Amalan

Kerana tunggu hasil rayuan k0mpaun RM50,000, peniaga colek sampai tak buat persiapan raya

Kerisauan peniaga colek yang dikompaun RM50,000, baru-baru ini, masih belum reda kerana tiada perkembangan membabitkan rayuan jumlah kompaun serta masih menunggu dipanggil pihak berkuasa untuk rundingan.

Mohd Azizi Mohd Nor, 42, salah seorang daripada tiga peniaga yang sebelum ini menjadi tumpuan media selepas dikenakan kompaun RM50,000 itu melahirkan perasaan sebak dan pilu apabila ditanya mengenai persiapan bagi menyambut ketibaan Aidilfitri tahun ini.

Katanya, dia dan isteri tidak membuat sebarang persiapan raya atas sebab masalah kewangan dan mereka tidak dapat berniaga selepas dikompaun pada 25 April lalu.

“Saya dan isteri mengambil keputusan untuk tidak berniaga buat sementara waktu kerana masih bimbang dengan masalah kompaun ini.“Dalam persiapan raya, saya sebak, saya tak boleh nak cerita. Persiapan raya tak buat langsung. Mungkin setakat termampu sahaja dan makan mana yang ada.

“Anak-anak tidak meminta apa-apa seolah-olah memahami keadaan sekarang. Anak anak yang besar dia faham, cuma yang kecil-kecil ni, macam yang 5 tahun ni saya beli la sikit persiapan raya hasil sumbangan orang,” katanya ketika dihubungi Malaysiakini, hari ini.

Malaysiakini pada 29 April lalu melaporkan Mohd Azizi dan isterinya, Nik Norwati Nik Loh, dikenakan kompaun RM50,000 kerana beroperasi lebih masa dalam tempoh PKP.

Susulan itu mereka mengemukan rayuan kepada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia dengan harapan agar kompaun tersebut dikurangkan dengan jumlah denda paling minimum.

Terdahulu, mengulas isu itu Ketua Polis Kelantan, Shafien Mamat berkata tiga peniaga yang dikenakan kompaun RM50,000 akan dipertimbangkan untuk dikurangkan jumlah kompaun mengikut garis panduan penetapan nilai tawaran kompaun yang ditetapkan di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988.

Sementara itu, Mohd Azizi yang juga bapa kepada lima anak yang masih bersekolah itu berkata, persiapan raya tahun ini berbeza berbanding tahun sebelumnya.

“Tahun lepas persiapan boleh dibuat sebab tiada masalah. Baju bolehlah kami sediakan, tapi tahun ini, kami reda dengan masalah yang menimpa.

“Kalau baju raya tu, kami hanya guna yang sedia ada sahaja. Sebab, bukan nak suka ria sangat kerana kita masih dalam Perintah Kawalan Pergerakan (PKP),” katanya.

Mengulas tentang perkembangan kompaun tersebut, Mohd Azizi menyatakan beberapa pegawai datang ke kedainya untuk melihat keadaan kedai.

“Saya masih bimbang dengan masalah kompaun ini sebab saya orang tak mampu.

“Hari Sabtu dua minggu lepas, ada pegawai datang untuk melihat kedai saya dan mengambil gambar. Mereka ada bertanya tentang kesusahan yang saya hadapi, mungkin untuk selidik lanjut bagi perbincangan pengurangan kompaun itu.

“Sebab hari itu, ada pengumuman ketua polis Kelantan akan panggil untuk bincang isu ini. Jadi, saya masih menunggu untuk perbincangan ini,” jelasnya.

K0mpaun terus sesiapa l4nggar SOP, tiada beza rakyat atau ‘kayangan’ – Ismail Sabri

PUTRAJAYA: Polis perlu mengeluarkan kompaun serta-merta terhadap mana-mana individu termasuk orang kenamaan seperti selebriti dan ahli politik yang didapati melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata langkah itu bagi mengelakkan salah faham dalam kalangan rakyat yang kerajaan seolah-olah memberi layanan istimewa kepada golongan berkenaan.

“Oleh kerana banyak isu berkaitan seolah-olah ada perbezaan antara ‘kayangan’ dengan bukan ‘kayangan’ dan walaupun ada tindakan dilaksanakan kepada yang dianggap ‘kayangan’ dan dikenakan kompaun, namun tidak dilakukan ‘on the spot’ (serta merta).

Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata langkah itu bagi mengelakkan salah faham dalam kalangan rakyat yang kerajaan seolah-olah memberi layanan istimewa kepada golongan berkenaan. – BERNAMA

Kita berpandangan sesiapa sahaja terutama yang melibatkan VIP seperti selebriti dan ahli politik, kalau didapati ada pelanggaran SOP, pihak polis perlu keluarkan kompaun terus, tidak perlu tunggu sehingga berminggu-minggu untuk mendapatkan keputusan daripada Jabatan Peguam Negara dan sebagainya kerana di dalam akta, mereka boleh mengeluarkan kompaun di lapangan,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas mengadakan sidang media bersama Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah di sini, hari ini.

Menurut Ismail Sabri tiada individu sama ada yang berstatus kenamaan mahu pun rakyat yang kebal daripada tindakan undang-undang.

Mengulas mengenai tindakan untuk menutup sektor perkilangan, beliau berkata kerajaan sedang melaksanakan penambahbaikan dari segi penilaian untuk mengesan kilang yang melanggar SOP.

Katanya setakat ini sejumlah 70 kilang diarah tutup kerana didapati melanggar SOP dan perintah yang dikeluarkan.

Sementara itu, Dr Noor Hisham berkata meskipun negara kini dalam tempoh darurat kesihatan, pelaksanaan PKP 3.0 memberi ruang kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengatur strategi sekiranya jumlah pesakit COVID-19 meningkat secara mendadak.

Sehingga kini beliau berkata penggunaan katil di unit rawatan rapi (ICU) mencecah 500 dan menjangkakan jika kes meningkat secara mendadak pada akhir bulan Mei atau pertengahan Jun,

KKM memerlukan lebih 1,700 katil ICU bagi menampung jumlah pes4kit.

“Dengan menggunakan ordinan darurat ini kita boleh tangguhkan pilihan raya umum, pilihan raya kecil atau pilihan raya regeri (PRN). Kita lihat implikasi PRN Sabah.

PKP 3.0 dilaksanakan untuk membantu KKM dan supaya rakyat boleh duduk di rumah bagi mengawal wabak ini dalam tempoh dua atau empat minggu,” katanya.

— BERNAMA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *