Entertainment

“Happy 6,900 everyone” Niat nak bergur4u, Sekali Iman Troye terpaksa tutup akaun Twitter

TINDAKAN penyanyi Iman Troye berkongsi statistik angka jangkitan harian Covid-19 dengan status sindiran di laman Twitter mengundang kecaman netizen.

Dalam perkongsiannya itu, Iman atau nama sebenar Siti Nur Alyssa Sahabudin, 20, menulis status sinis dilihat seolah-olah gembira dengan angka jangkitan yang semakin meningkat kebelakangan ini.

“Happy 6,900 everyone! Tahniah! Harap esok dapat 7,000 hihi,” tulisnya.

Gara-gara perkongsiannya itu, penyanyi lagu Teman ini dikecam teruk netizen kononnya dia tidak sensitif mengenai isu semasa dan menjadikannya sebagai bahan gurauan.

Selepas beberapa jam memuat naik status berkenaan, Iman dilihat menyahaktif akaun Twitter miliknya itu pada malam Ahad.

“Petugas barisan hadapan kepenatan, orang ramai mati dan kamu masih berani tweet harap esok dapat 7,000! Adakah ini gurauan, sangat tak sensitif.

Iman Troye tutup akaun Twitter selepas dikec4m.

“Kalau nak bergurau pun, ini dah mel4mpau! Kau ingat orang suka ke tweet macam tu? Duduk diam-diam sajalah.

“Iman Troye buat hal ke? Dah deactive akaun Twitter. Iman sepatutnya kena sensitif dengan isu melibatkan C0vid yang boleh mendatangkan marah jangan bicara, ” antara komen netizen.

Pada Ahad, Malaysia mencatatkan kes harian tertinggi iaitu sebanyak 6,976 kes baharu Covid-19.

Peningkatan kes yang dilaporkan itu menimbulkan kebimbangan dalam kalangan masyarakat sehingga ada pihak mendesak kerajaan melakukan lockdown atau sekatan penuh bagi membendung penularan wabak tersebut.

Pada April lalu, nama Iman menjadi trending di laman Twitter selepas timbul salah faham mengenai komennya mengenai jerawat anggota kumpulan NCT iaitu Jaehyun.

Iman merupakan antara selebriti yang dilihat kerap berinteraksi bersama peminat di laman sosial.

‘Iman Troye luar biasa’

KUALA LUMPUR: Jauh di sudut hati, bakat baharu, Iman Troye, 19, tidak pernah terfikir bergelar seorang penyanyi, apatah lagi, meraih populariti sekelip mata.

Namun, siapa sangka, pertaruhan Iman menerusi single pertama berjudul Teman ciptaan Ezra Kong membawa nama Iman terbang tinggi hingga menjadi pujaan ramai. Dalam tempoh lima bulan, single Teman mencecah 34 juta tontonan di saluran YouTube.

Bukan sekadar mempertaruhkan bakat besar dalam dunia nyanyian, malah wajah comel Iman atau nama sebenarnya, Siti Nur Alyssa Sahabudin turut menjadi dambaan lelaki. Gelagatnya dalam video aplikasi TikTok membuatkan ramai peminat lelaki cair dengannya.

Sebelum bergelar penyanyi, Iman yang juga selebriti media sosial berjaya menarik perhatian ramai dengan ‘challenge’ tarian yang dihasilkan dalam TikTok.

Tanpa berselindung, Iman mengakui, dia terhutang budi kepada guru sekolah yang dipanggil Cikgu Joe kerana mempercayai bakatnya.

Sebelum itu, katanya, dia tidak pernah terdetik mahu menjadi penyanyi, namun Cikgu Joe yakin dengan kemampuan untuk pergi jauh dalam bidang seni. Malah, atas saranan gurunya itu juga dirinya mencuba nasib dalam program I Can See Your Voice, dua tahun lalu.

“Saya akui aktif menyertai kelab muzik seperti gamelan, koir dan tarian ketika di bangku sekolah. Saya pernah menyertai Pak Ngah Productions dan Akar Budaya.

“Cikgu Joe beritahu saya boleh pergi jauh sebagai penyanyi, tetapi saya tidak yakin. Bagi saya, setakat menyanyi koir memang boleh, tetapi tidak sebagai penyanyi solo.

“Namun, Cikgu Joe tetap berkeras dan membawa saya menyertai pelbagai pertandingan. Nyata, apa yang Cikgu Joe katakan benar apabila saya berjaya muncul juara. Malah, Cikgu Joe juga mendorong saya menyertai program I Can See Your Voice. Beliau sanggup menghantar saya ke sesi uji bakat,” katanya kepada BH Online.

Lagu raya berjudul Pejam Celik Hari Raya dendangan Iman Troye meraih 1.9 juta perhatian peminat dalam aplikasi TikTok sejak dilancarkan. – Foto IG Iman Troye
Akuinya, dia tidak akan lupa budi dan jasa Cikgu Joe.

“Jika tidak kerana semangat yang ditiupkan, mungkin saya tidak akan berada pada tahap hari ini. Namun, saya sentiasa ingat pesan Cikgu Joe dan Mama supaya menghargai apa yang dikecapi.

“Ini kerana peluang tidak selalu datang bergolek depan mata. Kejayaan ini bukanlah usaha saya seorang, tetapi merekalah menjadi tulang belakang saya,” kata Iman.

Penuntut tahun pertama Diploma Seni Muzik, Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam itu berkata, meraih populariti sekelip mata menjadi dambaan setiap artis baharu, namun, perasaan bimbang tetap menguasai diri dalam keterujaan.

Bukan tidak gembira dengan pencapaian single Teman memperoleh 34 juta tontonan dalam YouTube, malah kehadirannya juga mula diperkatakan ramai. Namun, harapan tinggi diletakkan peminat untuk single akan datang menjadi kebimbangannya.

Anak jati Kuala Lumpur itu berkata, tekanan sudahpun dirasakan apabila bersama Ezra menyiapkan single terbaharu.

Akuinya, dia menjadi cukup cerewet apabila memilih single baharu untuk dirakamkan.

“Secara jujur, terlalu banyak rezeki dikurniakan dalam tempoh singkat. Saya bersyukur, malah saya tidak menyangka segala-galanya berlaku dengan terlalu cepat.

“Saya akui, bukan semua penyanyi baharu bernasib baik seperti saya. Ada penyanyi terpaksa melakukan pelbagai gimik untuk dikenali. Ada pula tidak berputus asa mencuba single demi single untuk diterima peminat. Jadi, saya tidak boleh mempersia-siakan peluang keemasan ini.

“Disebabkan itu juga, saya menjadi terlalu cerewet ketika proses pemilihan single kedua. Saya bernasib baik syarikat pengurusan dan Ezra memahami kemahuan saya demi peminat.

“Saya yakin peminat meletakkan harapan tinggi untuk single kedua, jadi saya tidak mahu mengecewakan mereka,” ujar gadis yang mula menyanyi lagu saduran dalam Instagram (IG) sejak berusia 16 tahun.

Iman Troye tidak pernah terfikir bergelar seorang penyanyi, apatah lagi, meraih populariti dalam sekelip mata. – Foto IG Iman Troye
Anak bongsu daripada tiga beradik itu berkata, itu bukanlah bermakna dirinya ‘besar kepala’ dan membelakangkan syarikat pengurusan serta pencipta lagu dalam membuat keputusan. Sebaliknya, apa sahaja keputusan yang diambil mengambil kira suara ramai.

Minggu lalu, single kedua yang mempertaruhkan lagu raya berjudul Pejam Celik Hari Raya dilancarkan. Sebelum dilancarkan secara rasmi, single berkenaan sudah pun berjaya meraih perhatian peminat.

Malah, menerusi aplikasi TikTok, cabaran #pejamcelikraya yang dimulakan oleh Iman sudah pun meraih perhatian 1.9 juta pengguna laman itu.

Iman berkata, media sosial memainkan peranan besar terhadap kerjaya seninya. Meskipun agak kecewa tidak boleh mengadakan persembahan secara terbuka ekoran Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), namun media sosial menjadi ruang promosi yang cukup efektif.

“Bohonglah jika saya katakan tidak terkilan apabila PKP dilaksanakan. Ini kerana saya tidak dapat membuat persembahan secara terbuka di hadapan peminat.

“Ketika PKP dilaksanakan, single Teman baru dilancarkan, jadi saya tidak sempat mempromosikan lagu ini dalam persembahan terbuka.

“Namun, saya bernasib baik kerana platform media sosial banyak membantu. Saya hanya mempromosikan lagu baharu di semua platform yang ada. Alhamdulillah, cara ini memang berkesan dalam tempoh pandemik ini,” katanya.

Mengulas pertanyaan bergelar seorang pelakon, Iman berkata, buat masa ini, dia hanya ingin memberikan tumpuan kepada kerjaya nyanyian terlebih dahulu.

Akuinya, jadual sebagai seorang penyanyi agak padat, apatah lagi, perlu membahagikan masa dengan pengajian.

Justeru, Iman berkata, dia berasakan ini bukan masa sesuai untuknya mencuba bidang lain.

“Saya terpaksa tolak ketepi dahulu bidang lakonan kerana ingin memberikan fokus pada nyanyian. Banyak lagi perkara dan selok belok dalam bidang nyanyian yang perlu diterokai.

“Saya juga bakal muncul dengan single ketiga selepas Aidilfitri berjudul Yang Terbaik Daripada Teman.

“Syarikat rakaman juga merancang menghasilkan mini album, jadi saya terpaksa lupakan perkara lain. Saya takut tidak mampu membahagikan masa, apatah lagi, saya bergelar seorang pelajar,” katanya yang meminati penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza, Liza Hanim, Siti Sarah Raisuddin, Ning Baizura, Fauziah Latiff dan Misha Omar.

sumber: mstar, bharian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *