Amalan

“Jangan Bagi Tahu Mak, Aku Dlm Bas Kena Saman” – Terpaksa Pinjam Duit Adik, Kisah Pelajar Ini Pula Tarik Perhatian

Isu komp4un terhadap pelajar masih belum reda dan terbaru muncul lagi satu kes hampir sama di Twitter.

Menerusi satu posting, pelajar wanita berkenaan mend4kwa dia telah dikomp4un atas kesalahan tidak mengimbas kod QR aplikasi MySejahtera ketika menaiki sebuah bas.

Susulan itu, pelajar itu terus dikenakan komp4un sebanyak RM1,500.

Namun, apa yang membuatkan kisah berkenaan viral adalah tind4kan pelajar tersebut yang terpaksa memlnjam duit adiknya.

“Jangan bagi tahu mak, aku dalam bas kena s4man.

“Sebab tak ada QR Code & buku. RM1,500 weh mana aku nak cari,” tulis pelajar itu menerusi perbualan WhatsApp yang telah ditangkap layar.

 

Apa yang membuatkan ramai tidak puas hati adalah tind4kan pemandu atau pengusaha bas berkenaan yang tidak menjelaskan dengan terperinci peraturan dan S0P ketika menaiki kenderaan berkenaan.

“Naik bas apa tu, selalunya ada kod QR depan pintu bas”

“Weh student kena s4man, mana nak cekau duit”

“Sal4h bas, kenapa kita penumpang kena bayar sama” tulis beberapa netizen.

Majoriti daripada netizen dilihat mahukan penjelasan terperinci mengenai SOP yang tepat dalam menaiki kenderaan awam.

Jelas mereka, kekeliruan timbul apabila terjadi kes sebegini, siapakah yang perlu bertanggungjawab.

‘K0mpaun biar berpada-pada, perlu munasabah’- Muhyiddin

PUTRAJAYA – Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini menggesa agensi penguat kuasa menggunakan pendekatan yang lebih berhikmah dalam memastikan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) oleh masyarakat ketika pande.mik C0ovid-19.

Beliau berkata, walaupun ketegasan itu penting untuk memastikan peraturan dipatuhi, pada masa sama perlu ada budi bicara dan perikemanusiaan dalam tindakan yang diambil agar usaha mendidik masyarakat itu lebih diterima

Ini kerana katanya, beliau memahami dan menginsafi kesusahan rakyat mencari pendapatan untuk menjamin kelangsungan hidup dalam situasi pandemik, termasuk menjalankan perniagaan kecil-kecilan seperti menjual burger, makanan ringan, minuman ataupun hasil tanaman.

“Mereka ini bukanlah pemilik syarikat atau pertubuhan perniagaan yang besar tetapi hanya pemegang lesen untuk berniaga sendiri secara kecil-kecilan.

“Jadi, kalaupun nak ambil tindakan kerana melanggar SOP dan peraturan, kita bertimbang rasalah. Kenakan kompaun tapi berpada-padalah, pada kadar yang munasabah,” katanya ketika berucap pada majlis perasmian Pertandingan Komuniti Zon Hijau C0vid-19, di sini.

Dilaporkan beberapa peniaga di Kelantan termasuk seorang peniaga burger dikenakan kompaun RM50,000 selepas dikatakan beroperasi melebihi masa ketika pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Muhyiddin berkata, selain pemantauan dan kawalan berterusan oleh agensi penguat kuasa, warga komuniti juga mempunyai peranan penting untuk memastikan orang ramai mematuhi SOP yang sering diulang-ulang iaitu memakai pelitup muka, menjaga jarak fizikal dan elakkan tempat yang sesak dan sempit.

“Terdapat varian baharu virus ini yang sedang menular dengan lebih cepat dan memberi kesan yang lebih buruk dari segi peningkatan kes yang lebih mendadak di beberapa buah negara. Kita sudah pastinya ingin mengelakkan penularan varian baharu ini di negara kita,” katanya.

Muhyiddin berkata, kerajaan mengambil langkah tegas dalam membendung penul4ran C0vid-19 dengan kawalan sempadan negara diperketatkan termasuk menghalang kemasukan pelawat dari negara yang sedang dilanda varian baharu C0vid-19, selain mengambil tindakan tegas terhadap individu yang melanggar arahan kuarantin wajib.

“Tindakan tegas kerajaan sahaja tidak memadai. Yang lebih penting ialah anggota masyarakat mempunyai kesedaran yang tinggi untuk mematuhi semua peraturan dan SOP yang telah ditetapkan oleh kerajaan demi melindungi rakyat daripada bahaya virus ini,” katanya.

Muhyiddin berkata, para pemimpin masyarakat juga mesti faham dan peka terhadap semua SOP yang telah ditetapkan, bergantung pada kategori perintah kawalan pergerakan yang sedang berkuat kuasa di kawasan masing-masing.

“Ambil tahu program atau majlis-majlis yang akan diadakan oleh penduduk di kampung atau kawasan taman perumahan anda dan pastikan penganjuran program atau majlis betul-betul mematuhi SOP yang ditetapkan,” katanya.

Turut hadir pada majlis hari ini ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-tugas Khas) Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof; Menteri Pembangunan Luar Bandar Datuk Dr Abd Latiff Ahmad; Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Zuraida Kamaruddi;, Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali dan Ketua Pengarah Agensi Pengurusan Bencana Negara Datuk Dr Aminuddin Hassim.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *