Hiburan

Akibat krit1k ikut ‘sedap mulut’, IG Azwan Ali dig0dam. Tapi Ini Yg Terjadi Kpd IG Neelofa

AKIBAT terlalu lantang mengkritik golongan selebriti sengaja melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), akaun Instagram milik pengacara sensasi Azwan Ali lenyap sekelip mata.

Menurut Azwan atau lebih terkenal dengan panggilan Diva AA, dia menyedari akaun media sosial berkenaan lesap sejak Jumaat lalu selepas mStar menyiarkan video kritikannya terhadap selebriti kontroversi Noor Neelofa Mohd Noor pada Rabu.

“Ia berlaku pada pagi Jumaat sebaik sahaja viral kenyataan yang saya keluarkan menghentam seorang artis yang seng4ja mel4nggar SOP menerusi mStar.

“Ini kali kedua saya terkena musibah Instagram digodam, yang pertama ketika ada 400,000 lebih pengikut.

“Kali kedua ni ada lebih 77,000 pengikut pun kena hack.

“Kepada individu yang hack Instagram saya, muhasabah la!” kata Azwan kepada mStar.

Akaun Instagram Diva AA yang lama telah tidak wujud.

Pada 19 Mei lalu mStar menyiarkan laporan video kenyataan Azwan, 55, yang menggesa pihak berkuasa mengambil tindakan tegas termasuk memenjarakan Neelofa kerana dilihat dengan sengaja melanggar SOP ketika negara masih berperang melawan Covid-19.

Menerusi sesi berkenaan, Azwan dilihat begitu lantang mengkritik Neelofa atas segala tindakannya sebelum ini.

Dalam pada itu Azwan berkata dia mengesyaki Instagram miliknya digodam pihak yang tidak berpuas hati dengan tindakannya menghentam Neelofa.

Korang hack dan report la sejuta kali pun, yang penting Diva AA tetap ada Instagram baru, It make me stronger!

“Saya dah berusaha untuk dapatkan semula tapi g4gal. Saya tak menyesal pun dengan apa yang saya buat, tiada istilah menyesal dalam hidup.

“Korang ha.ck dan report la sejuta kali pun, yang penting Diva AA tetap ada Instagram baru, It make me stronger!

“Kepada yang menggelupur kaki report, menggelupur hack instagram Diva AA… merangkaklah kau minta maaf dengan Diva AA nanti!” katanya.

Neelofa hil4ng 100,000 pengikut di Instagram

KUALA LUMPUR: Dihimpit dengan pelbagai spekulasi, nama pengacara dan pelakon popular, Neelofa kini cukup hangat diperkatakan. Apa sahaja berita, pasti menjadi bualan warganet yang ‘bengang’.

Terbaharu, penurunan jumlah pengikut Neelofa di Instagram pula menjadi buah mulut ramai apabila dia kehilangan 100,000 pengikut dipercayai disebabkan oleh rasa marah dan bengang warganet.

Neelofa yang memegang takhta selebriti tempatan paling ramai pengikut di Instagram dengan 8.6 juta pengikut sebelum ini kini mencatatkan penurunan ke 8.5 juta dalam tempoh satu hari.

Instagram Neelofa menujukkan penurunan pengikut secara mendadak

Ini bukan kali pertama pengacara itu berdepan isu penurunan jumlah pengikut di media sosial. Sebelum ini, dia turut kehilangan 100,000 pengikut gara-gara insiden pelancaran keluaran tudung baharu di sebuah kelab tiga tahun lalu.

Sebelum ini, Neelofa pernah mencetuskan kontroversi selepas melanggar SOP dengan merentas negeri ke Pulau Langkawi di Kedah dan Nilai, Negeri Sembilan bersama suaminya, Haris Ismail.

Malah, Neelofa juga mencetuskan kontroversi lagi apabila dia didakwa melanggar prosedur operasi standard (SOP) Aidilfitri dengan menyambut hari raya bersama lebih 10 ahli keluarganya di sebuah kediaman di ibu negara pada 13 Mei lalu.

Malah, pengacara itu juga berdepan satu lagi dakwaan mengenakan niqab tanpa memakai pelitup muka seperti mana diwajibkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *