Amalan

Guna loghat Kelantan di media sosial l4wan Zi0nis. Kenali Abdallah peniaga kebab

KOTA BHARU: Seorang lelaki berasal dari G4za, Pal3stin yang hampir sedekad menetap di Kampung Pantai Cahaya Bulan (PCB) di sini nekad menggunakan laman sosial sebagai platform untuk dia ‘berjih4d’ mel4wan reji.m Zi0nis.

Abdallah Ismail, 35, giat menggunakan media sosial bagi menyebarkan berita s4hih dari sudut pandang sebenar penduduk di bumi G4za yang sedang berdepan penind4san tente.ra Isr4el.

Menurut Abdallah, kebanyakan perkembangan terkini dilaporkan menerusi media antarabangsa ketika ini bersifat berat sebelah selain menggambarkan perjuangan rakyat Pal3stin sebagai gerakan ‘milit4n’.

“Dakwaan itu tidak benar sama sekali, kebanyakan penduduk yang dibu.nuh adalah golongan wanita selain kanak-kanak yang berusia bawah lima tahun. Namun kekej4man re.jim Zi0nis itu tidak dilaporkan oleh media antarabangsa.

“Alhamdulillah, bila saya gunakan platform ‘live’ Facebook untuk menceritakan hal sebenar berkait dengan perjuangan rakyat Pal3stin dan kekej4man Zi0nis, barulah masyarakat faham,” katanya ketika ditemui pemberita di rumahnya di sini hari ini.

Abdallah yang fasih bertutur dalam loghat Kelantan memberitahu, setiap hari dia akan mendapatkan perkembangan terkini dari keluarga dan rakan-rakan yang berada di Pal3stin untuk diuar-uarkan kepada orang ramai.

Selain itu dia juga mendapatkan maklumat situasi semasa di Pal3stin melalui laporan akhbar dan radio tempatan serta laporan media antarabangsa yang telus.

“Setiap hari saya akan berhubung dengan mereka. Segala maklumat yang diperoleh itu akan dikongsi dengan seluruh warga media sosial.

“Hasrat saya satu iaitu mahu seluruh dunia tahu perju4ngan sebenar rakyat Pal3stin bert4rung ny4wa melawan kekej4man Zi0nis yang membu.nuh wanita dan kanak-kanak tanpa belas k4sihan,” katanya.

Abdallah bagaimanapun menolak untuk menjadi ‘orang tengah’ bagi mengutip sumbangan di negara ini untuk disalurkan kepada penduduk Pal3stin.

Terdahulu nama Abdallah meniti di bibir warganet Malaysia apabila membuat siaran langsung di Facebook sambil menceritakan kesengsaraan rakyat Pal3stin ‘di4zab’ tentera Isr4el dalam loghat Kelantan.

Kenali Abdallah Ilham sajian enak Gaza

Kota Bharu: Kerinduan mendalam terhadap kampung halamannya di Gaza, Palestin mendorong seorang peniaga bersama isterinya menjalankan perniagaan makanan dari Asia Barat di negeri ini.

Antara makanan yang dijual Abdallah Ismail Haniya, 33, dan isterinya Noor Syazwani Nordin, 35, termasuk shawarma Pal3stin, nasi Arab dan ayam G4za.

Sempena Ramadan tahun ini, dia memperkenalkan menu baru iaitu burger Pal3stin yang bersaiz besar dengan menggunakan sos dihasilkan sendiri.

Abdallah berkata, dia bersama isteri memulakan perniagaan makanan Palestin di negeri ini sejak empat tahun lalu.

Menurutnya, kerinduannya yang mendalam terhadap tanah airnya yang sedang bergolak mendorongnya untuk berniaga sekali gus dapat menampung keluarganya di sini dan di Pal3stin.


ABDALLAH dibantu isteri menyediakan burger Palestin dan kebab. FOTO Syamsi Suhaimi
“Sejak berada di sini pada 2012 sehingga bertemu jodoh dengan isteri, saya tidak dapat pulang kerana keadaan yang tidak menentu di sana.

“Jadi tercetus idea untuk menjalankan perniagaan makanan Pal3stin.

“Alhamdulillah, biarpun rasa berbeza, sambutan yang diberikan masyarakat setempat menggalakkan terutama di bulan Ramadan.

“Setiap hari saya mampu menjual antara 50 hingga 100 shawarma termasuk menerusi dalam talian,” katanya ketika ditemui di kiosknya di Jalan Padang Garong di sini.

Abdallah berkata, hasil jualan turut dihantar kepada keluarga di Pal3stin untuk meringankan beb4n mereka.

Menurutnya, semua resipi diperoleh daripada ibunya, Eitidal Subhi Haniya, 64, yang kini berada di Pal3stin.

“Semua makanan yang dijual dihasilkan sendiri menggunakan campuran rempah ratus memastikan keaslian rasa hidangan P4lestin.

“Resipi diperoleh dari ibu yang akan saya hubungi menerusi aplikasi Skype,” katanya yang fasih berbahasa Melayu.

ABDALLAH melayan pelanggan membeli juadah berbuka. FOTO Syamsi Suhaimi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *