Hiburan

Dato Siti Claim Dpt Pahala Berganda2, Sekali Dr Ridhuan Tanya Ustaz Mana Dia Rujuk

Baru-baru ini hangat diperkatakan mengenai kenyataan seorang selebriti ternama memaklumkan sedang kumpul pahala percuma pada sepuluh malam terakhir Ramadan.

Ia berikutan selepas majlis yang diadakannya dikecam kerana didakwa melanggar prosedur operasi standard (SOP). Rata-rata netizen meluahkan rasa tidak puas hati dengan kenyataannya seolah tidak sensitif dengan keadaan sekeliling.

Perkara itu turut mendapat perhatian pendakwah bebas, Prof. Dr Mohd Ridhuan Tee yang membidas kenyataan tersebut.

Dr. Ridhuan turut meminta supaya budaya mempergunakan nama ‘ustaz’ demi menyembunyikan kesalahan dilakukan sendiri perlu dihentikan. Malah, katanya lagi ‘dugaan’ yang dimaksudkan oleh selebriti itu juga merupakan dugaan yang dicipta sendiri.

“Teruja berita pandangan seorang artis mengenai majlis yang dicipta sendiri apabila menjadi viral dan menimbulkan masalah, sedap dia berkata, pahala dapat berganda-ganda disebabkan dugaan majlis tersebut.

“Ustaz mana yang artis ini rujuk pahala berganda-ganda? Nak juga saya tahu nama ustaz itu untuk saya bertanya lanjut. Sendiri yang buat hal, sendiri pula mengaku dapat meraut pahala berganda ganda, menggunakan nama ustaz,” tulisnya.

Pendakwah itu juga turut mengulas mengenai kehadiran yang tidak diwajibkan ke majlis seperti itu kerana bimbang boleh memberi mudarat kepada orang lain apatah lagi individu tersebut tetap melangsungkan majlis terbabit walaupun hukumnya sunat.

“Contohnya antara perkara sunat dengan perkara wajib. Mana perlu diutamakan? Begitu juga antara majlis sunat dengan majlis sunat. Sunat mana yang perlu diutamakan.

“Selain itu, contoh lain antara majlis aqiqah artis dengan jemputan ibu bapa sendiri. Kedua-dua perlu diberikan perhatian, mana perlu diutamakan? Sudah tentu majlis ibu bapa sendiri lebih diutamakan berbanding jemputan lain.

“Sama juga isu nak menghadiri majlis undangan ketika PKP (Perintah Kawalan Pergerakan), antara memenuhi jemputan atau tidak. Jika banyak yang memudaratkan, maka boleh sahaja tidak hadir,” tulisnya lagi.

Diakhir perkongsian itu, Dr. Ridhuan sekali lagi mempersoalkan ‘ustaz’ mana yang dirujuk oleh selebriti berkenaan sehingga boleh mengeluarkan kenyataan sedemikian

Dato Siti Seronok Kumpul Pahala

Meskipun dikritik warganet kerana isu mengadakan majlis tahnik yang didakwa melanggar prosedur operasi standard (SOP) Covid-19, Siti Nurhaliza Tarudin kelihatan kekal positif.

Siti Nurhaliza malah meluahkan rasa terujanya kerana menganggap apa yang berlaku kini membolehkan dia menerima banyak pahala.

Tambahan pula katanya ia berlaku semasa Ramadan yang mulia menghampiri penghujungnya.

“Alhamdullilah saya patut tengah seronok ni, (dapat) kumpul pahala banyak-banyak 10 malam terakhir ini, kata ustaz bila berhadapan dengan dugaan ini.

“Betullah ustaz, dapat pahala free (percuma) berganda-ganda pula itu. Alhamdullilah,” katanya menerusi hantaran di Instagram Story malam tadi.

Baru-baru ini media sosial bergelora dengan rasa tidak puas hati orang ramai akan tindakan penyanyi Biarlah Rahsia itu dan suaminya, Khalid Mohamad Jiwa, yang mengadakan majlis untuk mentahnik anak keduanya.

Selain tahnik, Siti Nurhaliza turut menganjurkan majlis akikah dan maulid buat Muhammad Afwa pada 27 April lalu.

Menerusi beberapa keping gambar di akaun Instagram Siti Nurhaliza, majlis tersebut turut dihadiri Menteri di Jabatan Perdana Menteri Zulkifli Mohamad, dan tiga penceramah terkenal Azhar Idrus, Don Daniyal Don Biyajid dan Iqbal Zain.


Susulan itu, pengguna media sosial mempersoalkan ketegasan pihak berkuasa mengenakan larangan dan pengawasan SOP perintah kawalan pergerakan (PKP) ke atas orang kenamaan dan selebriti.

Mufti Perlis Mohd Asri Zainul Abidin pula mempertanyakan keutamaan yang wajar dibuat oleh pihak berkenaan, sama ada menziarahi ibu bapa atau memenuhi undangan artis.

Namun pada 3 Mei lalu, Siti Nurhaliza menerusi satu kenyataan media, menyangkal dakwaan kewujudan pelanggaran SOP Covid-19 dalam majlisnya.

Azhar – yang berasal dari Terengganu – juga menjelaskan kehadirannya dalam majlis tersebut dengan menyatakan dia sudah lama berkawan dengan Khalid.

Ia berlaku ketika seorang lagi selebriti, Neelofa, dan suaminya menarik perhatian ramai apabila didakwa membeli-belah permaidani di Nilai, Negeri Sembilan dan menayangkannya di media sosial.

Ia bagaimanapun dipadamkan selepas itu.

Sementara itu, Siti Nurhaliza turut berkongsi reaksi positif salah seorang peminatnya yang menyifatkan dia telah menjadi mangsa tular.

Jelasnya peminat penyanyi terbabit dia juga percaya Siti Nurhaliza tidak akan melanggar sebarang SOP PKP sewaktu mengadakan majlis tersebut.

Peminat- terbabit – menggunakan akaun cucukrimbun.my – turut menyatakan tindakan orang mengkritik Siti Nurhaliza adalah kerana dia merupakan penyanyi nombor satu Malaysia.

“Rakyat biasa juga anjurkan majlis keramaian tetapi kerana dia Siti Nurhaliza dan jemputannya orang penting. Ramai yang kurang senang,” kongsi penyanyi itu di ruangan Instagram Story sambil membalas “Alhamdullilah.”

Keperluan ziarah ibu bapa melebihi penuhi undangan artis – Mufti Perlis

KUALA LUMPUR – Mufti Perlis Datuk Dr Mohd. Asri Zainul Abidin berpendapat, keperluan menziarahi ibu bapa mengatasi keperluan yang lain.

Menerusi hantaran di Twitter miliknya, beliau berkata, ia termasuk melebihi keperluan memenuhi undangan artis.

“Saya rasa jika hendak dibandingkan pasti keperluan menziarahi ibu bapa melebihi dari keperluan memenuhi undangan artis,” tulisnya.

Namun tidak dapat dipastikan hantaran Mohd. Asri itu ditujukan kepada sesiapa.

Hari ini, penyanyi terkenal, Datuk Seri Siti Nurhaliza menjelaskan tiada sebarang aktiviti rentas negeri berlaku melibatkan seorang pendakwah bebas dari negeri lain sebagai tetamu pada majlis tahnik anak keduanya baru-baru ini.

Sebaliknya Siti berkata, individu itu bersetuju untuk hadir kerana kebetulan dia memang berada di Kuala Lumpur pada tarikh majlis itu diadakan.

TAMBAHNYA, MENGENAI ACARA TAHNIK SEBELAH SIANG YANG DIHADIRI MENTERI AGAMA, DATUK DR ZULKIFLI MOHAMAD AL-BAKRI, IA BUKANLAH MAJLIS KHAS SEPERTI YANG DISANGKA.

“Sebaliknya beliau hanya singgah bagi menyempurnakan bacaan doa dan tahnik sahaja sebelum terpaksa bergegas pulang untuk urusan lain.

“Sebagai rakyat Malaysia yang patuh pada undang-undang dan peka dengan situasi semasa, kami tidak pernah memandang ringan mengenai hal ini dan selagi berada dalam kawalan, kami cuba untuk mematuhinya semampu mungkin,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

 

Pendakwah bebas dari Terengganu, Ustaz Azhar Idrus semalam menjelaskan dakwaan bahawa dia telah merentas negeri untuk ke rumah penyanyi Siti Nurhaliza bagi upacara tahnik anak keduanya.

Menurut Azhar, dia secara kebetulan berada di rumah ibu mertuanya yang berdekatan, dan menerima pelawaan suami Siti, Khalid Mohamad Jiwa yang juga merupakan kawannya.

Terdahulu, warga maya menyuarakan rasa kurang senang apabila mendakwa majlis diadakan Siti Nurhaliza itu melanggar SOP berikutan kehadiran beberapa tokoh agama yang didakwa melakukan perjalanan merentas negeri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *