Hiburan

Selepas Cetus K0ntroversi. Ini Jumlah Pengikut IG Neelofa Buat Ramai Naik Hairan

PETALING JAYA – Meskipun dilanda pelbagai kontroversi, selebriti berniqab ter­kenal, Neelofa terus gah dalam media sosial sebagai individu paling ramai pengikut di Instagram.

Sehingga semalam, pemilik nama penuh Noor Neelofa Mohd. Noor, 32, itu memiliki sebanyak 8.6 juta pengikut Instagram.

Jumlah itu meletakkan dirinya sebagai selebriti paling berpe­ngaruh dalam Instagram Malaysia sekali gus mengenepikan pe­nyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza yang selesa dengan 8.2 juta pengikut.

Catatan tersebut juga membuktikan segala kecaman-kecaman netizen yang kononnya ingin memboikot isteri kepada pendakwah bebas, Haris Ismail itu sebelum ini sekadar sia-sia.
Minggu lalu, pasangan sele­briti itu serta beberapa ahli keluarga lain dikenakan kompaun keseluruhan RM60,000 kerana ingkar prosedur operasi stan­dard (SOP) ketika melangsungkan majlis perkahwinan serta urusan rentas negeri.

Selain itu, isu lawatan kerja Neelofa bersama PU Riz di Langkawi selepas perkahwinan turut mencetuskan kontroversi apabila netizen mendakwa mereka turut mengambil kesempatan berbulan madu di pusat peranginan terkenal negara.

Segala kekecohan yang berlaku rupa-rupanya hanya ‘memanaskan’ lagi pengaruh dan kuasa media sosial Neelofa serta keluarganya. Maka, tidak hairanlah jika sebelum ini mereka pernah digelar Kardashian Kelantan.

Berdasarkan hasil tinjauan, selain Neelofa dan Siti Nurhaliza, selebriti versatil, Zizan Razak juga antara artis tanah air terkenal dengan jumlah pengikut yang ramai iaitu 7.8 juta, diikuti Nora Danish (7.3 juta) dan Mira Filzah (7.2 juta).

Selain didominasi golongan selebriti, penceramah bebas Ebit Lew turut unggul dalam media sosial dengan 5 juta pengikut, menjadi satu-satunya individu bukan artis tanah air yang me­raih pengikut melebihi 5 juta.

Kosmo! pada 24 Ogos 2020 melaporkan, Siti Nurhaliza melebarkan pengaruh di laman media sosial Instagram apabila mempunyai jumlah pengikut melebihi 7.8 juta orang.

Ia sekali gus menjadikan pelantun lagu Aku Bidadari Syur­gamu itu menjadi artis Malaysia yang mempunyai jumlah pengikut paling ramai ketika itu meninggalkan beberapa selebriti tanah air lain.

Berada di tempat kedua ketika itu juga ialah Neelofa dengan jumlah pengikut sebanyak 7.6 juta orang, kurang 200,000 berbanding Tok Ti.

Zizan pula berada di tempat ketiga sebanyak 7.5 juta pengikut Instagram, diikuti Nora Da­nish (7.1 juta) dan Mira Filzah (6.6 juta).

Neelofa, suami beli karpet RM10,000

SEREMBAN: Selebriti popular, Noor Neelofa Mohd. Noor didakwa membelanjakan RM10,000 ketika mengunjungi sebuah premis menjual permaidani di Pusat Perniagaan Nilai 3, Nilai di sini, Ahad lalu.

Kedai karpet yang dikunjungi oleh Neelofa, 32, dan suaminya Muhammad Haris Mohd. Ismail itu dikenali sebagai ‘Naeem Carpet’ yang mempunyai lebih kurang lima buah cawangan di sekitar Nilai 3.

Cawangan yang menjadi pilihan pasangan suami isteri itu merupakan kedai yang berada di Lot 122-124.

Seorang pekerja kedai yang dikenali sebagai Hussein berkata, memang selebriti terkenal itu datang bersama suaminya untuk membeli permaidani di premis mereka pada Ahad lalu.

“Neelofa dengan suami ada datang ke kedai dan membeli beberapa karpet termasuk karpet Iran yang berkualiti tinggi dan karpet jenis lain yang semuanya berharga RM10,000.

“Harga bagi satu karpet Iran ini sahaja ialah RM3,000 dan Neelofa beli dalam dua atau tiga gulung,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di premis Naeem Carpet di Nilai 3, di sini hari ini.

Hussein berkata, tindakan Neelofa membeli karpet di Nilai 3 dan penularan gambar serta video mereka menyebabkan nama ‘Naeem Carpet’ telah dikenali dan terkenal di seluruh Malaysia.

“Tapi tindakan dia (Neelofa) telah menimbulkan masalah dan polis telah datang ke kedai pagi semalam untuk ambil keterangan,” katanya.

Dalam pada itu, Hussein memberitahu, pada hujung minggu lalu kedai karpet tersebut dikunjungi ramai orang dan jualan berjalan seperti biasa selepas isu Neelofa merentas negeri untuk membeli karpet di premis mereka tular.

Media melaporkan Neelofa dan Muhammad Haris akan dipanggil ke Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Nilai dekat sini bagi diambil keterangan dalam masa terdekat.

Ia berhubung dakwaan pasangan itu melanggar prosedur operasi standard (SOP) dengan merentas negeri ke Nilai, Negeri Sembilan.

Siasatan susulan penularan gambar dan video Neelofa bersama suami dalam media sosial dipercayai ketika berada di sebuah premis menjual karpet di Pusat Perniagaan Nilai 3, Nilai dekat sini

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *