Amalan

Kerana Terima Tetamv Dtg Beraya Adun Kena Dnda. Ini Jvmlah Mereka Kena K0mpaun

KUALA TERENGGANU – Gara-gara menerima tetamu pada pagi 1 Syawal semalam, Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Terengganu, Dr. Azman Ibrahim dikompaun RM2,000 hari ini.

Ketua Polis Daerah Besut, Superitendan Abdul Rozak Muhammad berkata, kompaun dikeluarkan terhadap Azman yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jabi atas kesalahan melanggar prosedur operasi standard (SOP) perayaan Aidilfitri.

Beliau berkata, tindakan kompaun RM2,000 sama turut dikenakan terhadap lelaki yang menjadi tetamu ziarah raya rumah Azman tersebut.

“Dua kompaun masing-masing berjumlah RM2,000 telah dikeluarkan pihak polis berhubung isu salah laku SOP (Azman dan tetamu) yang tular di laman Facebook.

“Meskipun tiada laporan rasmi dibuat, kita ambil tindakan berdasarkan kepada pemerhatian dan aduan berasas orang awam di media sosial,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.

Sebelum ini, gambar seorang tetamu mengunjungi kediaman Azman di Jabi, Besut selepas solat sunat Aidilfitri bagi meraikan 1 Syawal telah tular di laman Facebook.

Pengabaian SOP norma baharu ditetapkan kerajaan sempena perayaan Hari Raya Aidilfitri itu telah menimbulkan rasa tidak puas hati dalam kalangan netizen.


Azman menerima notis kompaun RM2,000 daripada pegawai polis di Besut hari

Pada mulanya, ADUN Jabi itu mempertahankan tindakannya menerima kunjungan lelaki tersebut dipercayai jiran terdekatnya sebelum memadam muat naik status berkenaan di akaun Facebooknya

Penjelasan dan alasan diberikan Adun tersebut ternyata menarik perhatian ramai termasuklah agamawan Dr Rozaimi

“Sebenarnya bukan YB saja rasa begitu. Kami rakyat marhaen juga rasa begitu tambahan pula jika yang datang itu ialah keluarga. Tetapi SOP tetap SOP. Bila kerajaan kata tidak boleh ziarah raya maka kami sebagai rakyat perlu taat kerana bimbang disaman atau dipenjarakan seperti amaran Menteri KDN.

“Untuk mengurangkan kesedihan tidak boleh ziarah raya, bolehlah lakukan ziarah rumah sendiri seperti ziarah dapur, ziarah bilik dan ruang tamu. Moga perjalanan ziarah itu selamat.

” Sekian cadangan saya.Dr Rozaimi Ramle

Dalam pada itu, Abdul Rozak memberitahu selain dua kompaun tersebut, pasukan pematuhan dan pemantauan Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang melakukan rondaan di sekitar daerah Besut tidak menjumpai sebarang kesalahan pengabaian SOP norma baharu lain pada hari pertama Hari Raya Aidilfitri semalam.

Bekas Perdana Menteri Najib Razak juga mengulas perkara yang sama di laman facebook beliau

“Sudah menjadi trend untuk mengaku kesilapan dan tampil untuk didenda.

” Najib sudah. Tun Mahathir sudah. Kini giliran wakil rakyat PAS.

” Pemimpin-pemimpin lain dari parti pemerintah yang berkali-kali kantoi jelas langgar SOP, bila lagi?” – Soal Najib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *