Entertainment

Kerana Muat naik status ini, Dato Siti Nurhaliza dikec4m lagi

PETALING JAYA – Penyanyi tersohor Datuk Seri Siti Nurhaliza sekali lagi menjadi kecaman netizen selepas bertindak memuat naik status dalam InstaStory miliknya semalam.

Menerusi status tersebut, Siti atau nama sebenarnya Siti Nurhaliza Tarudin, 42, meluahkan sepatutnya berasa gembira apabila ditimpa dugaan namun berlaku sebaliknya.

Difahamkan, status itu dimuat naik Siti merujuk kepada situasi yang sedang hangat diperkatakan netizen terhadap keluarganya kini.

“Alhamdulillah, saya patut tengah seronok ni, kumpul pahala banyak-banyak sepuluh malam terakhir ni.

“Kata Ustaz bila berhadapan dengan dugaan ini. Dapat pahala free (percuma) berganda-ganda pula itu. Alhamdulillah,” tulisnya.

Status yang dimuat naik Siti dalam InstaStory miliknya mendapat perhatian dan menjadi pertikaian netizen.

Rentetan itu, segelintir netizen dalam laman Twitter meluahkan rasa kecewa dan mempertikaikan tindakan Siti yang berkongsi status berkenaan.

Menurut mereka, selepas memuat naik kenyataan rasmi dalam media sosialnya mengenai isu tahnik tersebut, Siti tidak seharusnya berkongsi sebarang perkara berkaitan kerana kelak meng.anggu sensitiviti orang ramai.

“Ya. Macam boleh je dia diam lepas keluar statement (kenyataan). Lama-lama orang lupa lah,” tulis seorang pengguna Twitter.

Pada masa sama, tidak kurang juga ada yang bertindak mempertahankan Siti daripada terus dikecam dan memohon kepada orang ramai agar tidak menyalahkan penyanyi itu serta memberi ruang kepadanya dan keluarga.

Sejak beberapa hari lalu, pelantun lagu Anakanda itu dan keluarga menjadi perhatian netizen berikutan isu menjemput seorang pendakwah terkenal dari negeri lain ke majlis tahnik anak keduanya, Muhammad Afwa.

Siti tampil menepis dakwaan tersebut dan menyatakan pendakwah itu bersetuju untuk hadir kerana secara kebetulan dia turut berada di Kuala Lumpur atas urusan kerja.

Beritahunya lagi, majlis yang diadakan juga mematuhi syarat Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang mana menghadkan jumlah tetamu pasa satu-satu masa.

TokTi yang dipandang ‘mulia’ oleh masyarakat kini mendapat ‘tempi4s’ akibat tindakannya yang seakan tidak melambangkan perwatakannya yang serba serbi ‘sopan’ itu. Majoriti daripada netizen ‘terkeejut’ dengan kenyataan TokTi yang seperti ‘bangga’ mendapat pahala ‘free’ di atas kec4man yang ditimpa dek kerana kes4lahan diri sendiri. Bukan melalui cara ini untuk memperbaiki kesil4pan sendiri. Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata bvruk padahnya, TokTi..

Siti Nurhaliza, Datuk K minta maaf

Terdahulu  Penyanyi Datuk Seri Siti Nurhaliza dan suami, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa memohon maaf sekiranya penganjuran majlis tahnik anak lelaki mereka, Muhammad Afwa pada 26 April lalu telah menyentuh sensitiviti seluruh masyarakat.

Sebagai warganegara yang memahami bahawa negara masih dibelenggu krisis kesihatan, Siti Nurhaliza dan Khalid menegaskan, mereka sangat mementingkan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) yang dikenakan kerajaan ketika pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Bahkan, pasangan itu menegaskan, tidak pernah memandang ringan mengenai hal ini dan selagi berada dalam kawalan, mereka cuba untuk mematuhinya semampu mungkin.

Justeru, apabila terdapat dakwaan berlaku perlanggaran SOP PKPB berikutan kehadiran seorang pendakwah dari luar Kuala Lumpur ke majlis itu, pasangan itu menjelaskan, sebetulnya, tiada sebarang aktiviti rentas negeri berlaku.

“Sebaliknya individu itu bersetuju untuk hadir kerana kebetulan dia memang berada di Kuala Lumpur pada tarikh majlis itu diadakan,” kata Siti Nurhaliza dan Khalid dalam kenyataan bersama yang diedarkan pada Isnin.

Keperluan ziarah ibu bapa melebihi penuhi undangan artis – Mufti Perlis

KUALA LUMPUR – Mufti Perlis Datuk Dr Mohd. Asri Zainul Abidin berpendapat, keperluan menziarahi ibu bapa mengatasi keperluan yang lain.

Menerusi hantaran di Twitter miliknya, beliau berkata, ia termasuk melebihi keperluan memenuhi undangan artis.

“Saya rasa jika hendak dibandingkan pasti keperluan menziarahi ibu bapa melebihi dari keperluan memenuhi undangan artis,” tulisnya.

Namun tidak dapat dipastikan hantaran Mohd. Asri itu ditujukan kepada sesiapa.

Hari ini, penyanyi terkenal, Datuk Seri Siti Nurhaliza menjelaskan tiada sebarang aktiviti rentas negeri berlaku melibatkan seorang pendakwah bebas dari negeri lain sebagai tetamu pada majlis tahnik anak keduanya baru-baru ini.

Sebaliknya Siti berkata, individu itu bersetuju untuk hadir kerana kebetulan dia memang berada di Kuala Lumpur pada tarikh majlis itu diadakan.

TAMBAHNYA, MENGENAI ACARA TAHNIK SEBELAH SIANG YANG DIHADIRI MENTERI AGAMA, DATUK DR ZULKIFLI MOHAMAD AL-BAKRI, IA BUKANLAH MAJLIS KHAS SEPERTI YANG DISANGKA.

“Sebaliknya beliau hanya singgah bagi menyempurnakan bacaan doa dan tahnik sahaja sebelum terpaksa bergegas pulang untuk urusan lain.

“Sebagai rakyat Malaysia yang patuh pada undang-undang dan peka dengan situasi semasa, kami tidak pernah memandang ringan mengenai hal ini dan selagi berada dalam kawalan, kami cuba untuk mematuhinya semampu mungkin,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

 

Pendakwah bebas dari Terengganu, Ustaz Azhar Idrus semalam menjelaskan dakwaan bahawa dia telah merentas negeri untuk ke rumah penyanyi Siti Nurhaliza bagi upacara tahnik anak keduanya.

Menurut Azhar, dia secara kebetulan berada di rumah ibu mertuanya yang berdekatan, dan menerima pelawaan suami Siti, Khalid Mohamad Jiwa yang juga merupakan kawannya.

Terdahulu, warga maya menyuarakan rasa kurang senang apabila mendakwa majlis diadakan Siti Nurhaliza itu melanggar SOP berikutan kehadiran beberapa tokoh agama yang didakwa melakukan perjalanan merentas negeri.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *