahrulezad sebagai peringatan.

Terdahulu selebriti sensasi, Neelofa sekali lagi menjadi bualan hangat netizen selepas didakwa merentas negeri ke Nilai 3, Negeri Sembilan untuk membeli karpet.

Perkara tersebut mula menjadi bualan hangat selepas Neelofa memuat naik sekeping foto dan video dalam InstaStorynya yang memaparkan dia dan suami, Haris Ismail berada di sebuah kedai karpet.

Dalam perkongsian video berkenaan, dia dilihat merakam seorang pekerja dan turut mempromosikan kedai tersebut yang terletak di Nilai 3

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *