Entertainment

Buat Live IG Packing Makanan, Sekali Ramai Tegur Uqasha Senrose Tak Pakai…

Sekarang ini dah ramai selebriti mula menceburi bidang perniagaan sebagai side income yang boleh mereka lakukan bagi menampung kos kehidupan harian.

Kini, bakal raja sehari iaitu Uqasha Senrose dan Kamal Adli telah sepakat bekerjasama dalam mengeluarkan produk makanan mereka sendiri dan lebih menarik lagi produk mereka itu ialah produk homemade.

Uqasha ada melakukan Instagram Live bagi menunjukkan cara beliau meletakkan coklat di dalam balang tersebut bagi dilihat sendiri oleh para pengikutnya di laman Instagram.

Walaupun nampak sedikit kekok di hadapan kamera tetapi Uqasha tetap berjaya mengisi bancuhan coklat di dalam beberapa bekas semasa live tersebut.

Namun ada sedikit kesalahan yang dilakukan oleh Uqasha di dalam video berkenaan yang mana beliau tidak memakai sarung tangan atau mengikat rambut dengan betul sehingga ditegur oleh penonton.

Mungkin ini merupakan kali pertama Uqasha membuat kerja di dalam Instagram live, itu yang sampai ada buat salah tu.

Teguran yang diberikan oleh penonton turut diterima baik oleh Uqasha, tetapi ada juga beberapa komen yang seperti menghentam tindakannya itu.

Mana tahu bekas yang diisi oleh Uqasha tu bukan untuk dihantar kepada pelanggan, mungkin untuk di makan sendiri kan?

Mustahil Uqasha dan Kamal tidak tahu tentang perkara asas dalam mengendalikan makanan kan?

Apa pun semoga perniagaan Kamal dan Uqasha akan berjaya suatu hari nanti!

Selepas ditegur tak pakai ‘glove’ buat kuih, Uqasha Senrose muncul di live IG siap bertudung dan ‘face mask’ – “Bagusnya… tak ada nak mer0yan”

PERKONGSIAN video pelakon Uqasha Senrose menunjukkan cara penyediaan makanan ringan jualannya iaitu choco jar mengundang pelbagai reaksi daripada peminat di laman Instagram.

Selain kagum melihat kesungguhan Uqasha menjalankan perniagaan bersama kekasihnya iaitu Kamal Adli, ada juga pengikut yang menegur mengenai aspek pengendalian makanan tersebut yang dilihat tidak mengikut cara yang betul.

Individu berkenaan menegur tentang kebersihan dan proses pembuatan serta penyediaan yang dikatakan tidak praktikal.

“Based on video tu… kenapa tak pakai gloves (sarung tangan)? Pegang rambut lepas tu pegang telefon… lagi satu kenapa tak tuang terus dalam bekas saja?

“Kenapa kena daripada senduk ke jug tu? Lepas itu baru ke bekas… tak ke lambat?” tegur seorang pengikut.

Uqasha ambil komen pengikut sebagai teguran.

Menyedari teguran yang ditulis individu berkenaan, Uqasha menjawab semula komen tersebut.

“Banyaknya komen awak ya hahaha. Saya buat ke awak yang buat?” balas Uqasha.

Banyaknya komen awak ya hahaha. Saya buat ke awak yang buat?

Komen Uqasha itu menerima pelbagai reaksi pengikut dan rata-rata menegur semula individu berkenaan kerana dilihat tidak beradab dan kurang sopan ketika menulis pandangan di media sosial.

“Saya nak tanya sis perlu ke nak menegur macam ni, menegur ada caranya… adakah menegur untuk membetulkan atau menjatuhkan atau untuk memalukan. Boleh je sis DM, air muka orang pun kena jaga.

“Pakai jug sebab takut comot, nanti jadi dua kerja pula. Memang jenis suka cari salah orang sahaja ke? Mamak jual roti canai ada bulu tangan tak pula suruh pakai glove masa tebar roti tu,” antara komen pengikut.

Sehari selepas ditegur netizen itu, Uqasha muncul di live IG dengan mengikuti panduan pengendalian makanan yang betul apabila mengenakan pelitup muka dan memakai sarung tangan pada Rabu.

“Bagusnya Uqasha… semalam ada terbaca pengikut tegur, hari ini terus cover rambut pakai glove. Serius tak sangka, bagusnya awak!

“Baguslah Uqasha, semalam ramai orang tegur hari ini terus pakai glove semua… tak ada nak marah-marah, meroyan!” puji peminat.

Difahamkan pelakon drama Rindu Awak Separuh Nyawa itu menjalankan perniagaan homemade choco jar jenama Sweet & Coco sejak beberapa minggu lalu.

PELAKON ini suatu ketika dahulu pernah juga dikecam kayu. Berlakon hanya kerana cantik, bukan rasa cinta terhadap dunia seni. Namanya dilambung-lambung dek ombak kontroversi yang cukup panas. Namun dia mengubah persepsi, membentuk satu pemikiran berbeza. Bukan kerana cerita panas tetapi lakonan yang hari demi hari semakin meyakinkan. Dia membuktikan keberadaannya dalam dunia seni bukan untuk bermain-main

Sumber foto dan video: Instagram Uqasha Senrose

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : hotfm

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *