Amalan

Kereta milik Sanusi akhirnya di jual. Orang yang beli tu pun bukan calang2 juga

ALOR SETAR: Kereta jenis Volvo XC60 3.0cc AWD T6 (2010) milik Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md. Nor dibida pada harga RM150,000 untuk disalurkan kepada Tabung Palestin.

Katanya, bidaan itu ditutup pada pukul 10 pagi ini selepas dibuka menerusi Facebook beliau sejak Sabtu lalu.

“Saingan sangat sengit termasuk daripada orang bukan Islam, terdapat kira-kira 20 orang yang membuat bidaan. Namun pada jam-jam terakhir ada dua ahli perniagaan membuat bidaan.

“Akhirnya pada 9.59 pagi, Pengarah Urusan Murtadha Dakwah, Mohammad Yaakub Yusra menghantar bidaan tertinggi sebanyak RM150,000 iaitu hampir tiga kali ganda harga asal yang saya tawarkan untuk dibida iaitu RM55,000,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas hadir bagi penyerahan sumbangan untuk Tabung Bantuan Palestin Badan Perhubungan Pas Kedah di Kompleks Pas Batu 9 di sini, hari ini.

MUHAMMAD Sanusi Md. Nor (kiri) menyerahkan kerusi yang dibida Mohammad Yaakub Yusra (kanan) di Alor Setar, Kedah, hari ini. – UTUSAN/JAMLIAH ABDULLAH

Yang hadir sama Pesuruhjaya Pas Kedah, Ahmad Yahaya.

Pada majlis tersebut Pas Kedah mengumpul sebanyak RM1.57 juta untuk disumbangkan kepada Tabung Palestin.

Kata Muhammad Sanusi, beliau bersyukur kereta itu dapat dijual pada harga yang tinggi untuk membantu saudara Islam di Palestin.

“Wang jualan kereta sebanyak RM80,000 sudah dipindahkan ke tabung Palestin Pas Relief hari ini manakala baki RM70,000 dipindahkan esok,” katanya.

Sementara itu, Mohammad Yaakub Yusra, 30, berkata, beliau sanggup membida harga tinggi bagi mendapatkan kereta itu untuk sama-sama menyumbang kepada penduduk Palestin.

Katanya, wang yang digunakan untuk bidaan itu adalah wang peribadinya dan kereta itu diwakafkan untuk kegunaan tenaga pengajar di sekolah agama persendirian miliknya.

“Saya sanggup bida dengan harga yang tinggi sebab saya rasa kita yang memerlukan Palestin untuk saham akhirat kita,” katanya.

Sedikit info mengenai Mohammad Yaakub Yusra

Beliau merupakan Pengarah Urusan Murtadha Dakwah. Selain itu, beliau juga terlibat aktif dalam perdagangan saham di bawah Tuan Hajii Mohd Asri

Kenal tak Ustaz Mohammad Yaakub Yusra Mohd Yusof? Kalau nak tahu, beliau merupakan Pengarah Urusan MADAD yang giat membangunkan pusat tahfiz di utara tanah air dan juga rajin berkongsi ilmu.

Beliau juga merupakan anak didik Tuan Haji Asri dan merupakan seorang yang aktif berdagang saham. Lebih unik lagi, apabila Ustaz Yusra menerapkan pembelajaran saham patuh shariah bagi anak-anak tahfiz sebagai salah satu sumber pendapatan apabila mereka tamat pengajian

Menurut Mohaamad Yaakib lagi, kereta tersebut juga akan di wakafkan untuk urusan dakwah para asatizah

Tak kaya menyimpan dan takkan miskin bila berkongsi. Alhamdulillah sejak semalam tak tidur untuk lawan bidaan. bayang la pukul 4 pagi mb dok whatapps lagi update tentang perkembangan kereta. memang tekad dah pagi tadi berapa pun nilai bidaan akan bawa balik juga kereta ni. Alhamdulillah dgn izin Allah dapat bawa balik Kuda Perang MB kedah ke sungai petani.

InshaAllah saya juga akan wakafkan kereta ni untuk urusan dakwah para asatizah. Tahniah buat Yb Hj Sanusi as Mb Kedah yg lead by example. Sembang gajah terbang ramai boleh buat, nak melaksana tak ramai sudi.

Semoga usaha kecil ini bersama guru hj Asri , kak roslinah dan team fund manager saya Asyraf , Shakirah , Nadia , Afifi ,yg jadi tulang belakang dan mudah2an semuanya diterima Allah. Jom next target Contribute 1million plak

p/s : Cengey nak mampoih ooo mb kami tp org xberani nk komplen sebab Result Talk by itself . 

Apa kata anda? Kongsikan bersama kami

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *