Amalan

Ditvduh langg4r SOP, Ini kata2 Azmin kepada adiknya Ummi Hafilda

SHAH ALAM: Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali pada Sabtu memaafkan tuduhan dibuat oleh adiknya, Ummi Hafilda Ali berhubung dakwaan beliau melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Menurutnya, tidak ada apa yang perlu beliau simpan di dalam hati berhubung tuduhan dibuat itu.

“Saya membaca tuduhan yang dibuat oleh Ummi Hafilda.

“Sebagai abang, saya maafkan tuduhan tersebut. Tidak ada apa-apa yang perlu saya simpan di hati.

“Mungkin beliau tidak mengetahui keadaan sebenar.

“Semoga Syawal ini lebih bermakna untuk kita semua. Eid Mubarak,” katanya.

Sebelum ini, tular di media sosial Ummi Hafilda mendakwa ahli keluarga Azmin telah merentas daerah dan menghadiri perjumpaan untuk sambutan hari raya Aidilfitri.

Bagaimanapun, Ketua Polis Putrajaya, Asisten Komisioner Mohd Fadzil Ali dilaporkan berkata, siasatan awal terhadap dakwaan bahawa keluarga Azmin melanggar SOP PKP mendapati, semua individu terbabit mendiami

Polis akan panggil Azmin Ali, ahli keluarga

DATUK Seri Mohamed Azmin Ali dan ahli keluarganya akan dipanggil bagi membantu siasatan berhubung dakwaan melanggar prosedur operasi standard (SOP) Covid-19 pada hari pertama Hari Raya Aidilfitri.

Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner Mohd Fadzil Ali berkata, satu laporan polis dibuat kira-kira pukul 3 petang Jumaat (14 Mei) berhubung posting Ummi Hafilda Ali yang tular di media sosial.

Ummi Hafilda mendakwa ahli keluarga Azmin yang merupakan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, telah merentas daerah dan menghadiri perjumpaan untuk sambutan Hari Raya.

“Kejadian itu didakwa berlaku kira-kira pukul 8 pagi pada hari pertama Hari Raya di kediaman rasmi Azmin di Presint 10 di Putrajaya.

“Bagaimanapun, maklumat awal mendapati sambutan dan jamuan raya itu hanya dalam kalangan ahli keluarga Azmin yang mendiami kediaman tersebut.

“Berdasarkan keterangan petugas yang menjaga pos kawalan kediaman rasmi tersebut juga mengesahkan pada tarikh 13 Mei 2021 (Khamis), tiada pergerakan keluar masuk tetamu,” katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Mohd Fadzil berkata, Azmin dan ahli keluarganya, termasuk Ummi Hafilda akan dipanggil untuk membantu siasatan.

“Pengguna media sosial dinasihatkan untuk tidak menyiarkan komen atau pernyataan yang merosakkan kredibiliti dan imej seseorang atau organisasi,” tambah beliau.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *