Hiburan

Belum selesai kes lama, Neelofa disiasat lagi, kali ini kes lain pulak

SELEBRITI Neelofa terus menjadi perhatian pihak berkuasa apabila dia kini berdepan siasatan berhubung dakwaan gagal mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) bagi pemakaian pelitup muka di tempat awam.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohd Said Ibrahim berkata, pihaknya menerima laporan mengenai tindakan Neelofa memakai niqab tanpa pelitup muka ketika hadir ke Kompleks Mahkamah Seremban, Negeri Sembilan pada Khamis.

“Pemakaian pelitup muka diwajibkan pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) kepada semua orang.

“Penjelasan berkenaan perkara ini dikeluarkan juga oleh KKM setelah kerajaan mewajibkan pemakaian pelitup muka di semua tempat awam mulai 1 Ogos 2020,” katanya menerusi kenyataan pada Jumaat.

Neelofa disiasat mengikut Seksyen 269 Kanun Keseksaan [Akta 574] dan Peraturan 17(1) Peraturan-Peraturan Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berj4ngkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2021.

“Pihak Polis tidak akan berkompromi dalam mengambil apa jua tindakan bagi memastikan SOP Majlis Keselamatan Negara dan peraturan yang ditetapkan oleh KKM sentiasa dipatuhi,” katanya.

Lebih 56,000 orang mahu Neelofa dipenj4ra

PETALING JAYA- Lebih 56,000 orang rakyat Malaysia menyuarakan tanda setuju agar Neelofa dipenj4rakan selepas terpalit beberapa kontr0versi melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kaw4lan Pergerakan (PKP).

Persetujuan itu dilakukan orang ramai menerusi petisyen bertajuk ‘Langgar SOP: Penjarakan Neelofa Segera’ yang diwujudkan sejak dua hari lalu.

Berdasarkan tinjauan Kosmo! di laman sesawang change.org, petisyen berkenaan berjaya memperoleh sebanyak 56,815 tandatangan setakat pukul 9.30 pagi tadi.

Petisyen penjarakan Neelofa berjaya mendapat sokongan lebih 56,000 rakyat Malaysia setakat pukul 9.30 pagi tadi.

Pada masa sama, petisyen itu menyasarkan mencapai sejumlah 75,000 sokongan orang ramai bagi mengenakan tindakan undang-undang terhadap Neelofa.

Menurut Faryshah Zahirah, dia meminta maaf kepada Neelofa atas tindakan menandatangani petisyen itu.

“Saya minta maaf Neelofa, ini adalah cara untuk kami menghentikan (tindakan) kamu, kami sudah penat,” tulisnya.

Berkongsi rasa sama, Zainu Mat Isa berkata, tindakan pilih kasih daripada pihak berkuasa menyebabkan rakyat berasa meluat serta kecewa.

“Orang miskin diambil tindakan, selebriti bebas mempermainkan undang-undang,” luahnya.

Antara kesal4han Neelofa disenaraikan dalam petisyen itu adalah majlis perkahwinannya di ibu negara; rentas negeri ke Pulau Langkawi, Kedah; rentas negeri ke Nilai 3, Negeri Sembilan dan terbaharu melanggar SOP Aidilfitri.

Apa kata anda? Kongsikan bersama kami

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *