Amalan

Esok bermula total l0ckd0wn, Sekali Saful Nang dedah mana ada ” total l0ckd0wn”

Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan malam ini berkata, menerusi total lockdown atau perintah berkurung penuh itu, semua sektor tidak dibenarkan beroperasi kecuali sektor ekonomi dan perkhidmatan perlu yang akan disenaraikan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Perkara itu diputuskan dalam Sidang Khas MKN Mengenai Pengurusan C0vid-19 yang dipengerusikan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin

Dalam pada itu, masih ada pihak yang mempersoalkan tindakan kerajaan yang masih membenarkan kilang-kilang dibuka semasa pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) selama 14 hari bermula esok. Berikut  perkongsian menarik dari Saiful Nang

MANA ADA TOTAL LOCKDOWN? 

“Yang ada cuma Perintah Kawalan Pergerakan. Boleh bergerak, tapi dikawal. Ramai warganet marah kerana kerajaan seperti tak serius mendepani bencana wabak Covid19 yang kini meletakkan Malaysia sebagai negara pendahulu statistik bilangan teramai jangkitan berunjur populasi.

“Lockdown yang diharapkan ialah semua tinggal di rumah, tak perlu keluar rumah langsung. Namun semua itu tak mungkin berlaku di Malaysia mahupun di mana-mana negara di dunia. Aku seru, kita jangan marah berlebihan apabila ada sektor yang dibenarkan beroperasi. Ada sebabnya

“Aku tak pandai nak cerita tentang orang lain, tapi pada yang aku rasa dekat sahaja dulu. Ada lembu-lembu dan kambing-kambing di ladang yang akan mati tak sampai 2 minggu jika tidak dibenarkan keluar mencari makanan. Makann lembu juga keluar dari kilang-kilang dedak, yang itu kalau ditutup maka peladang kena mencari makanan-makanan lembu di rumput tepi-tepi jalan dan hutan. Lembu bukan makan macam kita sekali sepinggan. Lembu ialah haiwan yang selagi buka mata akan mengunyah. Kambing lagi belum cerita. Cerewetnya mereka ni dengan cuaca, nyamuk dan kebersihan. Sehari tak bercuci kandang, taik lembu sahaja dah banjir.

“Sekarang kita pergi ke sekitar ladang lembu tu, ada kita tanam jagung. Jagung pula kalau dah matang bukan boleh ditunda cabutnya. Kalau belum matang bukan boleh diawalkan menuai. Bagaimana nak tuai jagung ini jika lori berjalan atas jalanraya pun warganet marah? Jagung tadi juga yang menjadi makanan yang warganet order melalui Grab Food, Food Panda dan mana-mana lagi khidmat penghantar.

“Kita tak bolekh lockdown penuh, kita boleh kawal sahaja. Kena rasional. Yang kena lockdown kena makan juga. Ada orang yang perlu tanam apa yang orang berkurung itu makan. Ada orang perlu menjaga lembu dan kambing yang menjadi sumber makanan orang yang berkurung.

“Tak mustahil, berkurung secara total akan menyelesaikan masalah. Tapi kita sendiri sanggup ke berkurung dengan terputus bekalan makanan? Sanggup ke kita melihat beratus ribu lembu mati selepas 14 hari kita berkurung?

“Aku cuba rasional dalam hal ini. Yang tak ada keperluan ataupun ada keperluan yang boleh ditangguh, berkurunglah. Kepada yang perlu untuk keluar bagi menjalankan ruang peranan untuk kepentingan kita semua, keluarlah.

“Kilang besar buat kereta, buat jentera, atau buatan-buatan yang tidak melibatkan survival manusia, haiwan dan tumbuh-tumbuhan wajarlah kita marah kalau mereka teruskan operasi. Ramai lagi frontliners yang tiada dalam senarai yang didendang. Pemandu lori, pengilang dedak, petani, penternak, nelayan, operator mesin pertanian, bengkel mesin pertanian, pencuci kandang lembu, pekerja pasaraya dan ramai lagi.

“Memang tak akan ada total l0ckd0wn. Yang ada ialah pergerakan perjalanan kita yang diperketatkan dengan macam-macam. Kena sabar sikit, lihat keliling kita, semua tu tak akan ada sendiri hanya dengan melayangkan nota RM dan kad kredit sahaja. Ada orang yang berusaha di belakang setiap yang kita lihat itu sehingga kita boleh nikmati sekarang.

“Selamat berkurung untuk semua.

“Jadikan berkurung kita ini satu dunia luas dengan kebahagiaan rumahtangga.

“Tanda kita hidup bahagia dalam rumahtangga, kita sayang nak tinggalkan rumah. Tanda kita tak bahagia berumahtangga, salah satunya ialah kita lebih gembira dan bahagia melepak di luar rumah.

SAIFUL NANG
Traveler Patah Sayap

Notakaki : Saya sokong durian boleh dibeli secara drive-through. Musim durian setahun sekali jer, time tu lah nak PKP

kredit: Saiful Nang

Nak keluar ketika total l0ckd0wn? Ini 14 perkara penting korang perlu tahu sebelum keluar rumah

LEBIH banyak sekatan jalan raya (SJR) akan dilakukan di seluruh negara bermula tengah malam ini berikutan pelaksanaan Sekatan Pergerakan Penuh atau ‘total lockdown’ bermula 1 Jun hingga 14 Jun ini.

Ketua Polis Negara, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan mengadakan 800 SJR sepanjang tempoh dua minggu itu berbanding 600 SJR sebelum ini.

Beliau menjelaskan tujuan SJR itu adalah memutuskan rantaian jangkitan Covid-19 dan memastikan orang ramai tidak keluar rumah tanpa keperluan mendesak.

“Kita wujudkan SJR untuk menyekat pergerakan daerah dan pergerakan negeri. SJR bergerak pula untuk mengawal pergerakan lebih radius 10 kilometer.

“Ada laluan-laluan yang akan ditutup terus. Oleh itu, pihak polis akan memeriksa setiap kenderaan dengan lebih teliti termasuk dokumen-dokumen yang dikemukakan.

“Kita tak nafikan akan berlaku kesesakan di SJR dan lokasi-lokasi tertentu, ini tidak dapat dielakkan. Justeru, orang ramai jika tak ada keperluan mendesak, tangguhkan pergerakan tersebut.

“Beri peluang kepada mereka dalam perkhidmatan perlu untuk melaksanakan tugas mereka. Anda perlu mengatur masa pergerakan masing-masing,” katanya pada sidang media khas, Isnin petang.

Dalam pada itu, Acryl Sani turut memberi nasihat dan peringatan sebelum orang ramai membuat keputusan untuk keluar rumah dan ketika melalui SJR sepanjang tempoh ‘total lockdown’:

1. Hanya dua orang dibenarkan menaiki sebuah kenderaan persendirian termasuk pemandu.

2. Tiga orang dibenarkan menaiki sebuah kenderaan termasuk pesakit bagi tujuan perubatan.

3, Tiga orang dibenarkan menaiki sebuah kenderaan e-hailing termasuk pemandu.

4. Pergerakan hanya dalalam radius 10 kilometer atau berdekatan dari lokasi kediaman bagi tujuan membeli barang keperluan dan perubatan serta penjagaan kesihatan.

5. Kes kecemasan dan kematian perlu mendapatkan kebenaran daripada pihak polis.

6. Urusan suntikan vaksin tidak perlu mendapat kebenaran polis, tetapi perlu menunjukkan bukti janji temu menerusi aplikasi MySejahtera.

7. Semua sektor ekonomi yang dibenar operasi, perlu mendapat surat kebenaran pergerakan baharu daripada Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (Miti).

8. Bagi sektor awam, petugas yang perlu bekerja di pejabat perlu mempunyai surat arahan daripada ketua jabatan.

9. Mereka yang ingin menghulurkan sumbangan atau tujuan kebajikan perlu melalui Pusat Kawalan Operasi Bencana Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma).

10. Bagi pembuktian alamat kediaman, individu boleh menunjukkan bukti menerusi kad pengenalan.

11. Individu juga boleh mengemukakan bil-bil utiliti seperti bil elektrik sebagai bukti sokongan.

12. Pasangan jarak jauh (PJJ) tidak dibenarkan untuk merentas negeri/daerah.

13. Rancang dan atur masa pergerakan masing-masing.

14. Beri kerjasama penuh kepada petugas seperti anggota PDRM ketika sekatan jalan raya bagi mengelak kejadian atau isu berbangkit.

14 hari sahaja, kenapa tidak berkorban bersama-sama? – Najib

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Najib Razak mempersoalkan tindakan kerajaan yang masih membenarkan kilang-kilang dibuka semasa pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) selama 14 hari bermula esok.

Misalnya sektor elektrikal dan elektronik yang merupakan antara sektor terbesar negara dengan 600,000 pekerja secara langsung dibenarkan beroperasi.

Bekas perdana menteri itu berkata, jika sektor ini dibenarkan beroperasi maka banyak lagi kilang-kilang pembekal secara langsung dan tidak langsung serta sektor berkaitan seperti pengangkutan dan pelabuhan juga perlu dibenarkan untuk beroperasi seperti biasa.

Sektor-sektor yang dibenarkan ini dijadikan sektor perkhidmatan perlu dengan alasan untuk menjaga kepentingan rantaian ekonomi global.

Soalnya, apakah Covid-19 yang amat kritikal sekarang berlaku dalam tempoh tersingkat

Najib berkata, kalau begitu siapa pula yang akan menegakkan keadilan bagi jutaan rakyat biasa serta peniaga kecil yang perlu berkorban dalam tempoh PKP penuh ini manakala kilang-kilang besar yang dimilik syarikat asing dan syarikat besar yang kaya terus menjana keuntungan tanpa sebarang gangguan.

”14 hari sahaja. Itupun tak berani larang?,” katanya yang berpendapat sepatutnya semua pihak bersama-sama berkorban.

Tegasnya, bukan ramai yang berkorban sehingga terkorban manakala ada pula yang langsung tidak terkesan.

Malah, Najib tak percaya syarikat MNC dan syarikat besar yang kaya ini akan bankrap, membuang pekerja atau akan pindah kilang ke negara lain jika tidak dibenar beroperasi untuk 14 hari sahaja.

Bagi sektor-sektor yang lain pula, kerajaan perlu pantau jika produk yang dikeluarkan mereka benar-benar kekurangan stok dalam pasaran.

”Jika stok sedia ada adalah cukup untuk memenuhi keperluan bagi tempoh 14 hari maka kilang itu sepatutnya ditutup.

”PKP sudah dua kali separuh masak. Janganlah TOTAL Lockdown juga menjadi Tiga Suku Lockdown,” katanya. – MalaysiaGazette

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *