Hiburan

Izreen minta maaf, Intan bagi ‘hint’ beritahu perasaan sebenar dia

PERMOHONAN maaf yang dibuat oleh pelakon Izreen Azminda kepada bekas madunya Intan Liana di program Melodi Raya yang disiarkan pada Ahad nampaknya menerima pelbagai reaksi.

Lebih menimbulkan persoalan apabila Intan seolah-olah belum lagi memaafkan aktres berkenaan dan memberitahu dia menerima undangan ke program berkenaan atas dasar profesional.

Malah menerusi Instagam, Intan atau nama sebenarnya Intan Liana Saleh , 35, menulis luahan hati yang menggambarkan niat seseorang diumpamakan seperti surat dan perlu dikirimkan pada alamat yang betul.

“Niat itu seperti surat. Salah tulis alamat, akan sampai salah tempat. Setiap orang akan kembali kepada apa yang diniatkan. Jadi, betulkan niat.

Intan dan Izreen dipertemukan dalam program Melodi Raya.

“Selagi tak ada rasa bahagia. Selagi ada kesulitan. Mana mungkin akan melupakan.

“Lihat pada situasinya, jika ikhlas hanya Allah, aku dan dia,” tulisnya yang turut meletakkan hastag #buatapayangAllahsuka dan #akubukansiapasiapa.

Malah, reaksi berkenaan turut menerima komen pengikutnya yang mengaitkan luahan itu ada kena mengena dengan pertemuannya dengan Izreen, 35, pada rakaman Melodi Raya itu.

Selagi tak ada rasa bahagia. Selagi ada kesulitan.

Dalam pada itu, seorang pelakon yang juga kawan rapat Intan iaitu Nazia Mustafar berpendapat permohonan maaf yang dilakukan Izreen hanya ‘permainan’ semata-mata.

“Kesian adik aku ni kena game, permainan demi permainan@ritrud727, haaa kan nampaklah konon-konon baik nak minta maaf, orang akan kata pulak ko yang tak nak maafkan dik, tapi orang tak tahu apa jadi selama ini, ” tulisnya.

Izreen berkahwin dengan Ude pada 8 Ogos 2017.

Sekitar tahun 2017, berita perkahwinan Izreen dan Ude atau nama sebenarnya Muhammad Radzi Abdul Wahid pernah mendapat perhatian netizen.

Izreen menerima kecaman netizen dan dituduh perampas memandangkan ketika itu suaminya sudah mempunyai seorang isteri iaitu Intan Saleh.

Intan dan Ude bernikah pada 1 Mac 2013 dan membuat keputusan untuk bercerai t4lak satu pada 22 Mac 2018.

Pasangan ini bercerai selepas Ude mengahwini Izreen pada 8 Ogos 2017 pada sebuah majlis tertutup.

Hasil perkongsian hidup Intan dan Ude, mereka dikurniakan dua cahaya mata lelaki, Arish Muqri, 7, dan Ariq Muqri, 4.

Manakala, Izreen kini hamil lima bulan untuk kali ketiga dan anak keduanya bersama Ude. Sebelum ini, mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Aaron Ibrahim, 2.

Izreen juga mempunyai seorang lagi anak lelaki, Adrian Umar daripada perkahwinan lalunya.

“Saya minta maaf tiga kali pada dia (Intan).”

Itu kata pelakon terkenal Izreen Azminda apabila dipertemukan dengan bekas isteri suaminya, Muhammad Radzi Abdul Wahid atau Ude iaitu Intan Liana Saleh pada rakaman program Melodi Raya baru-baru ini.

Izreen, 36, atau nama sebenarnya Izreen Azminda Aznam berkata, dia bersyukur apabila Melodi menjadi orang tengah untuk mempertemukan mereka selain menganggap doanya selama ini dimakbulkan Allah SWT.

“Alhamdulillah, syukur pada Allah. Apabila pihak Melodi bertanyakan perkara ini, saya okay dan tidak ada apa-apa halangan. Bukan sebab ia untuk program, tapi saya memang sudah lama menantikan peluang ini.

“Apabila dia pun sudi dan bersetuju datang, bagi saya ia satu rahmat. Saya cakap pada diri, doa saya dimakbulkan Allah. Kiranya ini adalah pertemuan pertama kami selepas empat tahun.

“Bagi saya, apa saya nak buat selama ini, Melodi sudah realisasikan untuk saya. Ibaratnya Melodi menjadi orang tengah,” katanya kepada Harian Metro.

Izreen yang kini hamil anak ketiga berkata dia tidak melepaskan peluang itu dengan meminta maaf terhadap Intan.

“Sewaktu dia sampai, saya tegur dulu. Ketika naik pentas untuk memulakan rakaman, saya minta maaf padanya. Kali kedua ketika rakaman berlangsung dan ketiga sebelum pulang. Malah kami sempat bergambar bersama.

“Harapnya selepas ini baik-baik saja. Sebab saya sudah minta maaf. Walaupun ungkapan maaf itu ringkas, tapi ia ikhlas dari lubuk hati yang paling dalam. Selebihnya terserah pada dia, samada nak maafkan atau tidak,” katanya.

Kisah membabitkan pertemuan Izreen dan Intan itu bakal ditayangkan pada program Melodi Raya di TV3, esok.

Berkongsi mengenai kehamilannya yang kini mencecah usia lima bulan, Izreen berkata pada awalnya dia mengalami alahan teruk.

“Alhamdulillah, sekarang ini semuanya okay. Cuma pada awal kehamilan saja yang mana alahan dirasai berbeza dengan dua anak sebelum ini.

“Kali ini sampai bau minyak masak pun tak boleh hidu. Jadi, saya tak masak. Masuk bulan keempat, semuanya kembali okay,” katanya.

Mengenai sambutan Hari Raya Aidilfitri kali ini, Izreen meraikan bersama suami dan anak mereka, Aaron Ibrahim serta ibunya.

Sementara anak sulungnya, Adrian Umar beraya bersama bekas suami juga pengarah, Muhammad Riza.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *