Uncategorized

Tgh kec0h langgar SOP, rupanya Neelofa pernah nasihat netizan suruh duduk rumah

SEREMBAN: Kertas siasatan membabitkan selebriti terkenal, Noor Neelofa Mohd Nor atau Neelofa dan suaminya, Muhammad Haris Mohd Ismail yang didakwa merentas negeri, sudah di peringkat akhir.

Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Mohamad Mat Yusop, berkata kertas siasatan terhadap pasangan berkenaan dirujuk ke Pejabat Timbalan Pendakwa Raya semalam, namun dikembalikan semula.

“Kertas siasatan dikembalikan semula kerana ada beberapa perkara yang perlu diambil tindakan.

“Kita sedang memperkemas kertas siasatan itu sebelum keputusan selanjutnya dibuat,” katanya kepada pemberita selepas menyempurnakan majlis pemakaian pangkat Sarjan Mejar secara medan kepada Sarjan Mat Shah Kassim, di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) negeri, di sini, hari ini.

Yang turut hadir, Timbalannya, Datuk Che Zakaria Othman dan Ketua Jabatan Si4satan Jen4yah IPK negeri, Asisten Komisioner Ramlan Abdul Razak.

Neelofa dan suaminya yang juga dikenali sebagai PU Riz dipercayai melanggar prosedur operasi standard (SOP) apabila dikatakan merentas negeri dengan mengunjungi premis menjual permaidani di Nilai 3, dekat sini, pada Ahad lalu.

Gambar selebriti dan suaminya itu kemudian tular di media sosial.

Selasa lalu, Neelofa dan PU Riz memberi keterangan selama empat jam di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Nilai bagi membantu siasatan kes berkenaan.

Mengulas lanjut, Mohamad berkata, pihaknya akan memaklumkan perkembangan lanjut mengenai siasatan berkenaan.

“Kes tak besar pun. Cuma langgar SOP. Namun, perkembangan terbaru nanti kita akan maklumkan kepada pihak media,” katanya.

Terdahulu, Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Mohd Fazley Ab Rahman menjelaskan bahawa siasatan terhadap pasangan terbabit dijalankan mengikut Seksyen 21A Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988.

Katanya, mereka juga disiasat mengikut Peraturan 19, Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) (Kawalan Pergerakan Bersyarat) (No.4) 2021 serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Neelofa dan suami dipanggil ke IPD Nilai berikutan penularan video mereka, baru-baru ini. – Foto Facebook

Neelofa pernah nasihat Netizan supaya duduk rumah

Dalam pada itu, netizan mula perasan nasihat dan status lama Neelofa di saat pendemik Convid melanda di mana dia menasihati netizan untuk duduk di rumah. Dengan apa yang sedang Neelofa pertontonkan kepada netizan kini, ternyata status tersebut akhirnya m3makan diri beliau sendiri

“Kenapa ye degil tak nak duduk rumah? Tak minta pergi berperang. Minta duduk rumah je.Yes anda boleh jadi patriotik dengan hanya duduk di rumah!” Nasihat Neelofa pada tahun lepas

 

Naeem Carpet trending angkara Neelofa

SEREMBAN – Kontroversi yang dicetuskan usahawan, Noor Nee­lofa Mohd. Noor dengan merentas negeri ke Nilai 3 dekat sini baru-baru ini secara tidak langsung telah memberi tempias kepada sebuah premis karpet di kawasan berkenaan.

Neelofa dan suaminya, Muhammad Haris Mohd. Ismail dilaporkan telah mengunjungi sebuah kedai karpet dikenali Naeem Carpet dalam kejadian pada Ahad lalu.

Seorang pekerja dikenali sebagai Hussein berkata, nama Naeem Carpet kini tiba-tiba menjadi sebutan para pengunjung selepas isu Neelofa merentas ne­geri tular di media sosial.

“Seluruh Malaysia dah kenal Naeem Carpet termasuk orang di Sabah dan Sarawak. Semua sebab Neelofa.

“Tindakan dia (Neelofa) mungkin nampak positif kepada kami, tetapi turut menimbulkan masalah apabila polis telah datang ke kedai pagi tadi (semalam) untuk ambil keterangan,” kata­nya ketika ditemui di premis berkenaan dekat sini semalam.

Dalam pada itu, Hussein turut mengesahkan Neelofa bersama suaminya turut membeli karpet di premis berkenaan yang didakwa bernilai ribuan ringgit.

“Neelofa dengan suami ada datang ke kedai dan membeli beberapa karpet termasuk karpet Iran yang berkualiti tinggi dan beberapa karpet jenis lain.

“Harga bagi satu karpet Iran ini sahaja ialah RM3,000 dan Neelofa beli dalam dua atau tiga gulung,” katanya.

Terdahulu, Kosmo! semalam melaporkan mengenai tindakan Neelofa yang sekali lagi menjadi bualan netizen selepas didakwa merentas negeri ke Nilai 3 untuk membeli karpet.

Netizen turut mempersoalkan bagaimana pasangan selebriti itu boleh nerentas negeri semata-mata untuk membeli barang perhiasan rumah.

Perkara tersebut mula menjadi bualan selepas Neelofa memuat naik sekeping foto dan video dalam InstaStorynya yang memaparkan dia dan suami berada di sebuah kedai karpet.

Dalam video yang dikongsi juga, dia dilihat merakam seorang pekerja dan turut mempromosikan kedai tersebut yang terletak di Nilai 3.

Kedai Naeem Carpet di Nilai 3, Nilai yang dikunjungi Neelofa dan Haris, Ahad lalu sehingga mencetuskan kemarahan dalam kalangan netizen.

Huku.m sapu s4mpah, cuci tand4s

Johor Bahru: Orang kenamaan, artis dan Instafamous yang sengaja serta berulang kali melanggar prosedur operasi standard (SOP) mengekang penularan wabak Covid-19 wajar dikenakan hukuman dengan melakukan khidmat masyarakat.

Ketua Biro MCA Penyelarasan Hal Ehwal Kerajaan, Michael Tay Chee Boon berkata, golongan itu wajar diberi pengajaran di atas kedegilan mereka yang dilihat sengaja mencabar pihak berkuasa dengan sengaja melanggar SOP.

Katanya, mereka perlu dikenakan hukuman melakukan khidmat masyarakat seperti menyapu sampah di tempat awam atau membersihkan tandas awam.

“Tindakan mereka ini seolah-olah mempersendakan undang-undang. Mereka berduit dan tidak ada masalah untuk kompaun yang dikenakan.

“Sebagai pengajaran wajar mereka diarahkan membuat khidmat sosial selain denda dan mungkin dengan cara itu mereka akan serik,” katanya.

Katanya yang juga Pengerusi Task Force C0vid-19 MCA Johor, tidak perlu dua SOP yang berbeza untuk golongan ‘kayangan’ dan rakyat biasa.

“Fahami dan peka dengan sensitiviti rakyat biasa yang juga ada keperluan untuk merentas negeri tetapi tidak dapat berbuat demikian kerana tidak mampu bayar denda,” katanya.

Michael Tay berkata, bukan contoh yang baik bagi golongan itu terus mempamerkan perbuatan pelanggaran SOP mereka di media sosial sebaliknya hanya mencetuskan kemarahan rakyat.

Katanya, pihak berkuasa juga diminta tidak lagi berlembut dengan golongan berkenaan kerana rakyat akan menilai.

Terdahulu media melaporkan perbuatan beberapa artis dan Instafamous serta orang kenamaan yang mencetuskan kemarahan rakyat apabila memuatkan aktiviti yang melanggar SOP di media masa.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *