Hiburan

“Bukan Annuar Musa” Nora Dedah Ciri-Ciri Bakal Suami

PETALING JAYA – Bukan jadi isteri kedua menteri atau orang kenamaan sebagaimana yang diperkatakan umum, penyanyi terkenal Datuk Nora Ariffin sebaliknya mengakui hatinya terbuka menerima lamaran seorang lelaki biasa kerana memiliki kriteria serupa dengan arwah suaminya.

Nora, 48, berkata, selepas empat tahun pemergian suaminya, Allahyarham Johan Nawawi, sekali pun tidak pernah terdetik di hatinya mencari pengganti. Apa yang dilalui sekarang adalah rezeki, takdir dan ketentuan Ilahi.

“Pertama sekali, saya tak pernah berniat pun nak mencari pengganti. Ini adalah rezeki, takdir dan ketentuan Allah,” kata Nora.

Akui ibu kepada empat cahaya mata itu, faktor utama yang membuatkan dirinya jatuh hati terhadap lelaki tersebut ialah keperibadian seperti Johan.

Miliki ciri seperti Johan

“Semestinya lelaki itu seseorang yang mempunyai sifat-sifat seperti Johan. Seorang yang menjaga agama dan solat. Jadi, insya-Allah dia boleh jaga saya dan anak-anak,” jelas Nora

Terima lamaran teman lama

“Dia mempunyai figura seorang bapa dan sifat itulah yang membuatkan hati saya terbuka untuk menerima kehadirannya.”

Begitulah pengakuan penyanyi Datuk Nora Ariffin, 48, ketika mengulas mengenai individu melamarnya seperti yang didedahkan dalam sebuah portal berita, semalam.

Meskipun tidak berkongsi secara terperinci lelaki yang berjaya mencuri hatinya itu, Nora atau nama sebenarnya, Wan Norafizah Ariffin memaklumkan mereka adalah teman lama dan hubungan turut mendapat restu anak-anaknya.

“Sebelum ini, memang ada lelaki yang melamar saya, tetapi kebanyakan tidak disenangi anak-anak. Bukan mudah mencari pengganti Allahyarham Johan Nawawi yang menebal dengan sifat kebapaan.

“Kami berkenalan sudah lama ketika arwah Johan masih hidup. Untuk mencari pengganti, saya memerlukan seorang lelaki yang bukan sahaja boleh menjaga saya, tetapi anak-anak. Alhamdulillah, dia mempunyai sifat berkenaan. Pada usia sekarang, tidak mungkin saya mahu mencari calon suami lebih muda.

“Atas faktor itulah yang membuatkan hati saya terbuka menerima kehadirannya. Apa yang boleh dikatakan, dia adalah lelaki yang paling rapat dengan saya, ketika ini,” katanya kepada BH Online.

Nora menambah, buat masa ini, dia masih belum memberi jawapan terhadap lamaran lelaki itu, namun sudah berbincang dengan keluarga berhubung perkara berkenaan.

“Insya-Allah, niat ke arah itu sudah ada, cuma saya tidak berani mahu berjanji apa-apa. Bimbang jika terlalu diuar-uarkan tidak akan menjadi, nanti sendiri yang malu.

“Jika ada berita baik, saya pasti akan berkongsi dengan semua,” ujar penyanyi yang popular dengan lagu Hanya Satu ini.


Hubungan Datuk Nora Ariffin dengan teman lama yang melamarnya mendapat restu anak-anak. – Foto IG Nora Ariffin

Dalam pada itu, Nora turut menepis tanggapan n4kal yang mengatakan cerita lamaran sengaja ditimbulkan untuk mengalih perhatian netizen mengenai isu pernikahan rahsia dengan Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa seperti yang tular, baru-baru ini.

Walaupun kedua-duanya sudah membuat penafian, namun kisah itu kembali hangat diperdebatkan di laman Twitter apabila ada pihak mendedahkan salinan sijil pernikahan di Thailand yang didakwa milik pasangan itu.

“Cerita mengenai lamaran ini memang benar dan bukannya direka-reka untuk menutup perkara lain. Soal jodoh dan perkahwinan bukannya boleh dibuat main-main.

“Jujurnya, saya memang bercadang berkongsi kisah lamaran ini dalam masa terdekat. Namun, apabila ada media yang bertanyakan kesahihan surat nikah yang tersebar, saya terpaksa mendedahkan perkara ini lebih awal.

“Tujuannya untuk membuktikan yang saya tidak berkahwin dengan Annuar. Selain itu, pendedahan ini juga dibuat supaya tidak ada pihak yang cuba mengambil kesempatan dengan status balu dengan menghantar mesej lucah dalam laman sosial,” dedah ibu kepada empat cahaya mata ini.

Terdahulu, desas-desus penyanyi yang terkenal dengan lagu Di Persimpangan Dilema itu sudah berkahwin dengan Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa di Songhkla, Thailand menjadi bualan ramai susulan tular sekeping sijil nikah didakwa milik mereka dalam media sosial.

Dia sebaliknya menafikan perkara tersebut, namun dalam masa sama mengakui ada menerima lamaran daripada seorang lelaki yang tidak diperincikan lagi identitinya kepada umum.

Ditanya mengenai majlis per­kahwinan mereka, pemilik nama sebenar Wan Norafizah Wan Ariffin itu berkata, buat masa ini belum ada rancangan. Tambahan pula penularan Covid-19 masih berleluasa dan Pe­rintah Kawalan Pergerakan (PKP) masih dilaksanakan.

Penyanyi berasal dari Kota Bharu itu sebelum ini berkahwin de­ngan kom­po­ser terkenal, Johan Na­wawi pada 1992 dan dikurniakan empat cahaya mata.

Jenis Mak Bapak Tak Reti Didik Anak” – Anak Sulung Nora Ariffin Marah Ibu Kena Fitn4h Lagi

Anak sulung kepada penyanyi Datuk Nora Ariffin, Mohd Syakir Iman Johan, 28, berang apabila ibunya sekali lagi difitnah selang beberapa minggu.

Mohd Syakir menerusi ciapan di Twitter menyelar tindakan seorang pengguna laman sosial berkenaan yang sudah kali kedua menabur fitnah terhadap ibunya.

“Siapa yg dengar cakap @zack_rockstar tu memang kena bodoh camtu je hahahahahahahaha teruskanlah sebar fitnah sebab family aku meanmg takkan maafkan since dah dua kali hang buat t4ik. Buat m4u arwah bapak hang je weh.

“Moga Allah je lah balas dosa memfitnah hang. Jenis mak bapak tak reti didik anak ni, ni la hasilnya,” tulisnya di Twitter.

Sebelum ini, akaun sama @zack_rockstar mendakwa pelantun lagu Di Persimpangan Dilema itu telah mengahwini Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa.

Namun, perkara terbabit dinafikan kedua-dua belah pihak.

Terbaharu, pengendali akaun sama mendedahkan salinan sijil pernikahan yang didakwa milik Nora dan Annuar.

Bagaimanapun, Nora tampil menepis spekulasi tersebut namun mengakui pernah menerima lamaran pernikahan namun bukan daripada Annuar seperti yang didakwa sebelum ini.

Buntu dengan fitn4h terhadap ibunya itu, Mohd Syakir menganggap tindakan menularkan kisah tidak tepat itu akan mendapat ganjaran setimpal.

“Tak pasti apa niat kamu. Cuma percayalah, ini kali kedua dia mencetuskan fitnah sama mengenai Annuar Musa berkahwin dengan ibu saya.

“Kalau kamu okey apabila orang memfitnah kedua-dua ibu bapa anda jadi kamu pun sama dengan individu itu,” tambahnya lagi membalas komen pengguna lain.

Sekadar info, Nora mendirikan rumah tangga bersama Johan pada 1992.

Pasangan itu dikurniakan empat orang anak iaitu dua lelaki dan dua perempuan.

Johan telah meningg4l dunia pada 24 Mac 2017 pada usia 52 tahun akibat serangan jantung, sementara anak kedua pasangan itu, Muhammad Syakir Aliff pula menghembuskan nafas terakhir pada 13 Disember 2019 ketika berusia 20 tahun.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *