Uncategorized

Berjauhan Kerana PKP, Sekali Suami Dapat Tahu Isteri Terl4njur

Sering kali terdengar kes-kes k0nflik rumahtangga di mana salah satu punca keret4kan hubungan suami isteri adalah ipar-duai yang ‘campur tangan’. Bukan sahaja mengenai urusan rumah, malah isu ‘dalam kelambu’ pun turut di’bawang’kan sama.

Tidak dinafikan, antara faktor penyebab berlakunya campur tangan ‘orang luar’ sebegitu adalah kerana tinggal sebumbung dengan mereka. Namun jangan terkejut, apabila sudah sebumbung, tidak mustahil masalah yang lebih besar akan berlaku.

Percaya atau tidak, pernah berlaku hubu.ngan sumb4ng mahr4m antara seorang isteri dengan iparnya sendiri. Inilah kisah benar yang dikongsikan oleh peguam syariah, Nur Fatihah Azzahra baru-baru ini. Jom ikuti kisah ini.

Lagi kes Mahkamah Syariah. Bahana ipar duai tinggal sebumbung

Dapat panggilan seorang suami bertanyakan hukum Li’an di Mahkamah Syariah (suami hendak menafikan anak yang dikandung isteri sebagai d4rah dagingnya).

Isteri baru sahaja bersalin 12 hari, dan hari ini buat pengakuan ini bukan anak suami, tapi anak adik kandung suami (adik ipar). Si suami minta penjelasan si adik tentang apa yang berlaku, si adik pun mengaku memang kerap lakukan hubu.ngan atas dasar suka sama suka.

Kelahiran pertama cahaya mata mereka, tempoh perkahwinan baru mencapai usia setahun lebih. Sepatutnya dalam tempoh ni masing-masing sedang seronok layan baby.

Kisahnya mereka ipar duai kedua-duanya sudah berumahtangga dan atas persetujuan bersama untuk kurangkan kos sewa rumah, mereka berempat tinggal sebumbung dalam satu rumah dua tingkat di Selangor. Disebabkan PKP, suami lama terkandas di Perak tak boleh rentas negeri. Maka tinggallah isteri dengan ipar dan biras bertiga.

Entah bila dan bagaimana, isteri hari ini mengaku sudah beberapa kali terlanjur dengan adik ipar sendiri semasa ketiadaan suami dan biras. Sehinggalah apabila diketahui dia mengandung, beriya-riya dia minta suami rentas negeri untuk cover line (kehamilan).

Apabila anak lahir, isteri sedar sifat dan raut wajah anak memang ikut muka adik ipar. Tak sanggup lagi menipu suami dan menyesal dengan dosa tersebut, dia akhirnya buat pengakuan bahawa anak yang baru lahir bukan benih hasil perkahwinan dengan suami.

Separuh gil.a si suami, berada di Perak dan dimaklumkan isteri dengan berita ‘m4lang’ sebegini. Buntu, hendak buat penafian nasab yang tidak pernah sedikitpun dia ragui di samping kesan Li’an itu sendiri terlalu besar ke atas status perkahwinan mereka nanti.

Dia bertanya bagaimana status anak tersebut jika dia setuju tu bukan anak benih dia sendiri? Saya jelaskan Li’an ada tempoh tertentu dan antara pandangan muktabar di sisi mazhab Syafie hendaklah dilakukan ketika anak masih dalam kandungan hingga sejurus sahaja lahir. Kena rujuk Hakim, saya tiada authority.

Cuma, ada saya bertanya..

“Tuan yakin atau tidak nak li’ankan anak tersebut?”, Dia sudah menangis di hujung talian.

“Bagi saya tu anak saya, Puan.”

Aduhai ujian. Sabda Nabi SAW:-

إيَّاكُمْ والدخول على النساءِ فقالَ رجلٌ منَ الأنصار يا رسولَ الله أفرأيتَ الْحَمُو قالَ الْحَمُو الموت

Bermaksud : “Janganlah kamu memasuki tempat para wanita. Maka berkata seorang lelaki dari kaum Ansar: “Wahai Rasulullah, bagaimana pula dengan ipar?”, Baginda berkata: “Ipar adalah kematian.”_ Hadis riwayat Bukhari dan Muslim.

“Kematian” menurut Imam al-Thobari adalah merujuk kepada sesuatu perkara yang buruk dan tidak disukai, yang mana mereka menyamakan sifat itu dengan berdua-duaannya seorang lelaki dengan isteri saudaranya sendiri. (Kitab Fathul Bari)

Wanita, isteri, jagalah maruah dan harga diri sendiri.

Kita adalah golongan yang paling ramai mengikut Dajjal.

Perbanyakkanlah ilmu agama dan hindari kelalaian. (17:32

Naudzubillah.

Mohon jangan tinggalkan komen tidak Syar’ie. Suami beri izin saya kongsi kisah sebagai iktibar. Doakan beliau.

#MahkamahSyariah
#PeguamSyarie
#Lian

Sumber: Nur Fatihah Azzahra

Berikut reaksi dari netizan

“Jgnla kate x mampu duduk berasingan…Permulaan kawen xde sape terus sng…bile da jd begini,,,allahuakbar…x tahu nk ckp ape…zaman skrg makin men4kutkan…semoga anak cucu kite semua dijauhkan dr perkara2 ke.ji & d0sa…Amin”

“Pernah dengar ustaz ceramah ipar ni adalah orang ketiga yang sangat bahaya,tak kira iman kuat ke tidak pasti akan tertewas, kalau boleh nak tumpang naik kereta jangan lah bagi kecuali ada mak ayah.”

“ingat lg dulu kat radio Era. Pak Nil Interview sorang brother ni.. Setelah berbelas tahun..baru dia tahu 3 orang anak dia tu..bukan anak dia..Anak kawan dia..kantoi bila Doctor bagi tau dia “Mandul”..dia terkejut..aku ingat lagi dia cakap…”patut lah selama ni..saya tengok anak2 saya ada iras2 muka kawan saya…” – sedih gila weih..”

Apa kata anda? Kongsikan bersama kami

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *