Amalan

Ismail Sabri Beritahu Update Terkini PKP 3.0. Paling menarik SOP pakai niqab

Kuala Lumpur: Hanya 80 peratus pekerja kerajaan dan 40 peratus pekerja di sektor swasta akan bekerja dari rumah untuk tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0.

Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, ia membabitkan 750,000 pekerja kerajaan dan 6.1 juta pekerja sektor swasta.

“Seramai tujuh hingga lapan juta pekerja tidak lagi perlu keluar bekerja dan keadaan itu akan memudahkan pemantuan dijalankan,” katanya ketika sidang media bersama Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah hari ini.

Selain itu, Ismail Sabri berkata, waktu operasi perniagaan termasuk di pusat beli-belah dan kedai makan sepanjang PKP 3.0 ini juga hanya dibenarkan bermula pada 8 pagi hingga 8 malam.

Menurutnya, peraturan itu akan berkuat kuasa di seluruh Semenanjung dan Wilayah Persekutuan Labuan bermula pada 25 Mei ini.

“Selain itu, sistem pengangkutan awam juga akan dihadkan kepada 50 peratus sahaja kapasiti seperti dilaksanakan ketika PKP pertama dulu.

“Operasi perniagaan antaranya penjualan makanan pandu lalu, kedai runcit, kedai serbaneka yang sebelum ini dibenarkan hingga jam 10 malam kita pendekkan kepada 8 malam,” katanya.

Pakai niqab atau pelindung muka tanpa pelitup hidung dan mulut adalah salah di bawah Akta 342 – Ismail Sabri

Pemakaian ‘double face mask’ tidak wajib, tapi digalakkan jika berada di tempat ses4k dan berisik0 tinggi – KP Kesihatan

Berita lanjut akan menyusuli.

Berikut reaksi dari netizan

“Kenapa si lopa tidak di compound terus masa hadir ke mahkamah tempoh hari ..takkan polis yg berada di sana seorg pun tak tahu kes.alahan si lopa!?? Pelik sungguh”

Dalam pada itu SELEBRITI Neelofa terus menjadi perhatian pihak berkuasa apabila dia kini berdepan siasatan berhubung dakwaan gagal mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) bagi pemakaian pelitup muka di tempat awam.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohd Said Ibrahim berkata, pihaknya menerima laporan mengenai tindakan Neelofa memakai niqab tanpa pelitup muka ketika hadir ke Kompleks Mahkamah Seremban, Negeri Sembilan pada Khamis.

“Pemakaian pelitup muka diwajibkan pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) kepada semua orang.

“Penjelasan berkenaan perkara ini dikeluarkan juga oleh KKM setelah kerajaan mewajibkan pemakaian pelitup muka di semua tempat awam mulai 1 Ogos 2020,” katanya menerusi kenyataan pada Jumaat.

Neelofa disiasat mengikut Seksyen 269 Kanun Keseksaan [Akta 574] dan Peraturan 17(1) Peraturan-Peraturan Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berj4ngkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2021.

“Pihak Polis tidak akan berkompromi dalam mengambil apa jua tindakan bagi memastikan SOP Majlis Keselamatan Negara dan peraturan yang ditetapkan oleh KKM sentiasa dipatuhi,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *