Amalan

Penuh Kereta Kat Toll, Sekali Catriona Ross ‘sekolahkan’ rakyat Malaysia nak ‘l0ckdown’ di kampung

PELAKON Catriona Ross meluahkan rasa marah terhadap sikap degil segelintir rakyat Malaysia yang dilihat berduyun-duyun pulang ke kampung sebaik kerajaan mengumumkan ‘total lockdown’ pada Jumaat.

Menurut Catriona atau nama sebenarnya, Catriona Norhayati Ross Bahrin Ross, 41, dia tidak tahu bagaimana mahu menggambarkan perasaannya melihat gambar kesesakan di lebuh raya utama negara seperti yang tular pada pagi Sabtu.

“Saya marah sangat sebab dah nak menjangkau 16 bulan negara kita berada dalam keadaan begini, kenapa masih ramai lagi yang seolah-olah tidak memahami apa yang terjadi dan diperkatakan?

“Apabila kerajaan umum lockdown, setiap kali itu juga keesokannya lebuh raya akan sesak.

“Dah tiada cara lain sebab itu saya buat video seperti yang dikongsikan di Instagram, saya harap ia sampai ke hati dan menjentik kesedaran semua,” katanya ketika dihubungi mStar.

Perkongsian Catriona

Terdahulu, Catriona memuat naik video di Instagram meluahkan perasaan geram atas sikap sesetengah rakyat Malaysia yang pentingkan diri sebelum lockdown bermula di seluruh negara 1 Jun ini.

Catriona berkata dia memahami sekiranya sesetengah daripada mereka benar-benar terdesak mahu pulang ke kampung halaman, namun dia kesal sekiranya ada pihak yang menyalahgunakan kebenaran polis untuk tujuan itu.

“Saya tahu memang ada yang dapat surat kebenaran daripada polis, MITI, saya faham itu… tapi yang jadi persoalan saya mati ke kalau you all tangguhkan sekejap nak balik ke kampung tu, macam you seorang sahaja yang ada isteri di kampung.

Lepas saya post video itu, saya banyak dapat mesej daripada doktor dan nurse yang ucap terima kasih kerana meluahkan apa yang mereka rasa selama ini.

“Apa lagi dalam keadaan sekarang tiga varian yang dah ada di negara kita. Saya yakin dalam ramai-ramai yang bersesak nak balik ke kampung tu mungkin tanpa sedar mereka sendiri jadi ‘carrier’ Covid-19 sebab varian sekarang memang tidak ada simptom.

“Walaupun mereka yakin tiada apa-apa, kemungkinan itu tetap ada sebab kita ada Kluster Aidilfitri pun disebabkan perkara macam inilah apabila ramai berduyun-duyun balik kampung masa hari raya dua minggu lalu,” ujarnya.

Highway sesak sebaik kerajaan umumkan total lockdown.

Dalam pada itu, Catriona juga tidak menyangka video yang dikongsikannya itu turut mendapat perhatian para doktor dan petugas barisan hadapan (frontliners) yang mengucapkan terima kasih kepadanya kerana menghasilkan video kesedaran tersebut.

“Lepas saya post video itu, saya banyak dapat mesej daripada doktor dan nurse yang ucap terima kasih kerana meluahkan apa yang mereka rasa selama ini.

“Kesianlah pada mereka yang dah penat berkorban untuk kita semua… mereka cerita kalau dah pakai PPE (pakaian perlindungan diri), memang tak boleh kalau nak buang air pun mereka kena tahan sampai habis syif dengan berpeluh-peluh lagi.

“Sedih saya dengar cerita mereka… takkanlah kita nak tambahkan lagi angka kes Covid-19 negara kita,” katanya lagi.

Catriona berkata sekarang bukan masanya untuk rakyat Malaysia menuding jari meletakkan kesalahan kepada satu-satu pihak sebaliknya lihat pada diri sendiri terlebih dahulu sama ada kita adalah rakyat yang bertanggungjawab ataupun tidak.

“Sekarang kita semua kena tengok pada diri sendiri, tak perlu saling nak tuding jari pada mana-mana pihak.

“Kalau ada selebriti buat salah, anda kecam mereka macam hari dah nak kiamat. Saya cakap ini bukan sebab nak bela golongan artis, sebab bagi saya yang mana salah tetap salah.

“Cumanya sekarang, saya harap kita jadilah rakyat yang bertanggungjawab… kalau anda tak nak ahli keluarga meninggal dunia kerana Covid, please just stay at home,” luahnya.

Kerajaan pada Jumaat mengumumkan total lockdown selama dua minggu bermula 1 Jun ini bagi mengekang penularan Covid-19 yang sudah pun mencecah jumlah kes tertinggi dalam negara iaitu sebanyak 9,020 pada Sabtu.

 Tol Gombak ses4k, Ini Kenyataan Pihak P0lis

Gombak: Semalam Hampir semua pengguna lebuh raya yang melalui Plaza Tol Gombak didapati cukup syarat untuk melakukan perjalanan rentas negeri menghala ke Pantai Timur.

Tinjauan bersama Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Arifai Tarawe, selama lebih empat jam sejak jam 9 pagi mendapati keseluruhan pengguna mempunyai surat kebenaran yang sah sebelum dibenarkan melepasi sekatan jalan raya (SJR) di Plaza Tol Gombak.

Arifai berkata, sebahagian besar yang melalui SJR berkenaan menunjukkan surat kebenaran atas urusan kerja yang disahkan oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) selain surat kebenaran dari pihak polis.

“Setiap proses pemeriksaan yang dibuat secara teliti mendapati sebahagian besar pengguna mempunyai surat kebenaran rentas negeri.

“Selain urusan bekerja dan terbabit dalam perkhidmatan penting, ada antara pengguna juga mempunyai kebenaran atas faktor kecemasan dan perubatan serta Pasangan Jarak Jauh (PJJ),” katanya selepas memeriksa sendiri sebahagian besar pengguna jalan raya di Plaza Tol Gombak, tengah hari tadi.

Bagaimanapun katanya, terdapat 14 pemilik kenderaan diarahkan berpatah balik selepas mereka memberikan alasan tidak munasabah dan mengemukakan dokumen tidak lengkap serta meragukan.

“Mereka yang diarah berpatah balik ini membawa rakan sedangkan surat kebenaran adalah untuk faktor PJJ, bagi membolehkan dia bertemu isterinya di Pahang, selain membawa individu lain yang tidak mempunyai kebenaran untuk melakukan perjalanan rentas daerah atau negeri,” katanya.

Anggota polis memeriksa kenderaan di SJR berhampiran Tol Gombak menghala Pantai Timur. FOTO HAZREEN MOHAMAD.
Mengulas mengenai kesesakan yang panjang lebih satu kilometer ke laluan berkenaan, Arifai berkata berkemungkinan ia disebabkan kenderaan terlalu banyak yang ingin menuju ke Pantai Timur dan memilih untuk melakukan pergerakan pada masa sama antara jam 9 pagi hingga 10 pagi.

Justeru beliau menafikan dakwaan segelintir pihak yang menyatakan bahawa adanya pergerakan luar biasa hari ini sebelum sekatan pergerakan penuh dikuatkuasakan Selasa ini.

“Malah kesesakan juga mengambil masa selepas pihak polis membuat pemeriksaan secara terperinci bagi mengelak masyarakat melakukan sebarang pergerakan rentas daerah atau negeri tanpa kebenaran,” katanya.

Katanya, Polis Daerah Gombak akan mempertingkatkan jumlah SJR dan penguatkuasaan Pasukan Pematuhan menjelang Selasa ini.

Dalam perkembangan berkaitan Ketua Pengarah, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, memuat naik gambar kesesakan lalu-lintas di Plaza Tol Gombak dan Plaza Tol Sungai Besi, yang menunjukkan pergerakan besar-besaran menuju ke Pantai Timur dan selatan, pagi tadi.

Katanya, pergerakan secara besar-besaran boleh membawa jangkitan wabak dari satu kawasan ke kawasan yang lain dan ia tidak akan membantu dalam usaha untuk membendung penul4ran j4ngkitan vi.rus C0vid-19.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *