Hiburan

Lepas ‘Can Mali Can’, Jebat Jayden Hadiahkan PU Riz Lagu Birthday

Tanggal 2 Mei merupakan haru ulang tahun kelahiran suami kepada pengacara terkenal Noor Neelofa iaitu Haris Ismail. Di Instagram, Neelofa kelihatan memuat naik foto bersama suami disertakan dengan ucapan istimewa buat PU Riz. Lebih menjadi tumpuan netizen adalah ucapan balik dari PU Riz buat Neelofa.

‘To the wonderful man I love’

Kepada lelaki hebat yang saya cintai, selamat ulang tahun kelahiran. Semoga Allah melimpahkan rahmatNya dan menyatukan kita dalam Ketakwaan dan takwa. Semoga Allah memberi cinta sepertimana dia memberkati Muhammad dengan Khadija. Amin…

Pengacara terkenal itu menulis hantaran kapsyen ringkas disertakan doa buat suaminya. Neelofa berharap dan mendoakan agar mereka sebagai suami isteri terus bersama dalam ketakwaanNya.

Terima kasih zaujah

Sementara itu, PU Riz turut kelihatan membalas ucapan ‘sweet’ itu pada posting Neelofa. Bagaimanapun, ucapan dari PU Riz itu mendapat perhatian netizen dengan seramai 2,756 tanda suka.

Terima kasih zaujah atas ucapan dan doa yang istimewa. Semoga diberi kehidupan berkat selamannya. Love you sayang.

Jebat Jayden Hadiahkan PU Riz Lagu Happy Birthday.

Menerusi rakaman video yang berdurasi 15 saat itu, menyaksikan Jebat diiringi oleh ibunya iaitu Noor Nabila menyanyikan lagu Happy Birthday dan video ringkas tersebut dikongsi sendiri kakak kepada Neelofa di IG Story. Turut disertakan kapsyen comel ‘Epi to you uncle Yehh…’ dari Jebat Jayden.

Comelnya Jeybat nyanyi

Tidak lama itu, Nabila turut merakam dan memuat naik video di IG Story menyaksikan Jebat menyanyikan lagu yang sama di hadapan PU Riz dan Neelofa. Memang comel sungguh Jebat ni!

Sumber: Noor Nabila

Anak kepada Sharnaaz Ahmad, Jebat Jayden Ahmad sememangnya sering menjadi sorotan media kerana teletahnya yang comel dan sering dikongsikan oleh ibu serta bapanya.

Sudah pun berusia lebih dari dua tahun, Jebat dilihat sangat manja dengan Sharnaaz dan juga ahli keluarga ibunya, Noor Nabila termasuklah ibu saudaranya, Neelofa.

lagu kesukaan Jebat

Jika sebelum ini Sharnaaz ada memuat naik video menyanyikan lagu ‘Can Mali Can’ iaitu lagu kegemaran anak tersayang, kali ini giliran ‘pakcik barunya’, PU Riz pula yang mengambil tugas menceriakan Jebat.

Uncle Haris pulak kena nyanyi

Hal tersebut dikongsikan di laman IG story PU Riz yang videonya dirakam oleh isteri tersayang, Neelofa ketika dia sedang memandu kereta.

Dapat didengar dengan jelas Jebat Jayden begitu gembira dan turut menyambung nyanyian tersebut di bahagian tempat duduk belakang.

Telatah comel Jebat telah membuatkan Neelofa berasa ‘geram’ dengan anak buahnya yang semakin petah bercakap dan menyambung nyanyian lagu kegemarannya.

Video

https://www.facebook.com/101405671782208/videos/224247679209586

Instagram peminat Neelofa turut memuat naik kembali IG story ketika PU Riz melayan anak buah Neelofa dan mendapat pelbagai maklum balas daripada netizen.

Masing-masing terhibur dengan mereka dua kerana terlihat comel lebih-lebih lagi Jebat yang semakin petah bercakap.

Pasti ramai yang turut ‘geram’ dengan keletah Jebat Jayden yang semakin besar kan?

Jebat merupakan anak kepada Sharnaaz Ahmad dan Noor Nabila yang juga kakak kepada Neelofa. Selepas berpisah, hubungan Nabila dan Sharnaaz masih lagi baik bagi memastikan anak mereka mendapat kasih sayang sepenuhnya.

Nabila juga telah benikah dengan Engku Emran yang juga bekas suami kepada pelakon terkenal Erra Fazira.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *